Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, October 9, 2015

Alhamdulillah, Hadif dah boleh solat sendiri dalam usia 4 tahun

Mana kengkawan yang follow ig/fb aku, mesti dah tahu cerita ni. Sebab si omak menggigil tahan perasaan sebak bila tengok momen indah tu. Lalu si omak pun cuba membuat rakaman secara tersembunyi di sebalik bantal sebab momen ni perlu di abadikan untuk tatapan si anak kelak besar nanti. Bukan untuk tatapan anak je, si omak jugee lah. hehe

Kadang-kadang timbul jugak rasa berbolak balik pasal duk hapdet perihal anak ni. Bila kita duk selalu hapdet, risau sesangat duk fikir macam kita sorang ada anak. Bebalik duk hapdet pasal anak. Riak, nak tunjuk anak ko sorang lah bagus, anak ko sorang lah pandai serba serbi. Pernah ada satu masa aku memang deactivate fb, sebab rasa macam banyak sangat anasir negatif. Memang la setakat yang aku tahu, takda yang pernah komen-komen negatif kat wall aku ni. Tapi aku lebih concern dengan benda yang aku tak tahu, benda yang aku agak orang akan cakap...haaa kira macam benda-benda busuk yang tak elok didengar lah.

Satu hari tu, aku dapat calling dari Angah aku, dia cakap kawan dia ada beli CD Sufi Cilik dengan aku dulu. Lepas tu kawan dia update kat FB, cakap terima kasih sangat kat aku sebab berkongsi manfaat sesama, anak dia umur 2 tahun dah hafal zikir dalam CD tu, lepas tu semua orang tanya beli kat mana...Dia buntu sebab dia takut nak bagi nombor aku, then cari FB aku pun dah takda. Masa tu aku dah rasa macam serba salah.

Atas nasihat dan dorongan husband aku, aku decide untuk reactivate FB. Husband aku pun cakap dia sunyi takda notification masuk dalam henfon dia. Dia rindu nak tengok aku update pasal Hadif, kalau dia outstation atleast dia boleh stalk FB aku scroll balik gambar kat wall aku. Maklum la husband memang bukan berjenis suka hapdet FB. Setahun sekali je dia update itupun nak wish besday si isteri. Hihi.

Then ada jugak satu masa, kat instagram pun aku macam malas nak hapdet sebab rasa macam perasaan berbolak balik tu lah. Asik bermonolog je. Entah ada orang meluat ke, menyampah ke. Walaupun aku setakat ni tak pernah bermusuh dengan orang, mana lah tahu ada musuh dalam selimut ke, luar selimut ke, sekarang ni zaman canggih zaman teknologi pulak tu, kita ni bukan tahu ada orang busuk hati dengki ke..nauzubillah mintak la dijauhkan..

Betul la bila orang selalu cakap niat tu membetulkan cara. Kalau niat kita ni ikhlas nak berkongsi untuk beri manfaat bersama, insyallah banyak lah orang dapat manfaat. Kalau niat dari awal tu kita nak tunjuk bagus, perasan hebat, nak jatuhkan maruah orang, memang buruk lah kita dapat. Pernah dapat satu whatsapp dari sorang kawan dalam ig ni. Dia ni takdala terlalu rapat dengan aku, dahla bujang anak dara belum kawen lagi, boleh dia whatsapp aku tu semata nak suh aku upload video hadif. Rindu katanya lama tak stalk video hadif. Dia kata bese kalo dia stress keje, tengok video Hadif tu sikit sebanyak dapat la tenang kan hati dia. Aku time tu rasa macam...tersenyum je, sebab tak tau nak respon apa. Cuma cakap thank u sesangat kat dia sebab ada jugak penyebab yang meyakinkan aku untuk terus berkongsi benda yang bermanfaat untuk orang lain.

Eh panjang sangat intro ko kemn..ni kalo esei ni pepanjang intro buat penat je, 2 markah je dapat. hehehe

ok..back to tajuk entri...

Tanggal 7 Oktober 2015, yakni hari Rabu baru-baru ni..satu momen indah dan paling indah telah tercatat dalam sejarah hidup aku selama 30 tahun dan 5 tahun hidup melayari alam rumahtangga juga 4 tahun bergelar seorang ummi.

Sekarang ni kan aku dalam tempoh mengajar Hadif berdikari. Ajar dia untuk buat semua benda sendiri especially dari segi persiapan diri. Ajar dia mandi, gosok gigi, sabun, pakai baju, sikat bedak semua sendiri, sampai la towel pun sidai sendiri. tapiiiiii...ada tapi lah...dia request satu je. Dia boleh buat semua tu, dengan syarat aku kena teman kan dia.. Penakut budak abang ni ya robbi...

Sesambil tunggu dia uruskan diri, aku baring lah atas katil..letih baru balik dari kerja..then still drive sendiri lagi even dah sarat ni..perjalanan pun memang jauh..dah duk baring-baring tu. aku macam terlelap kejap...Tapi dalam duk nak melayan mata ngantuk tu, tiba-tiba sayup-sayup dengar ada suara baca al fatihah dekat je dengan telinga aku ni...Sekali bila aku celik mata, aku tengok Abang solat maghrib sendiri! Allahu Akhbar! Perasaan pada masa tu tak tahu nak cakap macam mana!

Sesambil tu aku usha gak, betul ke kiblat dia ni. Tengok memang betul, dia halakan sejadah tu mengiri sikit, sebab kalo kitorang semayang jemaah bertiga, abang la yang akan bentangkan sejadah untuk kami bertiga. Then ada masa dia rajin, dia akan qomat dan pimpin bacaan doa selepas solat.

Aku masa tu berlakon la buat-buat macam tidur. Padahal dia tak tahu aku duk tengah rakam momen dia tengah solat tu. Aku duk cover lah dengan bantal. Memang dia tak perasan langsung..sampailahhh habis dia bagi salam, baru dia perasan..Lepas tu dia senyummmm..hihi

Syukur syukur sesangat tak terhingga rasanya. Ya Allah, cepat betul Kau makbulkan doa aku. Serius memang aku tak pernah jangka yang Hadif mampu solat seorang diri dalam usia seawal 4 tahun ni. Aku memang pernah la niat, nak suruh hadif belajar solat sendiri bila umur dia 7 tahun nanti. Itu yang aku tak sangka bila tengok momen tu, rasa macam dah besar sangat anak ummi sorang ni...sobs sobs..

Last week pun dia ada buat kejutan jugak sebenarnya. After kitorang selesai solat jemaah Maghrib, tiba-tiba dia bangun. Husband aku tengah baca doa. Pastu aku duk tengok dia semayang..Aikkk..semayang apa lagi ni..dia masbu' ke tadi, rasa macam tak..Tapi aku diam jela..tunggu sampai dia habis solat baru nak tanya..Dah sudah dia solat tu aku tanya la, "Abang..abang buat apa ni..kenapa solat lagi?"...pastu selamba dia jawab, "Solat Sunat, ummi....". 

Terkedu jugak lah.. *____*

Kesimpulannnya, never under estimate kemampuan anak kita. Dia boleh buat jauhhh lebih baik dari kita. Yang penting kita perlu tunjuk contoh yang baik dan sentiasa tak jemu-jemu bagi dorongan pada dia. 

Bonus untuk Hadif sebab dia selalu dipilih untuk mengimamkan rakan-rakan seusia dia di Little Caliph. Aku rasa dia mungkin dapat keyakinan tu dari situ. Jujur memang aku cakap, aku dan husband tak pernah paksa untuk dia buat. Kami cuma bagi galakan and jadikan setiap benda yang kita nak ajar tu sebagai satu keseronokan. Contoh, macam husband ajak dia pegi solat jemaah di surau. Surau dekat dengan rumah, dia boleh la kayuh beskal nak ke sana. Pastu husband selalu pancing lah, after solat nanti ajak lumba sapa sampai rumah dulu. Opkos lah kena bagi dia menang kan, tapi ada masa husband aku suka gak menyakat. Kalo sampai rumah tu dia meraung, aku tahu dah mesti sebab husband aku sampai rumah dulu dari dia, hihihi...

Ha gitu lah lebih kurang sedikit perkongsian. Tujuan nak berkongsi jauh sekali nak tunjuk bagus. Aku harap takda la yang salah tafsir ye. Sebenarnya aku tulis ni untuk memudahkan baca balik kisah-kisah aku membesarkan anak. Sedikit sebanyak dapat berkongsi pada ibu di luar sana yang buntu nak mendidik anak macam mana. Mungkin ia berguna juga pada bakal-bakal ibu yang sedang mengumpul ilmu parenting. 

Apa yang pasti, dalam dunia parenting ni tiada yang mustahil. Teruskan lah jadikan anak sebagai bahan eksperimen kita. Sementara anak kita belum kenal erti sebenar duniawi, salutilah dia dengan ilmu ukhrawi. Tak bererti yang kita ni tak mampu didik anak berteraskan agama walaupun kita ni sangat daif dengan ilmu agama. Terus terang aku cakap yang aku bukan berlatarbelakangkan keluarga yang terlalu menekankan bab-bab agama. Alhamdulillah setakat hari ini, berkat ilmu serta tak lupa juga dorongan suami sebagai pasangan hidup kita, semua eksperimen yang aku cuba untuk anak aku hasilnya adalah luar daripada jangkaan aku. 

Aku harap perkembangan yang cukup bermakna untuk aku dan suami ini, akan terus konsisten, insyallah. Tak expect pun Hadif akan solat sendiri hari-hari lepas pada ni, tapi sekurang-kurangnya ini dah boleh dijadikan sebagai satu benchmark yang dia mampu lakukan yang terbaik. Umur pun baru 4 tahun, memang dalam kepala duk ligat nak main...and explore benda baru. So, kita tak boleh nak upset kalau ada satu masa dia nampak macam mula bosan dengan rutin yang perlu dia buat. Memang nature anak-anak macam ni, cepat bosan. Tapi kita jangan la pulak bosan kuasa dua, kita kena sentiasa ingatkan, dan jangan give up. Jangan jemu lah pendek kata...

Ummi dah standby projek eksperimen tahun depan ni, insyallah..semoga Allah permudahkan..


Doakan hadif jadi anak yang soleh ya...ameen...



5 yang mengekspresikan diri:

Ruzana Ibs said...

SunhanAllah. Dia dah bersedia jadi Abang tu. Bravo Hadif.
Semoga terus rajin solah ye. Jadi anak yang soleh!

Nanti boleh tolong Ummi jaga adik pulak.

Btw, semua orang suka share tentang anaknya, especially bila ada sesuatu yang baru dia pandai buat. Excited sangat nak share. Walau benda tu tiny little things. Sebab kita sendiri sebagai ibu pun tak sangka anak kita boleh buat sesuatu yang kita ingat at that age dia belum mampu buat, betul tak?

Biar apa orang nak cakap. Yang penting niat kita nak berkongsi bukan sebab nak riak. Keep sharing. Seronok baca :)

Ruzana Ibs said...

Baru perasaan typo : SubhanAllah

norlina jusoh said...

menjadi inspirasi buat saya dalam menambah ilmu parenting. suka baca dan harap lebih banyak perkongsian kat sini.

All About AnaYna said...

Alhamdulillah...syukur kecik2 dah pandai solat sendiri.

fazian batrisyia said...

perkongsian pengalaman yg bagus. semua ibu, mama, mommy, ummi, mak...teruja dgn anak sendiri. sy jugak seronok bila anak sy umur 2 thn pandai lafaz niat solat subuh. Semoga yg baik2 utk kita dan anak2.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...