Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, June 19, 2017

UCAPAN SELAMAT HARI BAPA UNTUK 2 INSAN TERSAYANG



Dah lama nak berkongsi tentang kesihatan ayahanda tersayang. Tapi itula tiap kali jari jemari mula menaip, tiap kali itulah air mata mengalir deras makanya terpaksa jari ini berhenti menaip. 

Sempena HARI BAPA, ayuhlah ku cuba update untuk tatapan semua rakan2 sahabat handai yg mengenali diri ABAH. 

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Tiada perkataan yg lebih indah untuk diungkapkan selain memanjat kesyukuran kepada Allah s.w.t. Kesihatan abah semakin hari semakin baik. Cuma terkadang ada juga masa dan ketika abah kelihatan lemah kerana masih meneruskan rutin rawatan dialisis 3 kali seminggu. 

Saat dan memori yg mungkin kami sekeluarga tidak akan pernah lupakan adalah saat abah kembali sedar dari koma setelah hampir 10 hari berjuang dan buktikan abah mendengar setiap doa, bisikan di telinga, rintihan dan tangisan kami untuk abah kembali membuka mata. 

Ketika doktor pakar menjelaskan bahawa kami sekeluarga hendaklah "bersedia" dengan apa jua keadaan yg bakal berlaku, kerana pada ketika itu abah tidak memberi sebarang respon positif dan hanya bergantung sepenuhnya kepada mesin. Ketika inilah sepenuh pengharapan doa dan ikhtiar kami usahakan sekeluarga,  ternyata kun fa ya kun itu adalah benar-benar pasti. 

Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Terjaganya abah dari lena yg sebentar itu seolah olah memberi peluang ke-2 kepada kami, anak-anak abah untuk terus berbakti dan menyayangi abah sepenuh jiwa dan raga kami. Mengambil sedikit masa untuk memulihkan keadaan fizikal abah juga memberi erti sebenar tentang kesabaran dan pengorbanan. Paling nyata, kesabaran dan pengorbanan seorang isteri itulah tiada tolok bandingnya. Dimana letaknya syurga isteri kalau bukan berada di sisi suami? Begitulah tinggi nya darjat seorang isteri, kami anak2 masih tidak mampu menandingi kehebatan isteri abah. 

Selamat Hari Bapa untuk ABAH. Kami sentiasa doakan abah diberi kesihatan yang berpanjangan untuk abah terus menjalani kehidupan bersama kami dan beribadat kepada Allah Yang Maha Pencipta. 

Terima kasih Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk terus mengucup memohon keampunan daripada kedua ibu bapa kami.
Sayang abah, sayang ummi. Lillahitaala. 

-Anakmu yang degil-

POST KE-2 SEMPENA HARI BAPA


Sabar itu indah. Hadirnya dia dalam hidup saya umpana satu jawapan yg sering saya persoalkan sebelum ini. Entah mengapa saya terus menerima lamaran dia walau perkenalan kami ketika itu baru sahaja mencecah dua minggu. 

Melihat dia, hati saya tenang. Senyuman tak pernah lekang tiap kali saya bertemu dia. Dia tidaklah arif menyusun ayat cinta semanis bunga, tetapi dia sering muncul dengan kejutan yg sudah mampu buat hati saya berbunga. Keikhlasan dia terzahir dari kesungguhan dia untuk memperisterikan saya. Tekad hati untuk menerima lamaran dia, bererti yang kurang pada dia saya terima seadanya. 

Suara dia tegas, langsung tidak menggambarkan perilaku dia. Dia sentiasa menjadi pendengar setia saya dan anak2. Apa jua cerita sekalipun dia mampu dengar dan hayati. Boleh bertolak ansur dalam apa sudut jua kecuali perihal solat. Bersungguh dimarahi dia kalau saya dan anak melengahkan solat. Tiada kompromi.

Ketika ini dia sedang diuji Allah berdepan dengan ujian yg perlukan kesabaran di tahap infiniti. Saya hanya mampu menangis tiap kali dia luahkan perasaan sedihnya. Saya percaya Allah sentiasa mendengar rintihan hatinya. Kerana dia suami yang baik, ayah yang penyayang dan anak yang sangat taat kpd ibu dan ayahnya. 

Sayang, Selamat Hari Bapa. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan jauhkan sayang dari segala kemungkaran di dunia dan akhirat. Terima kasih kerana sentiasa membahagiakan hidup kami. Sayang mengajar saya sesuatu yang tak mungkin saya dapat dari orang lain. I love you dunia akhirat. 

#mysoulmate #myhusband #loveofmylife

Love,
Isterimu yang solehah *__*

0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...