Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Kitchen Cabinet. Show all posts
Showing posts with label Kitchen Cabinet. Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

My Blue Kitchen Cabinet

Salam,

Dah lama sebenarnya entri ni berkepuk duk je dalam draft tu..Hari ni baru berkesempatan nak update pasal KC ku yang disayangi di dapur comel saya tu. Kenapa ek sayang sangat KC ni..sebabnya idea merekabentuk KC ni adalah 100% datangnya daripada idea dalam kepala ku yang tak berapa nak kreatip ni. Terasa sangatlah ohsemm bila apa yang dilakar, apa yang diconteng telah menjadi kenyataan. Dulu saya pernah berangan nak KC biru KAT SINI, dan lakaran 3D pun ada KAT SINI...Dan sekarang..inilah hasilnya!!

Dapur bentuk "I" yang comel macam ni memang tak banyak sangat nak perah idea dari segi rekabentuknya. Dah memang menegak je macam ni kan. Pokok pangkalnya, perlu bijak mengatur kedudukan kabinet, laci dan aksesori-aksesori lain. Saya tetap dengan warna pilihan saya iaitu biru walaupun banyak pandangan mengatakan warna biru tidak begitu sesuai untuk warna di dapur. So what? Sape nak marah kalau kite buat jugak kan? hehehe...

Saya menggunakan dua kombinasi warna biru dan putih kerana saya percaya ini adalah kombinasi warna yang paling selamat dan sedap juga mata memandang. Bayangkanlah kalau saya combine kan biru dengan merah kat KC ni..apa jadi ek? hehehe..Saya memang pilih warna putih untuk kabinet atas supaya dapur ni nampak tak berapa sempit sangat. Putih memberi efek keluasan kan?

Memandangkan saiz dapur saya sangat minimal, saya mengambil langkah untuk menggunakan ruang yang ada dengan semaksima yang ada. Top kabinet tu memang saya buat sampai ke siling memandangkan memikirkan tempoh jangka panjang. Barang kat dapaur makin hari makin banyak kan..Plus, bila buat kabinet full sampai ke atas ni sangatlah tidak pening memikirkan faktor habuk/serangga/tikus dan sewaktu dengannya yang akan cuba bernomad jika saya meninggalkan sedikit di ruang yang ada.

Seperti yang bagitau dalam entri sebelum ni, saya memang spesies yang tak boleh tengok barang berkecah-kecah tak tentu hala duduknya. Memang kurang gemar juga dengan konsep lemari terbuka kerana atas beberapa faktor kekangan yang ada. Lainlah kalau rumah ni ada helper/maid kan. Plus dengan anak yang sedang membesar dengan aktif dan energetic nya. Makanya inilah cara yang paling mudah dan selamat. Kasi tutup dari atas sampai la ke bawah.

Sinki tu memang sengaja beli yang lebar dan sangat dalam. Senang kalau ada kenduri-kendara kat umah takdalah timbul masalah sinki sempit nak taruk pinggan mangkuk kotor. Air pun tak merecik-recik ke luar sinki. Then bawah sinki tu, pintu kabinet saya sengaja buat yang berlubang untuk hilangkan bau hapak akibat faktor lembap yang kebiasaannya akan berlaku dikawasan bawah sinki. 

Ini pulak ruang untuk microwave. Yang atas tu letak stok susu anakanda dan juga air mineral. Stok air mineral ni memang wajib ada kat umah sebab husband memang suka bawak ke mana-mana. Sebenarnya, ruang ni pun saya standby kalau-kalau lah satu hari nanti ada duit lebih..boleh la pasang oven + microwave macam kat rumah uols tu kan? Setakat ni saya hold beli tu dulu sebab rasa macam bukan satu keperluan sangat.


Ini pulak ruang bertentangan dengan tadi. Memang kecik je tapi saya tetap memaksimumkan penggunaan ruang yang ada ni. Saya tak berhajat nak letak mesin basuh bersekali kat dapur comel ni sebab nanti takut nampak terlalu padat. Insyallah kalau ada rezeki nanti memang ada lah niat nak buat tempat khas untuk laundry ni.


Rak pinggan ni beli kat IKEA 4 tahun lepas. Nak roboh dah sebenarnya, tapi saya pakai je sementara belum roboh terbarai lagi. Memang plan nak beli baru, lagipun kayu tu lari dengan konsep moden ye dak? Saya hanya bawa keluar pinggan mangkuk dan juga cawan yang digunakan sahaja. Bila ada tetamu datang, baru lah bawak kuar rimau gajah yang ada dalam kabinet tu. Berbalik kepada faktor ruang tadi juga lah, tak sesuai nak letak berbakul-bakul pinggan mangkuk dengan keadaan ruang dapur yang somel ni..hehehe


Counter bar ni saya gigih jugak nak buat sebab utamanya adalah sebagai divider atau pemisah atau pengantara kepada dapur dan ruang makan. Plus counter bar ni alternatif kalau kita tak nak kotorkan meja makan, nak kenduri pun senang nak letak juadah-juadah hidangan kat atas tu. Sinki sengaja saya letakkan di situ untuk memudahkan tetamu yang datang. 

Setakat ni lah boleh saya share pasal KC biru ku ini. Setakat ni alhamdulillah memang mudah diselenggara sebabnya mungkin faktor ruang/saiz dapur yang minimal. Susun atur rekabentuk pun memudahkan saya untuk mengemas dapur ni. Nanti ada kesempatan saya share pula barang apa yang saya letak dalam kabinet tertutup serba serbi ni.

Diharap entri ini memberi serba sedikit idea kepada anda! Sharing is caring!

Wednesday, June 13, 2012

Home Progress: Kitchen Cabinet & TV Cabinet

Selamat tengahari semua!

Hari ni nak share pasal rumah pulak. Alhamdulillah 90% rasanya dah siap. Hari Isnin dan Selasa kelmarin, orang datang pasang Kitchen & TV Cabinet. Setakat ni memang puas hati dengan hasil kerja tema Everskill Design ni. Paling menyeronokkan bila apa yang kita idamkan jadi kenyataan..hihi..Untuk kitchen cabinet ni, hari tu kan i dah citer kat ENTRI NI pasal 3D Sketch yang diorang buat untuk my kithcen ni. Seronok rasanya bila apa yang kita design, tersergam indah di depan mata!! (sory ayat hiperbola takleh cover kemain eksaited ^___^)

Sile abaikan lampu candeliar..itu olang silap pasang itu jurai-jurai..

wayar tersembul keluar tu untuk standby letak aircond

Untuk TV Cabinet pun memang puas hati jugak sebab memang i request nak design yang simple je. Taknak yang pelik-pelik sangat sebab rasa macam tak sesuai dengan saiz dan binaan dalaman rumah. Less is more omputih cakap kan! Tapi memang betul la..Sebab design yang simple-simple ni biasanya harga nya akan lebih murah berbanding design yang sungguh vogue de vast! Jimat disitu...hehe..

Ok..comel ke space dia kann..hukhuk..sebelah tu untuk letak peti..

standby jugak utk rack dishes


Ok..table top belum pasang..ni ruang untuk sinki n hujung tu untuk masak memasak..
Ok side belakang bar counter yang sunggoh comel..ini budak sibuk nak masuk dalam nyorok dalam tu..ish

So, lepas siap sepenuhnya kitchen cabinet ni (tinggal pasang table top), rasanya dah takda benda-benda major yang tertinggal. Landskap kami plan nak start buat bila dah confirm nak pindah nanti. Kalo tak sape nak tolong siram pokok? hehe

Kitorang plan nak pindah before puasa kalo sempat, dan kalo tak sempat kitorang pindah after raya. Insyallah akan buat house warming bersekali dengan celebrate birthday anakanda! Jimat lagi disitu...hehe..

Seronok rasanya bila rumah nak dekat-dekat siap ni. Terus lupa segala masalah yang melanda sebelum ni. Tak payah kata la..sepanjang menguruskan hal-hal rumah ni macam-macam masalah. Tapi pengalaman inilah yang sebenarnya melengkapi hubungan rumah tangga kami. ;)

Faktor kewangan yang paling penting dan perlu diberi perhatian dalam menguruskan hal ehwal rumah ni. Selebihnya kita dan pasangan perlu saling bertolak ansur dan komited nak-nak bila melibatkan duit ni. Kena banyak sangat berkorban! Saya kerja makan gaji..samalah dengan husband..kena fikir apa yang lebih priority. Kalo ikutkan kehendak dan keinginan alamatnya rumah pun tak mampu nak beli. 

Pandangan saya seikhlasnya, kawan-kawan yang masih sedang terfikir-fikir nak beli rumah, jangan lama sangat fikir tu. Beli la rumah sekarang..rumah ni harga makin naik. Tak payah tunggu setahun, dalam masa berbulan pun rumah boleh naik ratus-ratus ribu. Dekat KL or Lembah Klang ni kita tak boleh nak pilih sangat nak rumah idaman. Kita beli je apapun jenis rumah asalkan ia adalah hakmilik kita.

Pesanan dari pemilik teratak X-presi,
Uolss kalo nak cari rumah, boleh la cari area Sepang/Dengkil dan seangkatannya. Soon, akan ada UiTM di Dengkil (sumber yang sangat dipercayai) cuma belum diwar-warkan lagi secara umum. Esok bila dia dah umum, siap sedia lah developer mark up harga rumah area tu. Sepang pulak dalam perancangan untuk dijadikan Sepang International City. Starting develop on next year tapi akan direalisasikan sepenuhnya on 2025 tak silap i. So, mari mari kita membeli rumah!!!

Monday, May 14, 2012

Home Progress : Kitchen Cabinet

Assalam dearies,

Sorry ye buat kamu..kamu..dan kamu..tertunggu-tunggu celah mana nya menghilang tuan tanah kedaung tak menghapdet-hapdet belog yang kohnonnye nak menhapdet pasal rumah. Lately ni i memang busy dengan nak setel macam-macam maknenek before nak masuk umah ni. Nak lari tajuk skit..saya tak jadi pegi kursus 6 bulan tu..yeay! Bukan tak jadi, tapi nama tak tersenarai dalam surat panggilan lagi..Soon,..akan pegi jugak, tapi tak kisah la bila..sebab nak taknak saya kena setel jugak rumah ni before ke DPA.

Okay, berbalik kepada entri di atas...Before this, saya dah pernah share dengan korang mengenai Pemilihan Kabinet Dapur kan? Bagi yang belum baca, korang boleh BACA KAT SINI. Taknak pun takpe, sebab i bukan profesional pun, hanya melontarkan pandangan dan idea semata..hehe..

Banyak benda nak share dengan korang sebenarnya. Tujuan nak share ni korang janganlah ingat saya nak menunjuk-nunjuk pulak ye. Niat dihati betul-betul nak tolong korang dapatkan sesuatu info yang berguna dan dalam masa yang sama servis yang ditawarkan pun terbaik. Kalau tak elok, i tak rekomen kat uols tau! Today kiter citer pasal kitchen cabinet ye. Soon, i will update pasal grill, tinted, landskap, lampu dan kipas. ^__*

Setelah membuat pelbagai survey dan bertanya pendapat kepada kawan-kawan dan sahabat handai, kami sebulat suara memilih EVERSKILL DESIGN KITCHEN KABINET dan memberi sepenuh kepercayaan kepada Mr. Steve (tak silap saya dia Manager) untuk mengubahsuai dapur rumah saya yang sungguh comel ni. Apa yang bagusnya bila berurusan dengan Steve ni, dia tau apa yang saya nak. Bila saya cakap, nak macam ni..macam tu..then dia akan come out dengan design draft berbentuk 3D. Terpegun ahkak tau! Macam real pulak tengok dapur tetiba dah siap cantik memBiru gitu!! hehe..

Saya lebih suka sesuatu yang simple dan praktikal. Saya decide untuk buang konkrit sinki yang tersedia tu supaya furnishing nampak kemas dan lebih santekk. Sinki pun saya beli lain, sebab nak sinki yang lebih dalam..Agak-agak boleh la benam kepala dalam tu..hihi..joking! Okay, nak share jugak kat korang pasal sinki, hob & hood. Barang-barang ni semua saya borong di Big Bath dekat dengan Bangi (Kg, Sungai Merab). Kat sini kira macam kilang la sebab korang boleh pilih pelbagai jenis peralatan termasuk peralatan dapur dan juga accessories toilet. Brand pun bagus, untuk sinki, hob & hood jenama Tora from Japan. Hob & Hood  kami beli brand CasaRiva.

Berbalik kepada kitchen cabinet tu, untuk table top i pilih Batu Granite. Granite ni semua orang dah tau kualiti nya macam mana kan? Memang berbaloi nak-nak kalau pakai heavy duty. And then, kami buat jugak Bar Counter comel je kat entrance dapur tu, and saya propose supaya diorang buat skali bowl sinki kat atas bar counter tu. Sinki pun kena ada jugak kat dining hall, so tak payahla tetamu datang nak basuh tangan je terpaksa hangkut ke dapur.
AS-IS



TO-BE






Total semua lebih kurang:

Kitchen cabinet full height sampai syiling - RM12,000 (including table top pakai granite, hacking konkrit, plumbing untuk hacking dinding depan yg ada sinki. Kalau standard je guna konkrit yang sama, table top yg murah skit, kabinet pun tak sampai syiling, kos dalam RM8k je)

Bar counter - RM2,000 (table top pakai granite, hacking dinding untuk plumbing) 

Okay, korang nanti kalau berminat dengan design ni, korang boleh call Steve di talian 016-3743792. Lupa nak cakap, pintu kabinet boleh pilih ikut warna kegemaran korang lah..Kalau ahkak..mestilah BIRU kan!! Akhirnya dapat juga Kitchen Cabinet idaman!!!

Next entry, saya share pasal TV Cabinet ye. Saya amik pakej skali dengan kitchen cabinet ni. Harga pun sangat berpatutan..Yang penting workmenship pun terbaik!! Korang boleh LIKE fanpage diorang di EverSkill Design Kitchen Cabinet.

sharing is caring!

Monday, November 21, 2011

5 Faktor Pemilihan Kabinet Dapur

Setiap kediaman tentunya mengimpikan ruang dapur yang cantik dan selesa. Kebiasaanya, fokus di ruang dapur adalah tertumpu kepada kabinet dapur. Apakah perkara yang paling penting dalam memilih kabinet dapur?


Bajet. Ya, bajet adalah perkara pokok yang perlu kita titikberatkan sebelum berangan tinggi kemain nak kabinet dapur yang camtu, cenggini. Kalau mempunyai bajet yang agak terhad, jangan risau. Tak semestinya apa yang anda idamkan tidak dapat direalisasikan. Sekarang ni dah banyak pilihan menarik yang bersesuaian dengan bajet anda. Memandangkan saiz dapur di kediaman saya sangat minima, plus bajet pun minima jugak. Saya hanya estimate RM10k untuk kitchen cabinet. 

Konsep. Sudah tentu konsep yang dipilih amat penting dalam pemilihan kabinet dapur. Rata-rata hari ini ramai yang memilih konsep moden kan? Samalah dengan saya, konsep moden bukan sahaja kelihatan simple, ringkas dan kemas, malah dari segi bajet yang terhad juga dah boleh kita dapat kabinet dapur berkonsepkan moden.

Material. Sekarang ni dah kena study sikit-sikit pasal material untuk kabinet dapur. Tak kiralah bagi material table top , pintu mahupun handle. Untuk material table top pasang siap, saya difahamkan material jenis akrilik (acrylic) adalah yang terbaik jika dibandingkan dengan material-material lain. Tapi untuk tahan lasak dan lebih lama, disarankan untuk membina table top konkrit. Untuk material nya, bergantung lah kepada bajet kita tu tadi. Kalau ada bajet lebih, batu granite yang terbaik. Kalau biasa-biasa je, boleh je pilih macam-macam jenis tile sekarang yang cantik-cantik. Untuk pintu pula, trend sekarang adalah tertumpu kepada melamine dan UV gloss. Terpulang la pada anda nak memilih yang mana.

Warna. Kombinasi warna putih dan hitam turut menjadi trend masa kini dalam pemilihan warna. Dua warna ini bukan sahaja sering diterjemahkan dalam pemilihan perabot hiasan, malah kabinet dapur turut
menjadi pilihan sang pemilik rumah. Setakat ini, saya masih belum decide nak pilih warna apa. Untuk effect saiz dapur yang lebih besar, putih mungkin menjadi pilihan saya. Tapi bila difikirkan semula, susah nak maintain sebab putih memang mudah je nampak celanya. Apa kata warna biru? hehe...

Rekabentuk. Kebiasaannya, rekabentuk kabinet dapur ditentukan berdasarkan citarasa pembeli. Namun, ada juga sesetengah kedai yang telah menetapkan rekabentuk tersendiri. Pandangan peribadi saya, lebih baik ianya mengikut citarasa kita, tetapi dalam masa yang sama tugas mereka adalah memberi khidmat konsultansi. Ada pelbagai rekabentuk kabinet dapur seperti U-shape, L-shape dan I-shape. Trend sekarang pula menambahkan island table atau bar counter sebagai  opsyen tambahan jika tidak mahu menggunakan dining table sedia ada.

Aksesori. Amalan kita biasanya akan mengabaikan faktor ini sebagai pelengkap kepada kabinet dapur. Apa yang akan berlaku jika kita mengasingkan faktor ini dengan tidak mengambilkira dalam pembinaan kabinet dapur? Sudah tentu dapur yang siap tersergam indah akan dipenuhi dengan aksesori tambahan yang akan dibeli berasingan. Kebiasaannya, rak pengering pinggan akan dibeli berasingan. Kesannya, akan memakan ruang untuk meletakkan rak tersebut. Belum tambah lagi dengan cawan, sudu dan garfu. Lagi lah bertambah messy. Sebenarnya saya juga mengingatkan diri saya, takut nanti saya pun terlepas pandang dengan aksesori ni. hihi...

******************


Sebenarnya, banyak lagi faktor lain yang perlu diambilkira dalam membina kabinet dapur ni. 5 faktor yang saya kongsikan ini adalah berdasarkan survey dan pembacaan saya mengenai kabinet dapur ini. Saya bukanlah profesional yang layak untuk berhujah lebih mengenai perkara ini. Mungkin sebelum anda merujuk kepada pakar, mana tau 5 faktor ini yang perlu anda pertimbangkan.

Baru-baru ini saya ke Kubiq showroom. Kubiq mempunyai konsep yang lebih kurang sama seperti anda menempah kitchen cabinet di Ikea. Harga yang ditawarkan sangat berpatutan. Ada serendah RM1,000 +++ tau, tetapi tidak termasuk upah installation dan delivery. Yang menariknya, anda boleh menggunakan khidmat installation and delivery dengan orang lain. Banyak boleh jimat kat situ. Jika anda berminat untuk ke showroom Kubiq, ia berdekatan dengan Tropicana Medical Centre dan Segi College di Damansara. Untuk maklumat selanjutnya, layari lamanweb Kubiq di SINI.


Harap dapat membantu sedikit sebanyak dalam pemilihan kabinet dapur. Kalau ada tambahan info, sudi-sudikan berkongsi dengan saya juga!! =)

 Ermmm bestnye ader KC warna biru macam ni...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...