#ProjekWakafTelekungPPTD2017
Bismillahirrahmanirrahim. Salam Ramadhan buat semua kaum muslimin dan muslimat.
"Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah
amalannya kecuali tiga (3) perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang
dimanfaatkannya dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepada ibu
bapanya" - Hadis Riwayat Muslim
Bermula bulan Ramadhan ini, Persatuan Pegawai Tadbir &
Diplomatik (PPTD) menganjurkan satu projek WAKAF TELEKUNG dengan
kolaborasi bersama Telekungnajwa.
Kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan
berbentuk wakaf ini, ayuh kita ambil peluang ini untuk menyumbang
telekung dengan nilai serendah RM30 sahaja bagi setiap telekung yang
akan diwakafkan kepada kumpulan sasaran seperti yang tertera di poster
ini.
Untuk makluman semua, pengagihan telekung adalah secara
berperingkat mengikut tiga (3) projek Kembara Ramadhan yang turut
dianjurkan oleh PPTD. Tentatif program pengagihan telekung adalah
seperti berikut:
Outreach Bubur Lambuk di Ulu Slim Perak
Kembara CSR Kedah, Penang dan Perlis
Iftar PPTD di Putrajaya
Sumbangan daripada anda semua amat dialu-alukan untuk sama-sama kita menghulurkan bantuan meringankan beban. Sumbangan boleh terus disalurkan ke nombor akaun seperti yang tertera di poster. Saya mewakili pihak penganjur dengan rendah diri ingin
merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak TELEKUNGNAJWA di atas kesudian berkolabarosi bersama PPTD bagi
menjayakan program wakaf ini.
Semoga segala urusan kita akan dipermudahkan Allah. INSYALLAH.
#WakafTelekung #TelekungWakaf #telekungnajwaXpptd #telekungnajwa #pptd #telekung #wakaf #Ramadhan
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment