Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, October 2, 2015

Cara Mudah Lipat Pakaian Yang Berpasangan

Seperti yang dijanjikan dalam entri Susun Atur yang lepas, hari ni nak share dengan korang cara yang paling simple menyusun atau melipat pakaian yang berpasang-pasangan. Maksud yang lebih mudah, baju yang kita beli akan bersekali dengan seluar.

Kebiasaannya, kalau untuk baju anak-anak, baju tidur lah yang selalu berpasangan kan. Ada jugak la skit-skit cecampur dengan baju pakaian harian yang selalu kita beli pi holiday ke kan. Macam baju I love Bali ke, Langkawi ke, Sabah ke, gitu la lebih kurangnya..

So, pada hari ini sukacita nya disini nak share dengan korang cara mudah dan paling cepat nak susun pakaian berpasangan ni. Nampak macam kurang kemas sikit sebab tahap ketebalan 1 set pakaian ni macam tak konsisten. Tapi tak ngape lah, asalkan ia praktikal dan mudah disusun. Haa.. gitcuuu...

Ayuh kita mulakan dengan 3 langkah mudah.


 1. Lipatkan baju seperti gambarajah di atas.

2. Ambil seluar yang yang telah dilipat dua, kemudian tindihkan di atas baju tadi seperti gambarajah di atas. Kemudian bawakan hujung baju lipat ke dalam, kemudian diikuti dengan hujung baju yang satu lagi. Ulang langkah yang sama untuk lipat seluar tu jugak.

3. So hasilnya, korang akan dapat satu lipatan macam dalam gambar ini. Tadaaaa....


4. Sedia untuk disusun kemas dan rapi di dalam drawer.

Ok done!

Sharing is caring!

3 yang mengekspresikan diri:

YB Shehan said...

menarik. nt nak suh hasben bljr. dia tukang lipat. hahaha

ietams said...

bagusnya.
boleh ikut la cara lipat ni. Thanks!

Ruzana Ibs said...

Confirm tak hilang lepas ni. TQ for the idea
Biasanya baju tah ke mana, seluar pun missing..jumpa balik masa taknak pakai, tapi tanpa pasangan masing-masing... especially bila anak sendiri yang simpan pakaiannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...