Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, January 4, 2012

My first entry in 2012!

Hye and salam to all my dear gorjes ensem readers!


Today, baru la saya sempat nak update blog yang agak lama diam membisu ni. Fyi, kat rumah memang jarang sangat online disebabkan tersangatlah sukar nak meng online kan diri bila itu budak kicik sama duk sibuk nak online..huhu..


Actually weekend lepas husband ajak balik kampung dia di Kelantan sebab nak melawat atuknya (Tok Ayoh) sakit. Tapi last minit terpaksa la bertukar plan disebabkan my baby sekali lagi diserang measles. This time memang paling worst sebab 4 hari 4 malam dia demam panas. Suhu badan dia up to 39 degree! Seyes memang panas sangat. Tak payah cakap la dia punya merengek memang kesian sangat tengok dia.


My husband tinggalkan kami dua beranak di Kuantan and dia balik dengan adik dan sepupu dia satu kereta ke Kelate. So, memang sangat menduga la bila jaga anak tak sihat ni sensorang diri tanpa suami disisi. Nasib baik lah balik Kuantan, ada ummi and abah and adik beradik yang lain boleh tengokkan dia jugak.


This time measles dia memang naik banyak. Habis keluar semua satu badan berbintik-bintik merah. Saya dah tak tau nak buat macam mana lagi nak turunkan suhu badan dia. Masuk ubat ikut punggung pun suhu badan still tak turun lagi. Last, bawak pegi specialist kat KSH. Doc just bagi antibiotik, according to the doc my baby kalau ikutkan suhu badan dia memang dah kena admit tapi sebab dia aktif cergas semacam, doc suruh saya pantau di rumah je. Alhamdulillah lepas minum antibiotik tu, demam dia berkurang. Kat rumah pulak, saya bagi dia minum air kelapa. Haaaaa...lepas tu yang keluar banyak campak dia tu..Badan dia pun dah sejuk, alhamdulillah syukur sangat-sangat!


budak bertuah ni memang pecah rekod tak usik towel basah atas kepala dia tu..maybe sebab dia rasa panas sangat kepala dia tu yg syok je sejuk letak benda alah tu..ish, kalo tak haremmm la dia nakk..huhu


So, permulaan tahun 2012 kami disambut dengan menjaga anak kesayangan demam campak. Masa orang countdown new year tu boleh pulak dia meragam menangis tak berenti sampai tok abah bawak kuar jalan-jalan naik keta, baru la dia diam..Esok tu, tengah-tengah bagi mamam nasi kat Hadif, nampak ada lagi satu tumbug gigi bawah. Hai, penat umi cenggini. 3 batang gigi awak tumbuh, 3 kali awak demam nakkkk...


Selamat Tahun Baru kawan-kawan!! Apa azam tahun baru korang? Nak tahu azam saya tahun 2012 ni, boleh baca kat SINI.


p/s: anak ummi ni demam bukan nak beralih bulan, nak beralih tahun...huhuhu

Tata!

2 yang mengekspresikan diri:

aThidEaN said...

lain budak lain cara pembesaran.ilyaas tup2 nampak gigi tumbuh,tp xdemam..
dia demam paling teruk masa 3-4 bulan..nak boleh meniarap..sampai sedut2 kahak..
takpela, janji demam xmelarat kan..klu tak risau kita ye tak kemn?
btw baju hadif sama ngn ilyaas la =) geng la cmni

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

betul tu athiey..kalau ikutkan sebelum ni kan dia dah demam..tapi tak kuar habis measles tu..kali ni memang merah satu badan dia..itula, risau juga time suhu badan dia tak turun2 tu..tapi itulah lasak semacam..

btw, baju tu borong kat manjaku..memang la hadif geng ngan Ilyas..nak kena tackle Amani ngan Aleesya ni..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...