Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, July 28, 2015

Kisah 1 - 10 Syawal 2015

Salam 11 Syawal...

Haha..punya lambat nak hapdet riang ria di Hari Raya kan..
Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi membaca blog kakseri yang sendu ini..
Bagi cann lah up entri raya jugak walau rasa dah macam lambat dah kan..
Tapi jangan muntah tau sebab kakseri "rajin"sangat nak update secara maraton..kekee

Tahun ini aku rasa cuti raya paling lama sepanjang aku bekerjaya. Disebabkan keadaan anemia aku ni yang kejap rasa macam ting tong je, so aku memang decide nak apply cuti lama skit nak rest kat kampung, rumah parents di Bukit Pelindung. Kebetulan pulak tahun ni turn rumah parents aku untuk merayakan 1 Syawal. Begitulah kekdah penggiliran yang paling adil aku rasa. Selang seli je sudah..tahun depan 1 Syawal beraya di rumah parents husband pulak.

Cuma tahun ni aku tak balik Kelantan, kampung husband. Doktor nasihatkan supaya aku tak travel terlalu jauh or senang citer duk lelama melayan jem yang cukup parok di saat warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. So, tahun ni aku tak merasa lah makan nasi kerabu dan laksa siam. uhuk uhukkk..

Tahun ni first time seumur hidup husband tak balik beraya ke Kelantan. Dia punya happy tu kemain la sebab tak perlu hadap jem yang berbelas jam. Memang diorang dari kecik sampai dah beranak pinak tak pernah sekali pun beraya di rumah sendiri di TTDI. Even sekarang memang atuk nenek husband dah takda, diorang tetap akan beraya di Kelantan. Biasalah, beraya di kampung lagi meriah kan? lagipun, anak-anak seronok sebab dapat jumpa sedara mara yang lama tak jumpa plus dapat tebalkan poket dengan duit raya!

Aku layankan je. Tak kisah la depa beraya di rumah sendiri or Kelantan, apa yang penting dapat bermaafan dengan kedua-dua orang tua dan sanak saudara. Aku selalu pesan ke husband, raya ni setahun sekali. Cuba enjoy je dengan jem yang setahun sekali ni. Ni tidak, asik je stress dengan jem. Bukan dapat selesaikan masalah pun. Kata budak urban, patut dah biasa layan jem ni. Lainlah iols ni orang pantai...sukakan ketenangan..hihi

1 Syawal

Dah janji dengan anak dan anak-anak sedara nak bawak gi semayang raya. So, malam sebelum raya tu bagus anak-anak tido awal punya semangat kan nak ikut enda ma dia pi solat. So, pepagi tu senang je kejutkan anak dara tapi abang dara saya jugak yang penuh drama. Suka diorang dapat solat raya siap dapat duit raya lagi kat masjid!


Telekung kami sudah tentu dari TELEKUNGNAJWA. Klik gambar di atas untuk ke website Telekungnajwa

Tahun ni kami bersepakat nak beraya dengan warna tema PINK karer. Semua macam layankan je la pakai pink. Husband aku je memula berdegil. Tak habis duk cakap pembaziran sebab banyak baju melayu terperuk je dalam lemari. Tapi punya nak pujuk terpaksa lah kakseri belanja. Nasib la murah je RM80 sepasang. Dapat plak sedondon dengan Hadif. Jadiklah kann...Jom layan family potrait..tak sempat nak pegi photoshoot pun kat kedai sebab anak memasing dah meroyan tantrum..haha

Abah dan Ummi

Keluarga Along

Keluarga Angah

Keluarga Kak Seri Abg Seri. Potret tak pernah sempurna!
Nabila dan Suami

2 kumbang bujang trang tang tang

The Cucundas

The Nambrads (Enam Beradik)

The Menantus
Raya pertama menu kitorang macam orang lain jugak kot. Ada lemang, satey, rendang ayam, rendang daging dan nasi impit. Cuma husband request suruh aku buatkan roti jala. Biasa balik Kelantan memang akan ada rumah yang jamu roti jala, tapi kalo kat Pahang aku tak sure. So, daripada husband aku duk ungkit sampai ke 7 keturunan, baik aku layankan je lah menjala walau dalam keadaan yang tak bermaya ni.

Kitorang decide tak buat main dishes. Macam menu yang berat-berat lah. Sebab biasanya, lepas sesi melakar potret dan bermaafan seisi keluarga, kami akan beraya di kampung abah di Kg. Permatang Arang, Pekan, Pahang. Bersekali juga dengan menziarahi pusara atok nenek kami di sana. Rumah pertama yang kami akan jejak adalah rumah moyang kami yang kami panggil onyang. Onyang alhamdulillah sihat lagi. Tahun ni cukup bermakna buat kami sebab diberi kesempatan untuk membersihkan rumah onyang. Nanti aku up entri khas pasal onyang ye.

Groufie selfie di Rumah Tok Andak Pekan. Tu blkg skali baju biru tu tuan rumah. Tumpang selfie ye tuan rumah!

Bagi can la ibu anemia selfie.
2 Syawal

So, disebabkan tak balik beraya di Kelantan, raya ke 2 aku follow parents aku balik kampung sebelah ummi di Teluk Pasu, Manir, Terengganu. Balik memang sebab dah lama sangat tak ziarah nenek aku yang kitorang panggil Tokne. Sekarang dah ada hiway, so dari Kuantan ke KT amik masa 2 jam lebih je. Sampai KT, kitorang beraya di rumah makcik aku di Panji Alam, rumah Enda Minah dan Enda Midah. Then malam terus ke rumah Ami Padel di Gong Badak sebab tokne ada kat sana dah. Then dalam pukul 12 malam tu baru kitorang balik rumah tokne di Teluk Pasu bermalam di sana. Btw, sebelum orang tanya aku bagi tau lah ye. Enda tu panggilan untuk makcik and Ami tu untuk pakcik. Ada tak kat sini yang sama geng ngan kami panggil Enda and Ami? 

Bergambar before bertolak ke KT


4 generasi AlKhairid's Clan - us with tokne

Bergambar kenangan bersama tokne


Bagi can la bergambar depan pintu rumah tokne ni.

3 Syawal

Raya ke 3 kami dah bertolak balik ke Pelindung. Niat dihati nak jugak bermalam sehari dua di rumah tokne, tapi apakan daya abah perlu menjalani dialisis. Memang sejak abah sakit buah pinggang paling lama kami balik KT pun 2 hari je, sebab hari ke3 abah dah kena dialisis. Abah tak sihat, tapi dia gagahkan jugak balik KT sebab tokne kan masih ada di sana. Kebetulan malam tu abah dah ajak adik beradik dia datang beraya di rumah kami. So, kami sempat masak mi sup je sebab sampai pun dah agak petang. Ada masa 2 jam je nak siapkan hidangan. 

Dengan bantuan 2 orang adik lelaki yg ada kat rumah tu, alhamdulillah dapat jugak kami siapkan. Kali ni memang terasa sangat sebab Along, Angah dan adik aku Nabila dah balik rumah mertua, kalau depa ada memang macam-macam menu sempat kami sediakan. Ni pulak tinggal seketul diri yang anemia pulaknya, jadik aku bantu apa yg termampu. Then malam tu menu di tambah dengan nasi dagang terhangat di pasaran yang dibuat khas oleh mak andak, adik abah. Seronok sangat malam tu sebab abah berjaya kumpulkan semua adik beradik dia kecuali sorang yang lumpuh seluruh badan ada kat Kg. New Zealand dan sorang lagi arwah pokdin yang meninggal beberapa tahun lepas akibat kemalangan semasa bertugas trafik di JB.

Antara menu yang disediakan

Adik beradik abah, anak dan cucu saudara. majoriti semua ada except keluarga sendiri yg kurang. uhuk

4 Syawal
 
Aku balik ke KL terus ke TTDI hari Selasa, Syawal ke-4. Kebetulan adik ipar dari Qatar pun balik, so kami dapatlah beraya di sana semalaman. Aku duk ingat semua adik beradik husband pun balik, rupanya tidak. Makanya berayalah kami dengan siapa yang ada je.

Nak kata sakan beraya tu memang tidak lah. Aku kejap-kejap muncul kejap-kejap tenggelam time raya tu. Sebab ada masa aku memang kena baring dan tidur je. Hb masih rendah, so ada masa aku ok ada masa keokk..hehehe

Bagi can la sedondon dengan ira pintu kayu ni.

Abang mintak posing sebelah pam minyak. Bangga betul apesal tah.

Bergambar bersama siapa yang ada di rumah je.

5 Syawal
 
Balik rumah sendiri hari Rabu, then tak tahu kenapa malam tu aku takleh tidur sampai pagi. Dahla Khamis dah keje. Makanya, bila dah tidur tu fahamlah betapa teruk kondisi makyung ini. Pegi klinik ingat nak mintak ubat resdung, tapi check Bp low pulakk, 80/50 je. So, doktor dengan baik hatinya bagi MC 2 hari. 

6 & 7 Syawal

Dapat MC. Rest kat rumah. Yeke rest kalo kat rumah sendiri? Ditambah pulak ada assistant yang konon nak jaga kita sakit ni kan. Rest tu rest la jugak, tapi curik-curik masa cuci baju and kemas la apa yang patut. Mana tau ada yang sudi datang beraya rumah kak seri ni kan. Tengok-tengok my bestie, manes datang beraya malam tu! Yeay!

Abg gigih nak masak macaroni untuk aunty manes

Abg kalo dgn aunty always gedik.

8 Syawal

Dapat first invitation raya open house di rumah makcik sendiri di Ampang. Rumah adik bongsu ummi, enda baayah. Sedap betul nasi minyak rumah enda. Dengar citer sampai kena masak 7  kali orang datang tak putus-putus. Nanti nak mintak resepi enda ye!
Bergambar bersama chef dan tuan rumah, enda baayah

Kasi can la selfie di kala panas terik terus muka nampak ploles.kahkah

9 Syawal

Kali ni kami pulak lepak di rumah tunggu orang datang beraya. Member-member aku ramai yang tak available, ramai jugak anak tak sihat dan diri mereka sendiri tak sihat. Memang musim raya ni ramai sangat demam semua kan. So petang ke malam tu kami duk layan member2 husband je la dtg beraya. Kami memang decide tak buat la open house tahun ni. Yang sebenarnya bila fikir bukan letih semata, nak spent time borak chit chat lelama dengan tetamu pun tak le tenang. Sebab tetamu akan datang serentak dalam satu masa yang sama. So kesimpulannya, siapa nak mai datang beraya, roger-roger je. insyallah kalo berkelapangan memang dijemput sangat datang ke teratak sendu kami ni. hihi 



10 Syawal
 
So, semalam Isnin la baru aku start keje. Itu half day je sebab pagi aku pegi check baby. Alhamdulillah kejap je dah 18 minggu. Baby sihat, heartbeat normal. And yang best nye sebab aku berjaya naikkan bacaan Hb dan Bp. Hb sekarang dah cecah 10 gm. Haihh serunak rasa nak lompat bintang!!

okay sekian lah kisah 1 - 10 Syawal. Kalau tetibe rajin aku update lah kisah Syawal seterusnya. Tapi ni tengah plan nak update entri tutorial make up simple di hari raya dan hari tak raya pun boleh. Korang mana yang suka main make up-make up macam kakseri ni boleh la layan entri tu nanti. Tak janji bila tapi nanti..hehehe



Salam aidilfitri, Maaf Zahir batin,
Tuan tanah kedaung blog suam sendu,
X-presi by Kemn Azmaili






2 yang mengekspresikan diri:

MOMMYLIN said...

canrik semua gambar...

fazianbatrisyia said...

selamat hari raya kemn....meriahnya...best tu. bukan selalu jumpa kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...