Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, June 8, 2016

7 Tips Bersalin Normal Selepas Ceaser (Vaginal Birth After C-Section - VBAC)


Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah sebab memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat bersalin secara normal buat pertama kali. Hari ini baru berkesempatan nak kongsikan kepada mana yang bertanya pengalaman atau tips yang aku amalkan untuk membolehkan aku bersalin VBAC.

Tak terucap sebenarnya bila mana doktor maklumkan bahawasanya aku boleh bersalin secara normal untuk cahaya mata kedua yang sedang sihat membesar di depan mata aku ni. Bukan mudah, dan tidakla sesukar yang kita bayangkan. Yang pasti ia tidak mustahil.

Pada korang yang tak tahu, sebelum aku bersalin czer semasa lahirkan si abang Hadif 5 tahun lepas, aku pernah menjalani major operation akibat komplikasi di bahagian usus.abdomen. Berikutan daripada komplikasi yang berlaku semasa pembedahan tersebut, perut aku di potong secara vertical (menegak) sepanjang 2 jengkal (30 cm) dan ini la faktor utama yang menyebabkan aku terpaksa bersalin czer.

Untuk kandungan kedua ini, aku betul-betul tekad. Bukan nak menyeksa diri, tapi nak mencabar diri sendiri untuk cuba juga bersalin normal. Walaupun bila aku bersetuju untuk bersalin normal, keluarga terdekat amat bimbang dan khuatir dengan tahap kesihatan aku ini tidak seperti ibu normal yang lain. Aku tekad nak bersalin normal, nak merasai momen indah yang sering aku dengar daripada orang lain tentang bagaimana pengalaman diorang bersalin normal. Even masa lahirkan Hadif dulu pun aku tak sempat rasa sakit contraction.

Allah Maha Besar. Allah mendengar rintihan aku saban waktu. Setiap hari aku memohon doa dan belas kasihan daripada Allah untuk beri peluang kepada aku merasai nikmat bersalin normal.
Disini aku kongsikan beberapa tips yang aku amalkan

1. BERDOA DAN BERTAHAJUD
Sentiasa berdoa dan keraplah bertahajud. Mintak betul-betul spesifik mohon kepada Allah untuk beri peluang bersalin normal dan dipermudahkan jua.

2. BACA SEMUA SURAH AMALAN SEMASA MENGANDUNG
Bacalah sekurang-kurangnya sekali. Surah Maryam, Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Ar-Rahman, Surah Al Hujarat, Surah Yassin.

3. AMALKAN SETIAP HARI BACA SURAH AL WAQIAH
Surah yang pada aku paling banyak fadhilatnya. Ramai yang tak tahu surah ini bukan sekadar menarik rezeki, malah surah ini mempermudahkan rezeki datang pada kita. Anak dalam kandungan tu pun rezeki kan yang bakal kita dapat kan? Wallahi Allah permudahkan saya bersalin, tak rasa sakit langsung semasa melahirkan anak kedua ini. Aku amalkan hari-hari. Biasanya lepas solat maghrib atau isyak. Kalau tak sempat, aku baca dalam kereta je guna aplikasi quran yang ada. Curilah masa baca 96 ayat pendek-pendek je surah ni.

4. PAKSA DIRI SOLAT MACAM BIASA HINGGA KE TITISAN TERAKHIR
Faham memang kita sarat sangat nak-nak masa nak dekat bersalin tu. Nak bangun duduk memang tak arat. Time ni memang rasa mampu nak solat duduk je. Tapi cuba paksa diri.

5. SOLAT TAUBAT
Aku sempat juga buat solat taubat. Mohon ampunkan dosa-dosa aku pada Allah. Mana yang nampak mana yang tak perasan. Especially dengan suami kita kan. 

6. PEMAKANAN YANG SIHAT
Aku pastikan setiap hari aku akan minum 1-2 liter. Then aku akan makan kurma, pati delima dan susu kambing. Start 3rd trimester tu, aku dah makan virgin coconut oil (VCO). Memang berkesan sangat makan vco ni. Masa aku nak push baby tu, meluncur laju baby keluar, itu yang aku tak rasa sakit bila meneran tu.

7. SENAMAN RINGAN
Untuk senaman pulak, aku buat senaman squat. Nak dekat bersalin tengah-tengah contraction yang kuat tu, aku duk berulang jalan itik dan ketuk ketampi.

Aku harap perkongsian ini memberi manfaat kepada korang semua yang sebelum ini mempunyai pengalaman bersalin czer dan bercadang nak bersalin normal untuk anak yang seterusnya. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memakbulkan doaku. Aku doakan korang juga dipermudahkan untuk bersalin normal ye!

Semoga bermanfaat!





2 yang mengekspresikan diri:

Unknown said...

salam,tumpang tanya..berat baby berapa yer mse puan vbac aritu.?doc ade ckp x limit berat baby klo nk vbac.?ade jahit kt perineum.?puan bsalin kt mne.?tqia

mardiana said...

semoga kak nana dapat besalin normal macam kemn lepas ni. huhu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...