Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, July 3, 2015

Yang Maha Pemberi Rezeki - Redha & Syukur

Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua yang sudi meluangkan masa membaca coretan sendu di blog yang suam-suam kuku ni. hihi..

Tajuk entri macam serius amat. Bukan apa..bertepatan dengan hari Jumaat ni..elok kita kongsikan benda yang baik-baik la kan. Mudah-mudahan kita dapat sesuatu yang baik daripada kita duk bercakap kosong.

Bila kita bercakap berkenaan Yang Maha Pemberi Rezeki, sesungguhnya tidak terhitung betapa melimpah ruahnya rezeki yang telah dikurniakan Nya sama ada kita dalam keadaan sedar, separa sedar atau langsung tak sedar. Manusia kan. Hidup sentiasa rasa tak cukup serba-serbi. Benar sebenar-benarnya, aku juga tak lari daripada berfikir dengan keadaan yang tak cukup. Bila fikiran mula merewang ke situ, lantas aku terus beristighfar..muhasabah diri.

Selalu kan kita dengar pesan ustat..Kalau kita nak membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, bandingkan lah dengan orang yang kehidupannya lebih sukar daripada kita. Selagi mana kita membandingkan kehidupan kita dengan orang yang lebih senang, selagi itu lah kita tidak redha dan syukur dengan rezeki yang Allah bagi pada kita. 

Mana kawan-kawan yang pernah baca entri aku awal-awal blogging dulu mungkin akan tahu betapa sukarnya nak struggle dalam tempoh kehamilan disebabkan medical history sebelum hamil tu melibatkan major komplikasi. Selesai berjuang sehingga melahirkan anak yang ketika itu kandungan 8 bulan, bertarung pula dengan adhesion colic yang perlu dihadap oleh aku sepanjang usia. Atas sebab-sebab komplikasi ini aku dinasihatkan secara serius untuk menjarakkan kehamilan antara 4 -5 tahun. Syukur sebab suami sentiasa menyokong dan faham situasi kita ni tidak lah normal seperti orang lain. Kami bersepakat untuk tidak menggunakan sebarang ubat perancang keluarga. Bimbang perkara lain yang lebih mudarat pula akan berlaku.

Saat orang lain berkongsi pengalaman melahirkan anak secara normal, terasa diri ini kurang sangat. Ye la kan. Anak pertama ni lain macam keterujaannya. Saat orang lain berkongsi pengalaman berjaya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, hingga 2 -3 tahun. Aku pula hanya cukup-cukup 6 bulan sahaja, itupun sudah dicampur dengan susu formula. Bila kita kongsi susu kita tak meriah, banyak yang respon si ibu perlu positif, tenang untuk mudahkan susu dihasilkan. Kalau lah orang lain tahu bagaimana kita bersungguhnya nak yang terbaik untuk anak kita.....


REDHA

Tahun ini aku rasa inilah masa yang paling sesuai untuk fikirkan tentang anak kedua. Sepanjang 4 tahun ini aku lalui dan hadap saja apa yang orang nak cakap. Pernah aku pulang ke kampung suami, ditanya kenapa tak mahu tambah anak? Terdiam..betul-betul terdiam. Takkan aku nak cakap gebang semua dengan masalah komplikasi aku. Takkan pulak aku nak cakap, nanti baca blog saya ye kak. Saban tahun aku terima soalan yang sama dari orang yang sama. Nak dijadikan cerita anak sulung beliau sebaya dengan Hadif. Jadik bila tiap kali aku balik, rezeki dia Allah bagi lebih. Setiap tahun dia dikurniakan anak. Jadik nampak beza sangat kan bila tiap kali aku balik masih Hadif je solo. Dia pulak dah masuk 4. Last time jumpa dia di kenduri. Masih tanya soalan sama. Tak tahu kenapa rasa boleh jawab "Rezeki ni rahsia Allah kak..insyallah ada lah rezeki saya nanti.." Terus dia diam mengangguk tanda setuju sangat dengan jawapan aku. Kot..

Tanggal 13 Februari 2015, aku disahkan hamil. Allahu akhbar. Tak tergambar rasa gembiranya. Paling-paling gembira sudah tentu lah abang (Hadif). Hadif memang aku dah selalu berkongsi dengan dia tentang seronoknya ada adik. Dia tak pernah malu bagitau orang yang dia ada teddy bear peneman tidur dia. Ifti namanya. Komersial tak ingat nama tu dah tentu terpengaruh dengan daddy kan. Aku selalu jugak dimomokkan dengan cakap-cakap orang, jarak jauh sangat nanti susah nak bagi anak kita biasakan dengan kehadiran orang baru. So, cakap-cakap orang tu aku amik positif je lah. Sebab tu selalu aku biasakan Hadif dengan si Ifti dia tu. Kenkadang ada jugak time aku berlakon letak ifti tu dalam baju buat macam orang ngandung la kan. Dia pun layankan..selalu la buat cerekarama momen nak bersalin sakit-sakit perut tu..hihi

Seronok abang bila dia tau dia akan dapat adik betul-betul. Macam-macam dah dia risau. Dia tanya nanti baby keluar ikut mana ye umi? Baby nanti boy ke girl. Nak sampai ke tidur tu..siap suruh fikir dah apa nama baby kita nanti..seronok betul dia ni..Keesokan pagi tu, aku sedar abang tidur atas perut aku. Ya allah abang..sayang betul dia kat adik yang bakal lahir tu..tak tergamak nak kejut..sekejap je si daddy alihkan..pastu dia marah..dia cakap nak tidur dengan baby..

Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Pemberi Rezeki. Bila Allah berkehendakkan sesuatu maka jadilah. Allah juga boleh menarik sesuatu itu dengan hanya sekelip mata. Ya Allah..sesungguhnya aku redha dengan ketentuanMu.

Walaupun penantian itu panjang, perasaan gembira tak terkata itu sempat diraikan walaupun hanya sehari. Abang Hadif lah insan yang paling gembira saat daddy khabarkan berita "adik" yang bakal ummi lahirkan nanti. Kegembiraan sehari itu juga sempat berkongsi kepada keluarga terdekat sambil kami bertiga di rumah ini sudah sibuk mencari nama untuk zuriat yang sedangku hamilkan pada ketika itu.

Perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Hari Jumaat aku disahkan hamil, petang Sabtu terasa diri sangat lemah longlai layu lesu pakej semua la. Barangkali aku beranggapan inilah simptom awal kehamilan. Ingat-ingat lupa juga lah..4 tahun dah tak merasa seperti ini.

Usai sudah aku selesai solat Asar, aku gagahkan diri untuk bersiap ke rumah rakan ku untuk menyambut birthday party anak beliau. Sempat aku singgah ke tandas terasa sakit perut yang teramat. Hampir tak percaya bila aku melihat tompokan darah dan lama kelamaan darah mengalir semakin laju. Ya Allah...aku menjerit memanggil suami...

Kali ini aku sudah redha dengan ketentuan Illahi. Suami aku bergegas membawa aku ke Hospital Putrajaya sambil ditemani abang di sebelah yang masih lagi samar-samar nak memahami keadaan yang berlaku. Aku menangis..sambil menerangkan semudah-mudahnya kepada abang. "Abang..baby dah takda abang...baby kita dah takda..." 

Aku agak terkejut dengan respon abang. Cukup tenang seumpama faham. Lantas abang memujuk aku, "Tak apa la ummi...kita doa la ya bagi baby tu ada semula"....


Aku bersyukur dan redha dengan apa yang telah aku lalui ni. Redha dengan ketentuan Allah dan syukur kerana Allah memberi peluang untuk aku merasai pengalaman ini. Saban malam, abang selalu ingatkan aku untuk doakan supaya baby ada semula.

SYUKUR

Bercerita pasal baby dengan abang memang seronok. Macam-macam yang dia imagine. Siap berdialog lagi dengan baby. Dia lah nak mandikan baby..dialah nak pakaikan baju baby..semua-semua dia lah yang nak buatkan..

Barangkali Allah mendengar rintihan anak kecil yang cukup teruja dengan adik. 2 bulan setelah kehilangan kandungan kedua ku, aku telah disahkan hamil 7 minggu pada 11/5/2015. Kali ini aku cukup berhati-hati. Sebab banyak hati yang perlu aku jaga. Abang lah paling utamanya. Abang paling teruja saat melihat kandungan yang sangatlah kecil lagi masa 1st scan hari tu. Sempat jugak dia cakap, "Kann abang dah cakap kena doa...kan Allah dah bagi balik baby kita...". Abang..abang.....

Inilah medium pertama yang aku kongsikan secara rasmi mengenai kehamilanku. Bajet retis sangat nak sembunyi sangat. Wallahi..tidak...Aku bukan taknak share dalam ig or fb...tapi aku belajar pengalaman masa kandungan kedua hari tu, pun aku belum pun sempat nak share, tapi adik ipar pula dah update dalam fb (mungkin dia juga eksaited)..semua dah ucap tahniah, then petang tu terus kandungan dah tak ada.

Tujuan aku kongsikan disini adalah untuk bacaan sendiri. Tidak adil untuk anak syurga ini jika aku hanya kongsikan tentang abang Hadif saja. Jadik aku ambil keputusan, aku akan share untuk rujukan aku sendiri. Baik untuk kandungan kedua yang hanya hanya sempat 5 minggu berada di rahimku, dan juga kandungan ketiga ini yang sudah 14 minggu di dalam rahimku.

Selamat bermain-main di rahim ummi..sayang
Cuma keadaan aku sekarang sangat berbeza ketika mengandungkan abang Hadif. Kali ni bukan morning sickness, tapi evening sickness..Aku memang flat start petang ke malam..Dan aku juga dikategorikan sebagai ibu hamil anemia.

Doakanlah kesihatanku ye kawan-kawan. Semoga Allah permudahkan perjalanan kehamilanku sehingga ke tarikh EDD yang dijangka pada 24/12/2015..


14 yang mengekspresikan diri:

INNANIE ARIFFIN said...

Allahuakbar tersentuh baca perjalanan kisah akak. Moga rezeki kali ni menjadi milik akak. Kita doakan akak diberikan kesihatan yang baik sepanjang hamil... Insya allah!!! :)

Ohhh Tahniah ye kak!

MyRule said...

Semoga dipermudahkan ye sis..

MyRule said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MyRule said...

Semoga dipermudahkan ye sis..

Ainul Mustafa said...

take care & semoga dipermudahkan

dhr said...

Tahniah Kemn & family! Kak Dian doakan yang baik-baik saja. Pasal cakap-cakap orang tu Kak Dian amat faham sebab selalu mengalaminya cuma Alhamdulillah immediate family sangat memahami & selalu bagi kami support. Suruh abang Hadif doakan akak pulak ye.

Unknown said...

Tahniah Sis. Saya juga hamil kali ketiga EDD penghujung tahun ini juga. Allah tarik rezeki anak kedua semasa anak Syurga itu berusia 10 bulan. Genap setahun pemergian Anak Syurga, dia rezekikan kami satu lagi nyawa.

syalinda johari said...

semoga dipermudahkan segala urusan ya...take care tau...

Kemn Azmaili said...

@Innanie Ariffin

Terima kasih sis..terima kasih sudi baca blog akak dan terima kasih atas doa.. =D

Kemn Azmaili said...

@dhr

Thank u kak dian!! amin amin..nanti kita cakap dgn abang ok! =D

Kemn Azmaili said...

@Ainul Mustafa

Thanks dear.. ;)

Kemn Azmaili said...

@Lina Affendi

allhurabbi..dah 10 bulan tapi Allah lebih sayang kan dia..syurga tempat anak sis..tahniah juga untuk sis ye..ameen.. ;)

Kemn Azmaili said...

@syalinda johari

Terima kasih dear..ameen..ameenn

Unknown said...

syahdu nya kemn

i baru kesempatan baca blog u.
scroll entry bulan2 sebelum ni baru dapt tau detail

tahniah sayang!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...