Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, October 5, 2015

Cara Susun Atur Pakaian Harian Anak

Ini juga susulan daripada entri Susun Atur di entri yang lalu. Nak share dengan korang susun atur ni mana tahu boleh la korang try apply di rumah. Setakat 2 minggu ni, alhamdulillah sistem susun atur ini sangat praktikal dan memudahkan.

Sebut pasal memudahkan ni, sebenarnya aku dapat idea ni dari beberapa sumber yang di share di FB. Aku tengok macam sepintas lalu je, tapi lupa nak park kat wall sendiri. Basically aku nampak idea ni macam berguna dan sangat boleh membantu husband yang tugas hariannya adalah menyiapkan Hadif pepagi serta bekalan pakaian harian Hadif untuk sesi daycare di sebelah petang.

Kalau pepagi tu aku dah siap agihkan tugas dah. Aku akan siapkan iron baju Hadif then husband akan siapkan dan hantarkan Hadif ke sekolah. Untuk sesi petang pulak, aku take over. Macam tu la hidup suami isteri, kena tolak ansur mana yang boleh. Lagipun kami takda bibik, kalau tak aku yang acting jadik bibik, takda orang lain melainkan suami sendiri. Kat rumah memang dah ada tugas memasing. Berkira tak hengat kalo ada tugas yang tak setel tu...sanggup tinggal buat tak tau je semata tu bukan tugas memasing. Hahaha...

Idea ni jugak sebenarnya aku tergerak hati nak buat atas sebab ketidaksengajaan en suami yang telah tesilap pairing baju daycare abang dengan kain pelikat. Masa aku pi amik abang dari sekolah, memang tetanjat sangatlah nengok ke abang berbaju tshirt dengan kain pelikat. Kain pelikat ni memang purposely untuk dia solat di masjid/surau je. Aku macam tak tahu lah nak maroh atau nak gelok ke laki aku yang selamber dia je pairing kan macam tu. Yang Hadif pulak as usual lah, muka habis konfiden. Siap cakap, esok nak pakai lagi..sebab sejukkk..beranginnnnn katenyerrr...hahaha




Basically aku amik idea lebih kurang macam ni. Susun Atur ni memang khusus untuk baju daycare Hadif dari Isnin hingga Jumaat sahaja. Untuk weekend tak perlu lah sebab si omaknya pandai lah nak dress up kan anak lagu mana kan. Biasanya weekdays memang pepagi tu kan rushing. Masa tu la nak carik suar nak match dengan baju, carik spentot pulak hilang..Jadik bila dah ada sistem macam ni, aku rasa sangat la membantu.

Tapi, aku kan dasar sejenis ummi yang cheapskate. Hahha..Aku cuba berfikir di luar kotak dengan menggunapakai apa yang ada dalam bilik Hadif ni. Hasilnya lebih kurang macam ni...

Pocket set ni tak silap aku dapat hadiah masa Hadif setahun kot. Pernah la letak mini books la ape laa tapi rasa macam berkecah pulak. Lastly aku simpan je benda alah ni. Tak sangka boleh timbul idea nak jadikan sebahagian daripada projek susun atur dalam bilik Hadif ni.

Aku kategorikan pakaian ikut hari. Cuma ada extra poket tu dah takda idea nak letak apa, so aku letak aje lah hari sabtu/ahad tu just incase kan aku outstation time weekend.

Berdebor jugak lah nak nengok ke hasilnya. Tapi alhamdulillah. Berhasil jugak akhirnya. Setiap satu poket tu ada sepasang baju dan seluar. Kira muat-muat la jugak. Untuk sementara waktu aku lekat pakai masking tape je dulu before nak cari idea nak print label cecomel skit kan. Jimat pun jimat..hihihi


Beginilah lebih kurang pandangan sisi dari bilik Hadif setelah projek susun atur siap dan selesai. Banyak lagi benda tertunggak tak setel nak deko-deko bilik abang ni. Still tengah cari gali idea nak berhias.

Sharing is caring!


3 yang mengekspresikan diri:

YB Shehan said...

cantik gilos bilik

Emmy said...

Brilliant!!

Ruzana Ibs said...

kemas 3x!!! Suka laci yang colour putih tu juga..
Idea letak baju dalam poket tu pun brilliant!
Suka 3x!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...