Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, June 13, 2012

Home Progress: Kitchen Cabinet & TV Cabinet

Selamat tengahari semua!

Hari ni nak share pasal rumah pulak. Alhamdulillah 90% rasanya dah siap. Hari Isnin dan Selasa kelmarin, orang datang pasang Kitchen & TV Cabinet. Setakat ni memang puas hati dengan hasil kerja tema Everskill Design ni. Paling menyeronokkan bila apa yang kita idamkan jadi kenyataan..hihi..Untuk kitchen cabinet ni, hari tu kan i dah citer kat ENTRI NI pasal 3D Sketch yang diorang buat untuk my kithcen ni. Seronok rasanya bila apa yang kita design, tersergam indah di depan mata!! (sory ayat hiperbola takleh cover kemain eksaited ^___^)

Sile abaikan lampu candeliar..itu olang silap pasang itu jurai-jurai..

wayar tersembul keluar tu untuk standby letak aircond

Untuk TV Cabinet pun memang puas hati jugak sebab memang i request nak design yang simple je. Taknak yang pelik-pelik sangat sebab rasa macam tak sesuai dengan saiz dan binaan dalaman rumah. Less is more omputih cakap kan! Tapi memang betul la..Sebab design yang simple-simple ni biasanya harga nya akan lebih murah berbanding design yang sungguh vogue de vast! Jimat disitu...hehe..

Ok..comel ke space dia kann..hukhuk..sebelah tu untuk letak peti..

standby jugak utk rack dishes


Ok..table top belum pasang..ni ruang untuk sinki n hujung tu untuk masak memasak..
Ok side belakang bar counter yang sunggoh comel..ini budak sibuk nak masuk dalam nyorok dalam tu..ish

So, lepas siap sepenuhnya kitchen cabinet ni (tinggal pasang table top), rasanya dah takda benda-benda major yang tertinggal. Landskap kami plan nak start buat bila dah confirm nak pindah nanti. Kalo tak sape nak tolong siram pokok? hehe

Kitorang plan nak pindah before puasa kalo sempat, dan kalo tak sempat kitorang pindah after raya. Insyallah akan buat house warming bersekali dengan celebrate birthday anakanda! Jimat lagi disitu...hehe..

Seronok rasanya bila rumah nak dekat-dekat siap ni. Terus lupa segala masalah yang melanda sebelum ni. Tak payah kata la..sepanjang menguruskan hal-hal rumah ni macam-macam masalah. Tapi pengalaman inilah yang sebenarnya melengkapi hubungan rumah tangga kami. ;)

Faktor kewangan yang paling penting dan perlu diberi perhatian dalam menguruskan hal ehwal rumah ni. Selebihnya kita dan pasangan perlu saling bertolak ansur dan komited nak-nak bila melibatkan duit ni. Kena banyak sangat berkorban! Saya kerja makan gaji..samalah dengan husband..kena fikir apa yang lebih priority. Kalo ikutkan kehendak dan keinginan alamatnya rumah pun tak mampu nak beli. 

Pandangan saya seikhlasnya, kawan-kawan yang masih sedang terfikir-fikir nak beli rumah, jangan lama sangat fikir tu. Beli la rumah sekarang..rumah ni harga makin naik. Tak payah tunggu setahun, dalam masa berbulan pun rumah boleh naik ratus-ratus ribu. Dekat KL or Lembah Klang ni kita tak boleh nak pilih sangat nak rumah idaman. Kita beli je apapun jenis rumah asalkan ia adalah hakmilik kita.

Pesanan dari pemilik teratak X-presi,
Uolss kalo nak cari rumah, boleh la cari area Sepang/Dengkil dan seangkatannya. Soon, akan ada UiTM di Dengkil (sumber yang sangat dipercayai) cuma belum diwar-warkan lagi secara umum. Esok bila dia dah umum, siap sedia lah developer mark up harga rumah area tu. Sepang pulak dalam perancangan untuk dijadikan Sepang International City. Starting develop on next year tapi akan direalisasikan sepenuhnya on 2025 tak silap i. So, mari mari kita membeli rumah!!!

17 yang mengekspresikan diri:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ said...

ai nak share kat fb yang.. hehe.. eceli ai dah pon beli umah. dah duduk pon dan dah pindah semula ke kuaters pong.. huhuhu.. malas nak berulang putrajaya-nilai.. now umah sewa kat student usim. ok la jugak even kena cover skit kat loan. saya sewakan rm1000 huhuuh

Parin's wife said...

Kemn,ocean blue tu!cantik!jangan lupa share pasal rumah lagi tau..;)

nurdani said...

simple itu cantik. memang suka style tu kak kemn. seronoknya ada hiasan dalam rumah secantik tu

Kemn Azmaili said...

@MRS. K

owh yeke..okla bagi org sewa..atleast boleh cover loan kan...

Kemn Azmaili said...

@Nur Raihana Abd Rahim

dear, skali nampak mcam ocean blue, skali macam letric blue..papepun ia tetap blue...hihi..tq dear..will update time to time okay! Thanks for reading dear!

Kemn Azmaili said...

@nurdani

suka simple kan...wasatiah2 je..hehe.. =) Thanks for reading sis!

MamaPatch said...

kemn! excited jgak and happy sgt tgk ur KC dh hampir siap. semua cantek. class gitu! tumpang excited yer :) hehe.

Lina Chan said...

kemn, sypun dah beli rumah area bandar baru salak tinggi. dekat la dngan rumah kemn. hihi.. nak culik hadifpun senang pas ni :)

tak sabar gak nak deco rumah. rumah siap ujung tahun ni.

Kemn Azmaili said...

@Mrs.aisheiteru

thanks dear..cepat la siapkan KC u..jiran nak datang jenguk ni..hihihi

Kemn Azmaili said...

@Lina Chan

yeayyyy!!! ada jugak geng yg duk dekat dengan kite..jeles tau dgn my husband..mostly member dia mmg ramai beli kat area BBST ni..boleh culik hadif sebulan pun takpe..semput la awk nanti..hihihi

syariza09 said...

sy tgh tercari2 kaler yg sesuai utk kc. slalu sy tgk org asyik guna kaler merah, bosan pula.

sy pong minat blue, bila tgk kc blue ni trus jatuh cinta. hati teruja nk kc kaler biru gak

Kemn Azmaili said...

@syariza09

mari..mari..mari!

Ilyani said...

kemn, tv cabinet tu boleh hold tv 60inci x?hehe

Kemn Azmaili said...

@Nurul Ilyani

boleh je dear, i siap pasang aircond kat ats tu..huhu

Ilyani said...

ooo...ok2...tq kemn...

Anonymous said...

My home pun akan siap soon..3mggu reno itu ini..but yet excited & happy...hehee alhamdulillah :)

Unknown said...

Sgt cantik dan simple!!

My hse kecik (medium low cost) so ingatkn nk buat concept yg sama... tp masih tercari2 idea cmner nk buat counter bar sbb xnk guna meja makan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...