Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, December 29, 2011

"LULU CALDINA REVIEW BLOG SAYA"

Klik banner untuk join segmen Lulu Pages

Untuk kesekian kalinya bagi penutup hujung tahun 2011 ini, saya dengan berbesar hatinya join segmen yang dianjurkan oleh tuan tanah kedaung cik Lulu Pages. 

Kenapa nak Lulu review blog saya?

Pertamanya adalah untuk menambahkan jumlah pembaca blog saya yang baru setahun jagung ini. Tidak kiralah sama ada anda menjadi follower atau sekadar silent readers, saya sangat menghargai kesudian anda membaca blog saya ini. 

Blog saya hanyalah sekadar blog peribadi yang berkongsi tentang apa jua kisah cerita, info, tips dan pelbagai maklumat lain yang dirasakan boleh dikongsi bersama-sama untuk dijadikan rujukan serta panduan kepada sesiapa sahaja yang membacanya.

Apa yang menariknya, saya adalah Pencinta Biru, kebetulan minat saya kepada warna biru sama pula dengan cik pihak penganjur. Kegemaran warna ini dapat diterjemahkan melalui blog ini dan sudah pasti sesiapa sahaja yang mengikuti perkembangan saya melalui blog sudah sedia maklum dengan obsesi saya kepada warna biru. Bukan itu sahaja, apa sahaja info sama ada tentang perkahwinan, kehamilan, parenting, resepi, cinta boleh anda perolehi melalui pembacaan anda di X-presi.


Saya juga ingin menambahkan kenalan di kalangan rakan blogger kerana saya merasakan dunia blog ini sangat unik. Kita tidak dikenali, tidak juga mengenali antara satu sama lain, tetapi melalui blog secara tidak langsung kita boleh mengenali siapa dia (blogger) sebenarnya.


Amatlah berbesar hati jika dipilih menjadi salah seorang daripada 5 blogger pilihan cik Lulu Pages. Semoga Lulu terus maju di dalam bidang penulisan blog ini teruskan dengan update info-info terkini. Terima kasih.

8 yang mengekspresikan diri:

Mrs.aisheiteru said...

Hi. comment xde kna mengena dgn entry ni. Just read ur comment pasal dilema mencari rumah. oh u rupanya TH residents to be! me tooo!

Kemn Azmaili said...

Hye..its okay babe..

serious ke babe!!! omaigad, good to hear that!! boleh la kita mengeteh di rumah lepas ni...yippie... =)

Mrs.aisheiteru said...

Kta same type B. Rumah no brape? Baru je last monday pegi jalan2 tg rumah. Tapi berkunci. so tgk dr luar jer. Playground dah siap.

Kemn Azmaili said...

@Mrs.aisheiteru

Oh sama jugak ke? rumah yang kaler hijau tu kann..btw, isnin hari tu pun i pegi jalan sana jugak..yup, playground dah siap but rumah still tak le tengok lagi..huhu..

btw, kenapa i xboleh baca blog u ek..dia tulis blog ini terbuka untuk pembaca yang dijemput sahaja..

Cik Muda Sae said...

anak mak...~

Cik Sibuk said...

salam kenal..

i terjumpa blog u pun dari komen entry lulu..

kira dah tambah la 1 kawan u sekarang :)

Gen2Merah said...

sebuah luahan yang menarik... semoga kena review oleh Lulu yaa

anyway selamat menyambut Tahun Baru 2012.. Thanx sudi menjadi sahabat maya saya..

Lulu Caldina said...

Terima kasih sudi meluangkan masa join segmen ni..
Jom singgah Lulu-Pages tengok siapa yang terpilih..
[TERBARU]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...