Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, January 5, 2012

Berhantu sungguh mi calong mokcik ni!!!

Hye all!!!

Entri hari ini masih lagi berkisarkan cerita ceritera di kampung halamanku. Biasa lah awal-awal pembukaan tahun ni mood bekerja masih lagi suam-suam kuku walaupun aku tak habis-habis duk laung-laungkan semangat baru masuk tahun baru ni..hikhik..

Kalau korang pernah baca entri saya yang INI, tau lah korang ape itu mi calong. Ye, sambil menaip entri ni pun masih terkecur air liur den duk mengenang-ngenangkan betapa ohsem nya kesedapan mi calong kat rumah aku ni. Entahla, rasa macam simple yang amat je mi calong ni tapi aku tak tau la rasa macam dah terkena sumpahan pantai je. Nape pantai nye tetibang? Kalau korang nak tau, kedai mi calong febret aku sekeluarga terletaknya di Pantai Pelindung.

Kalau korang nak try rasa betapa hebakkk nya rasa mi calong, makanan tradisi ni ada sekitar Beserah > Balok > Cherating > Kemaman. Tapi kalau ikutkan asalnya from Beserah. 

Berbalik kepada cerita mi calong mokcik pantai (ni nama unofficial kitorang bagi). Simple sangat nak buat makanan ni, tapi saya rasa buat sendiri tak se best makan di warung mok cik sambil layan angin sepoi-sepoi, tapi bila monsun gasakla melayan angin kencang tak hengat diselangi pulak dengan deruan ombak rindu di petang yang hening..hihi..Kalau hari tu bertuah, dapat la tengok aktiviti nelayan naik ke laut bawak hasil tangkapan ikan yang still fresh lagik. Nak beli terus kat situ pun boleh..

Sekarang ni tengah angin monsun, memang air laut dekat je ngan warung mokcik. Kesian jugak tengok keadaan warung mokcik ni separuh dahpun ditelan ombak rindu (nok jugok rindu tu..haha). Sambil menghirup kuah mi calong tu, boleh la cuci-cuci mata tengok abang-abang sunburn men surfing kan diri. Aku nak dekat ngan gigi laut pun dah seram seriau nengok kemain tinggi ombak tu menelan abang sunburn..kejap tenggelam..kejap timbul..tengok dari warung mokcik pun jadik la..perut pun kenyanggg..

Ada jugak sekumpulan anak-anak kecil yang duk main layang-layang kat sini. Eh, pendek kata memang best lah. Walaupun warung mokcik tidaklah se gah mana, tapi jangan tak tau dek kerana mi calong dia yang berhantu ni pukul 5 petang dah licin. Biasenye kitorang la yang jadik penutup kedai ni sebab sekali datang serang dah 7 8 orang..Itu belum citer nak tapau lagik..Seyes, warung mokcik memang terbaik!! Orang datang tak putus-putus nak-nak time weekend. Kalau abah saya ni, mokcik dah kenal sangat dah. Yela, lepas habis buat dialisis mesti dia ajak ummi pegi pekena mi calong sepammm...Abah ni kire macam salah satu pelabur terbesar dalam warung mokcik pantai ni..wakakaka

Dah mengarut panjang benau dah ni..marilah nak perkenalkan pada korang yang tak tau..Mi Calong Mokcik Pata (pantai..sound ganu sikettttt)

Ni mi calong telur. Kalau special dia tambah ayam. Dalam tu ada tauhu sumbat ikan, bebola keropok ikan. Musim tengkujuh ni ikan tak banyak, so mokcik ganti ngan bebola n tauhu segera je, kalau tak sume dia buat sendiri..tapi laku semacanggggg...!!
Ha, kalau takde benda ni memang tak power la mi calong tu..Ini lah mantera mokcik ni..hehehe..dalam botol merah tu sambal merah, campur skit dengan lada sulah, kicap masin and lada jeruk..pehhhhhhh...telan dah air liur ni!
Nengok menu warung mokcik oldskool giler..tapi ade aku kesah? yang penting kenyang perut suke hati..hehe
Ni bukan angin sepoi-sepoi dahh..kuat gile angin tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk menghirup mi calong hingga ke titisan terkahir..kuang..kuangg..kuangggg

Separuh daripada warung mokcik yang telah hilang ditelan ombak rinduuu..
kenyang perut..balik dengan perasaan yang sungguh gembira dengan harapan esok masih ada untuk aku repeat makan mi calong mokcik ni..lalalalala






psstttttttttt....Korang jangan pandang lekeh dengan warung mokcik  ni, banyak dah retis-retis datang buat penggambaran kat warung mokcik tawwww!!! Zizan, Johan, Rosyam Nor pun pernah datang tau!! Lepas ni maybe Aaron Aziz pulak datang buat penggambaran Ombak Rindu II..(tipu jerr)..hehehe

Okay, habis dah!



4 yang mengekspresikan diri:

Nur Raihana Abd Rahim said...

nmpk sdp.tapi alahai jauhnya nak piii...

Kemn Azmaili said...

@Nur Raihana Abd Rahim

kalau berkesempatan ke kuantan, singgahla ..hehe

mardiana said...

teringat waktu pergi umah kemn. best!!!

Kemn Azmaili said...

@mardiana

haah..best2 mandi pantai..tp xsempat kemn nak bawak makan mi calong pantai ni..kita gi makan mi calong paya je kan...huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...