Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, January 31, 2012

Sentuhan solekan yang menarik. Apa tips nya?

Salam,

Selain daripada dekorasi atau menghias rumah, hari ini saya nak share dengan korang mengenai satu lagi minat saya iaitu "make up". Make up atau dalam bahasanya dipanggil solekan sememangnya tidak lari jauh dengan kaum wanita. Ya saya akui ada juga wanita diluar sana yang tidak suka mengenakan solekan, lebih selesa dengan wajah polos yang lebih natural kan? Terpulang kepada individu lah ya. Entri ini sedikit pun tidak memaksa anda untuk bermekap..hehe


Rasanya ini adalah entri pertama saya kongsikan mengenai minat saya ini. Saya mula berjinak-jinak dengan make up ni lepas habis SPM, time skolah dulu tengok muka sendiri pun nak termuntah asik hitam sunburn memanjang duk perabis masa di padang netball..So, lepas habis skolah tu memang saya mula slow-slow touch up skit-skit..


Bila dah masuk U, saya akan pakai make up tiap kali ke kuliah. Saya tau ramai yang pandang sinis dengan saya sebab suka sangat ber make up. Tapi semua tu tak menjadi penghalang kot untuk saya terus explore dengan dunia solekan ni. Saya lagi suka bila share dengan kawan-kawan macam mana nak make up dengan betul. Lama kelamaan, rasa seronok tengok kawan-kawan lain dah pandai mengenakan solekan skit-skit ni. Yang paling best, bila tiba je hujung semester mesti ada Annual Dinner kan..Time tu lah yang paling seronok sebab tengok kawan-kawan semuanya ayu dan jelita..hehe


Practice make perfect! Macam mana kita nak pandai make up kalau kita tak pakai hari-hari kan? Bila dah selalu pakai make up ni, 10 minit pun dah boleh siap ke ofis. Tapi, jangan lupa pulak ada benda-benda lain yang perlu kita pakai sebelum kita mengenakan make up ini. Please, jangan malas. Walau apa cara sekalipun, korang kena jugak pakai 2 benda alah ni before korang make up ok! 


Toner dan Moisturizer. Toner berperanan untuk menutup liang-liang roma kita untuk mengelakkan daripada bahan solekan tersebut meresap terus ke dalam kulit kita. Moisturizer pulak berperanan untuk melembapkan kulit kita sebelum wajah kita dirias dengan pelbagai jenis kosmetik seperti foundation, eyeshadow, blusher dan sebagainya. Kalau kita tak pakai 2 benda ni, alamatnya kulit kita akan cepat sensitif dan solekan juga akan nampak kurang menarik.


Banyak sebenarnya nak share dengan korang mengenai tips penjagaan muka. Walaupun muka ku tidaklah flawless menggebu, tapi alhamdulilllah setakat ini saya tidak mengalami masalah kulit kecuali kes tersilap pakai produk..hehehe


Bagi mereka yang diluar sana yang baru nak berjinak-jinak nak bermekap ni, saya sarankan supaya anda tidaklah menghabiskan sejumlah modal yang banyak semata-mata untuk kelihatan cantik bermekap. Sebenarnya, kalau kita tahu teknik yang betul untuk bermekap, dengan menggunakan produk yang tidak terlalu mahal pun boleh menampakkan anda seperti memakai produk yang mahal tau. 


Minat semata-mata tidak memadai dalam usaha untuk kita perbaiki hasil solekan. Ia sudah tentu perlu disusuli dengan ilmu kan. Disebabkan obses saya terhadap solekan ini, bila cuti semester umi tak keberatan menghantar saya ke kelas solekan. So, dapatlah banyak ilmu-ilmu baru tentang mekap ni! =)


Cubaan yang pertama, apa kata singgah je di Elianto. Beli eyeshadow warna based seperti coklat dan blusher warna peach. Cuba pakai 2 benda tu dulu. Nanti saya kongsikan kepada anda bagaimana nak pakaikan eyeshadow yang dapat memberi effect mata yang bulat, dan teknik penggunaan blusher yang boleh menguruskan tulang pipi kita,..Stay tuned!!


Gambar dibawah merupakan sentuhan solekan daripada saya semasa Majlis Pertunangan adik sepupu, Simaa di Kuantan, Pahang. Simaa ni muka dia tak susah nak mekap sebab licin halus mulus je. Saya lebih tekankan kepada solekan mata sebab mata dia kecik comel je. Saya gabungkan 2 jenis solekan mata iatu soket dan smokey eyes..Harap Simaa berpuas hati la ye.. =)

BEFORE



 AFTER




pssssstttttt...kalau nak tau my bestie partner, Manis pun pandai bermekap tau..Dia memang amik tempahan untuk Majlis Bertunang, Bersanding, Malam Berinai dan sebagainya..Nanti saya buat spesel entri hasil solekan Manis pulak ye..Tapi sebelum tu, korang boleh layari PopScarf kalau nak tau hasil solekan kami berdua. Masing-masing mekap muka masing-masing..Jimattttt..!! hehe

9 yang mengekspresikan diri:

mardiana said...

teringat zaman kat U dulu. haha. misshh u lah kem.

nurdani said...

saya nak sangat belajar make up terutama bahagian mata. mata saya kecik ke.saya nak besarkan mata. kalau keluar pun,saya cuma pakai eyeliner bahagian atas je.itu pun macam kurang menarik. harap kak dapat membantu.hehe :)

F.Nesyita said...

Terbaek la sis..tmbh bisnes lagi ekk..Alhamdulillah

Kemn Azmaili said...

@mardiana

betul kak nana..teringat kannn..mish u too la kak nana!!

Kemn Azmaili said...

@nurdani

nanti kita buat tutorial ye..sebaiknya kalau nak mata nampak besar jangan pakai bahagian atas je, oles juga kat bawah mata..kalau org yg mata bulat ok lah kalau pakai eyeliner atas mata je.. =)

Kemn Azmaili said...

@F.Nesyita

ehehehe..malu la saya ngan makandam ni..hihi

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

eh..jangan gitu..kena selalu practice..belum cuba belum tau kann..hehe

Noli said...

cantik cantik ;)

Lina Chan said...

kemn, ingat moment duduk dalam tandas bermekap. siap duduk atas lantai lagi. thanc kemn. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...