Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, April 25, 2014

Kisah disebalik TELEKUNGNAJWA

Entri kali ini nak berkongsi tentang salah satu perniagaan yang dimiliki oleh kakar ipar saya diberi nama Yusniza Yusof iaitu, Telekungnajwa. Pada awal permulaan bisnes telekung ini dijalankan, saya memberi dorongan dan sokongan dengan membantu dalam aspek yang lebih kepada marketing tools sahaja. Cuba yang termampu untuk bantu beliau buatkan blog, buat banner, create akaun FB. Benda-benda basic yang tidak terlalu teknikal. Bagi pemilihan produk, material kain dan juga pembekal semuanya diuruskan oleh Kak Ngah.

Alhamdulillah, kak ngah pun dah sembuh dan sihat sekarang. Kepada kawan-kawan yang tak tahu, dulu rasanya saya pernah ceritakan tentang penyakit kanser limfoma (lymphoma) atau kanser darah yang dihidapi oleh Kak Ngah. Implikasi daripada penyakit tersebut juga lah yang menyebabkan Kak Ngah berhenti kerja sebagai seorang engineer di salah sebuah syarikat telekomunikasi dan sekarang beliau boleh menumpukan sepenuh masa kepada bisnes Telekungnajwa ini. Bayangkanlah betapa tekadnya hati beliau. Beliau selalu berpesan kepada saya, rezeki ada di mana-mana.

Banyak sebenarnya kisah Kak Ngah sepanjang melawan kanser ini boleh dijadikan inspirasi. Ada satu cerita yang saya nak kongsi mengenai rezeki Kak Ngah dapat menunaikan umrah. Dalam keadaan Kak Ngah yang masih tidak sihat sepenuhnya, keluar masuk hospital, dengan kimoterapi entah berapa puluh kali, Kak Ngah gagahkan diri untuk menunaikan umrah. Semua duit simpanan beliau laburkan semata-mata untuk ke tanah haram, mungkin jauh sudut hatinya  memikirkan segala doa yang dipohon di sana dapat dimakbulkan Allah. Siapa lah yang taknak sihat walafiat kan?

Namun, hampir tiba beberapa hari beliau nak berangkat ke sana, doktor menasihatkan agar beliau membatalkan niat beliau memandangkan kesihatan beliau sangat tidak mengizinkan pada ketika itu. Seingat saya, ia berkaitan dengan darah putih yang menunjukkan keputusan darah tersebut tidak berada dalam keadaan yang baik. Lalu Kak Ngah akur...niat untuk sampai ke Tanah Haram terpaksa ditangguhkan dan lebih menyedihkan lagi duit yang dilaburkan lebur sebegitu sahaja.

Selang beberapa bulan selepas itu (seingat saya), saya dan suami dimaklumkan bahawa Kak Ngah akan berangkat menunaikan umrah bersama suaminya. Saya dan suami agak tertanya-tanya adakah duit yang dikatakan lebur itu dapat refund balik. Setelah kami bertemu, Kak Ngah memaklumkan bahawa ada sepasang suami isteri yang tinggal di Johor telah menaja Kak Ngah dan suami untuk menunaikan umrah. Difahamkan anak kepada suami isteri tersebut adalah pesakit limfoma yang mana sama-sama bertarung nyawa di wad yang sama dengan Kak Ngah dahulu telah dijemput dahulu bertemu Illahi. 

Indahnya rezeki yang Allah bagi..Seolah-olah seperti cerita drama tetapi inilah realiti yang dilalui oleh pengasas Telekungnajwa ini. Kak Ngah selalu juga berpesan kepada saya bahawa percayalah kepada rezeki. Beliau tahu bahawa saya juga seperti beliau yang terlalu menginginkan ke umrah. Beliau juga tahu bahawa betapa ralatnya hati saya bila simpanan nak ke umrah terpaksa saya laburkan di tempat lain kerana ada perkara yang perlu diutamakan.

Sesiapa yang berminat dan sedang tercari-cari dimana nak dapatkan telekung yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, TELEKUNGNAJWA ada jawapannya. Pelbagai jenis telekung yang di tawarkan seperti telekung travel, telekung lycra, telekung viscose dan yang pasti Telekung Smocking adalah signature beliau dan sememangnya anda akan berpuas hati dengan kualiti kain telekung ini. Selain itu, ada juga sejadah kanak-kanak, mini pelikat, telekung kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Jemput la ke TELEKUNGNAJWA, tapi jangan terkejut bila tengok model yang menggayakan telekung tu. Yang sebenarnya Kak Ngah yang sepatutnya jadi model, tetapi disebabkan time photoshoot tu kak ngah sakit mata, terpaksalah saya jadi model terjun..hihi..Serius saya memang takda bakat..

Tak banyak yang saya boleh bantu Kak Ngah, doa saya semoga perniagaan Kak Ngah ini diberkati dan akan berkembang dengan jayanya. Kak Ngah orangnya sangat baik hati, suka bantu orang lain. Niat Kak Ngah itulah yang banyak menjemput rezeki bertandang kepada Kak Ngah.Alhamdulillah Kak Ngah sekarang dah ada tailor sendiri untuk menjahit telekung produknya.

Boleh Follow TELEKUNGNAJWA di link ini:





telekungnajwa

3 yang mengekspresikan diri:

Petak Bunga said...

bila Allah dah penggil dia akan pemudahkan..

setiap penyakit semua darinya.

bila plk kita nak dipanggilnya..dapat ke rumah Allah.

fazianbatrisyia said...

bestnya ada business mcm ni. semoga dipermudahkan

Faiz mat noor said...

kalau dah niat yg baik..Tuhan akan jemput.. InshaAllah sahabat.. jgn risau.. cepat atau lambat je.. Rezki Tuhan kan luas.. doa dan terus berdoa.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...