Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, October 1, 2015

Susun Atur Almari/Drawer Pakaian Anak

Agak lama betul tak berkumandang di teratak sendu ini. hihi...pastu mula lah stuck kejapp nak start menulis lagu manaa nihh..

Ok baiklah, just straight to the point aje lah. Hari ni nak share dengan korang susun atur almari dan drawer (laci) anakanda Hadif. Mood rajin ini biasanya akan merasuk bila ada sesuatu yang sangat kritikal perlu dibuat. Maksudnya disini, idok lah aku sengaja merajinkan diri nak bersusun atur bagai dengan keadaan perut yang semakin membesar sekarang ni kan! (28 weeks oredi mehh)..

Seperti mana korang sume pun tahu, kalau korang ni pembaca tegar blog suam sendu ini lah kann..Aku kan sejenis ummi yang cheapskate..kalau boleh semua benda nak murah, lawa dan berkualiti dan paling penting praktikal opkoss..Jadiknya, disebabkan adik abang bakal keluar bulan 12 ni, aku perlu bersiap sedia untuk sediakan rak pakaian atau apa jualah benda yang boleh diisi pakaian si adik kelak.

Disebabkan itu, aku rasa macam rak si abang ni patut inherit ke si adik. Bukan..bukan..bukan sebab diskriminasi adik bradik. Orang selalu kan cakap, si adik selalu dapat barang second hand dari abang/kakak. Tapi pada aku tak boleh la kita terus nak label itu tanda kasih sayang kot. Kalau ini pilihan paling praktikal, makanya pada aku ini la pilihan yang terbaik. Sharing is caring kan!

Si adik dapat wardrobe si abang sebab wardrobe lama si abang ni kurang sesuai dengan saiz baju si abang yang sedang mengalami tumbesaran ni. Makanya pada aku, daripada aku sumbat je sume baju abang dalam wardrobe padat ni, adalah lebih baik kalau aku belikan si abang wardrobe/drawer yang sesuai dengan umur dan juga faktor independency yang sedang aku didik dia sekarang ni.

Setelah beberapa sesi tinjauan di buat ke atas pemilihan wardrobe/drawer, setelah dikira tolak tambah darab bahagi..aku memilih drawer material plastik di HomePro, IOI City Mall. Harga memang terbaik, opkoss yang paling murah RM120. Suka sebab design smart, kaler putih, ketinggian separas dengan si abang, dan ada 4 drawer yang memasing ada peranan masing-masing. Kenapa aku pilih drawer ni? Kenapa tak beli Ikea? banyak sebab kenapa aku tidak menyokong barang Ikea especially yang melibatkan DIY ni. Nanti la bebila aku share ye..

Inilah drawer yang tak seberapa gah yang berjaya aku menyusun atur pakaian abang di dalamnya. Serius rasa sangat berbaloi beli, sebab apa yang aku plan semuanya menjadi realiti. Cuma side atas yang korang nampak berlabel siap bagai tu memang unplanned project. Itu kira macam roh rajin bagi extra works and bonus nya dapatla terhasilnya satu lagi susun atur untuk pakaian harian.(will blog about this on my next entry, k!)

Ok jom kita cekidaut hasil susun atur pakaian abang yang dah siap sedia kemas disusun rapi dalam setiap drawer ni..thank u to abang sebab berjaya menyeru roh rajin merasuk dalam badan umi sampai hampir umi diserang cramp perut duduk bersila melipat kain bersama abang...hiihi

Drawer paling bawah - ini semua tempat letak seluar abang. Seluar panjang di bahagian belakang, seluar pendek di bahagian depan. Ada sebab kenapa seluar panjang ummi park kat belakang. Sebab seluar panjang biasa nya pakai pi outing, seluar pendek or 3 quarter ni selalu pakaian ke daycare abang. So, kekerapan lebih tinggi untuk suar pendek ni in and out. Haa..gicuuu..

Drawer ke-2 dari bawah - ini segala mala tshirt abang. Iyelah boboi kan. Ini aje yang paling banyaknya. Tshirt round neck paling banyak, mana yang berkolar tu ummi park kat belakang sebab faktor kekerapan jugak lah. Cara lipatan macam ni sebenarnya banyak sangat pekdahnya. Satu, kurang berkecah kalo nak dibandingkan dengan kita lipat dan susun menegak. Kedua, kita boleh nampak semua baju yang kita ada. Cuma kontranya, abang lagi lama termenung depan ni sambil berlengging, sebab rambang mata tak keruan nak pilih baju mana pilihan di hati yang nak dipakai.


Ini pulak, drawer ke-3 dari bawah - ini special untuk semua pakaian yang berpasangan. Most of them baju tidur abang lah. Abang dari kecik memang diajar tidur berpakaian kemas satu set lengkap baju dan seluar, cuma terkadang kalo daddy yang siapkan daddy main belasah aje pakai baju lain suar lain. Disebabkan masalah itu, ummi pun cuba mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi si daddy menyiapkan abang dengan kemas dan tidak kelihatan kg.com. hihi (next entry jugak k!)

And last but not least, drawer terakhir dan terpaling atas. Patut drawer ni la duk bawah sekali. Tapi aku memikirkan faktor keberatan. Sengaja letak seluar di drawer bawah sekali sebab tahu dah suar jeans memang berat kan. Maklumla material plastik tapi insyallah tahan lama. Tapi kena fikir long term jugak, mana tahu lelama melendut jugak kan. So, kita parking la segala jenis pakaian yang berunsurkan "inner", di letakkan di bahagian drawer paling atas ni.

Done setel susun atur drawer. Ini pulak wardrobe abang. Insyallah soon wardrobe ni akan berkongsi denga si adik. Semua jenis pakaian yang bukan la jenis "basahan" atau dalam erti kata lain, ini pakaian yang comel-comel skit la dari hat dalam drawer tu. Semua nya akan disangkut dalam ni. Ada baju Melayu, sweater, wedding suit, kemeja dan sebagainya. Yang bawah aku gulung-gulung tu sebelah kiri blanket and sebelah kanan towel dia. Lebih kurang macam tu jela...

Inilah serba sedikit perkongsian mengenai susun atur drawer dan wardrobe pakaian anak teruna ku. Terima kasih kepada kawan-kawan lain atas perkongsian idea ini. Banyak sangat belajar daripada kengkawan blogger lain.

Tunggu next entry ok!

tata,..





1 yang mengekspresikan diri:

ietams said...

terima kasih bagi idea.
mmg pening gak nak mikir cemane
nak susun drawer plastic anak² bujang sy
boleh la saya try praktikan nanti.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...