Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Tiara Height. Show all posts
Showing posts with label Tiara Height. Show all posts

Wednesday, August 26, 2015

Ruang Makan, Moden dan Minimalis

Dah lama tak deko-deko sharing kan. Bukan tak sudi, tapi macam takda apa sangat nak share. Tak banyak berubah pun. Ada la skit ubah kedudukan beberapa ruang di rumah aku yang tak seberapa ni. Jenuh gak nak carik idea bila nak susun kedudukan tu. Buat masa ni tingkat bawah memang banyak perubahan susunan. Ruang tamu, ruang foyer, ruang membaca dan ruang makan. Semua ni memang dah berubah skit walau kedudukan masih di tempat yang sama.

Hari ni aku share kedudukan terkini ruang makan di rumah aku. Kalau kat entri sebelum ni, aku pernah share skit gambar ruang makan/dining hall. Itu pun hasil tak berapa clear sebab just pakai camera henpon cokia je. Tapi kali ni pun henpon cokia upgrade sikit la dari dulu. So, boleh la nampak kejelasan tu sikit. hehhe

Kalau dulu aku letak kan meja makan tu melintang, now aku dah tukar kedudukan meja makan tu jadik menegak.Tu je pun bezanya, takda la gempak mana pun. hihi..Banyak aku hutang deko dengan ruang makan ni. Kengkonon nak letak carpet, tak beli pun jugak. Nak gantung gambar, tak jugak pun. Ada la jugak impian nak tambah partition antara ruang tamu dengan ruang makan ni, tapi semuaaaa tu tidak terhasil pun lagik buat masa ni. Busyy sangat kalah obama..lols!

Kedudukan Sebelum


Kedudukan Selepas








Simple je pun. Ruang makan ni pun tak luas mana jugak. Then sebelah tu counter bar aku macam takda idea sangat nak letak apa. Aku memang spesies tak suka letak hiasan atas meja. Ada bunga putih atas meja makan tu pun atas sebab-sebab aku beli nak buat mini pelamin masa nikah adik ipar hari tu. Kalo idok, memang satu bunga pun takda. Tapi bila dan 30-an ni tak tahu rasa jatuh hati pulak dengan hiasan bunga. Mak-mak sangat kann..

So, atas counter bar ni tak nak la nampak kosong sangat, aku letak je mug and cutleries set anda ada la bekas kristal 4 ketui tu letak gula-gula. hihi.dinding tu pulak still plain, kat sini la dulu plan nak gantung bingkai gambar. Tapi idok la menjadik lagiii...

Begini lah sedikit sebanyak dekorasi di ruang makan. Simple je pun, warna pun senada je. Masih menjadikan biru sebagai fokal utama dengan kombinasi warna hitam dan putih. Prinsip praktikal tu penting. Yang penting mudah nak kemas dan tak berkecah. Aku pulak memang spesies tak leh tengok meja makan ada barang-barang tambahan. Pada aku, meja makan ni akan penuh bila time makan je. Selain daripada tu, memang kena clean and clear. Lauk lebih memang takkan simpan atas meja. Kalau tak simpan kat dapur, kena la perabih kan lauk tu. Bukan apa, sebab ruang makan aku ni open space, masuk je rumah, duduk kat ruang tamu..zassss pandangan mata tetamu akan teruih menelusuri sampai ke dapur. Bukannya ada kona-kona pun.

Next entri saya share ruang foyer dan ruang bacaan plak okes!

tata.

Wednesday, June 11, 2014

Bilik Tidur Tetamu 2.0

Macam biasa..tak nak lari tu dengan kaler kegemaran. Ini adalah bilik tidur tetamu dibahagian bawah. Kalau yang sebelum ni aku share tu bilik tidur tetamu di bahagian atas. Kalau bilik tidur tetamu atas tu aku main dengan kaler turqoise and brown, tapi untuk bilik tidur ni aku main dengan kaler birudan putih.


Gambar tak berapa nak memuaskan. Maklum la snap pakai camera henfon cokia je ni..hehe


zoom in skit wallpaper..
Bunga ni hias sendiri je. Recycle bunga masa hias buaian Hadif masa Kenduri Aqiqah dedulu. Susah nak cari bunga kaler biru, tu yang nak selit jugak tu..hehe

Inipun hasil DIY jugak. Beli frame kat Ikea, then yang tulisan khat kat dalam tu beli masa kat Masjid Bangi ada student jual. Tengok la potong pun herot berot..redha je laaaaa...ada masa nanti alter balik, tapi buat masa ni memang macam tu lah..hehehe

Thursday, February 6, 2014

My Simple Master Bedroom : Blue vs Grey vs White


Tolong jangan tenung lama-lama kat frame kufi tu sebab korang akan nampak kesengetan yang wujud disitu..hahaha. Biasa la DIY yang agak mencabar nak menggantung 4 frame yang super cantik ni. Saya dah pernah up entry pasal 4 Quls Kufi ni KATSINI

Hari ni nak share pasal warna pilihan bagi bilik utama yang simple je ni. Macam biasa saya jadikan dinding di belakang katil ini sebagai titik fokal atau featured wall. Pilihan design wallpaper pun pilih simple jugak. Saya akan cuba elakkan untuk memilih wallpaper yang bercorak sebab macam biasa takut boring nanti. Plus, susah sikit bila wallpaper corak ni kita nak match kan dengan bedsheet. Unless kalau korang memang gemar guna bedsheet yang plain. Memang cantik..Tapi kalau wallpaper bercorak, bedsheet pun corak sarat, nanti korang konpius..mana satu katil mana satu wallpaper..hehe..gurau je..


Sekali pandang macam kaler grey, dua kali pandang macam kaler biru..ye dak..hehe..saya pun tak tau nak kategorikan ni kaler apa, tapi ini adalah kategori biru jugak. Curtain ni kebetulan sama pulak dengan kaler wallpaper bilik ni. Curtain bilik ni pun simple je, corak jalur ke bawah.

Bilik ni saiz sederhana je, tak kecil sangat or tak besar sangat. Bertentangan dengan katil ni, saya letak almari pakaian. Ada lagi ruang di sudut bilik ni, dulu plan nak beli almari laci tu tapi still pending lagi. Sebelah meja solek tu la kohnon plan nak buat walk in closet. Wishlist la konon nak buat.. wishlist ok wishlist. Nanti saya share walk in closet/wardrobe room idaman yang saya wish wish tu..hehehe

T
Ini zoom in sikit texture design wallpaper tu, as usual saya lebih memilih kepada texture design berbanding printed design. Ada shimmering randomly di seluruh wallpaper ni. Saya memang suka, nampak sangat tenang, sejuk dan mendamaikan.


Bedsheet pun kaler lebih kurang sama je dengan curtain and wallapaper. Untuk furniture set memang saya pilih putih untuk kontra kan dengan kaler biru kelabu ni supaya nampak la highlight sikit. Plus, furniture kaler putih ni boleh beri effect luas pada bilik, katernyerr. hehehe

*less is more, less is comfortable... =)

Thursday, January 23, 2014

Deko Rias : Wall Art by CreativeByTwo

Tak sabar nak dapat Wall Art by CreativeByTwo ni. Saya order kufi frame Allah dan Muhammad. Satu lagi frame yang ada nama Hadif.

Ini Illustrasi gambar. Eksaited sangat ni.



Nanti kita tengok makeover bilik Hadif lepas letak frame ni sume ek!

Wednesday, November 13, 2013

Deko Rias: Ruang Foyer / Ruang Masuk Rumah

Ruang foyer atau lebih mudah difahami dengan ruang masuk rumah merupakan satu sudut atau ruang yang agak minimal jika dibandingkan dengan ruang-ruang lain yang ada di kediaman kita. Bertambah pula dengan rekabentuk rumah sekarang yang lebih berkonsepkan moden, ruang foyer ini kadang-kadang terlalu sempit dan mungkin kita hanya mampu meletakkan satu atau dua barang sahaja untuk tidak kelihatan terlalu sesak di situ.

Ruang foyer ini bersebelahan dengan ruang tamu. Jadi pandangan saya, jangan memandang remeh atau melupakan ruang foyer yang kecil ni kerana ia boleh memberi impresi positif kepada tetamu yang datang terhadap tuan rumah. Ruang inilah yang menggambarkan keseluruhan ruang kediaman kita kerana ruang ini lah yang tetamu akan mula-mula lihat kan..






Saya hanya meletakkan sofa bed yang disaratkan dengan beberapa gumpal bantal disitu. Haha simple je sebenarnya. Paling suka sebab ada bingkai gambar pokok tu berlatarbelakangkan wallpaper 3D textured color silver. Cermin besar yang berbingkai putih tu pula sengaja diletakkan disitu sebagai effect ruang nampak lebih luas. Sebenarnya adalah niat dihati nak letak console table betul-betul bawah cermin tu tapi nantilah kita tengok bajet meng ijin kan ke idok..hehe

Sengaja juga letak sofa bed kat situ sebab rasanya macam lebih praktikal. Rak kasut pun dekat je, so nak pakai kasut lebih mudah la bila ada kerusi kan. Siap pakai kasut, ngadap pulah cermin ni kasi kemaskan apa yg patut.  Plus nak duduk layan tengok tv dari foyer ni pun boleh, tetamu datang adalah la tempat nak duduk kalau tetamu segan nak duk ruang tamu. Lagi pun ruang tamu pun pakai sofa L-shape je. So ramai mana je kan yang boleh duduk..



Zoom in sikit wallpaper kat foyer ni. nampak tak ada shining dust tu..Suka sangat wallpaper ni. Untuk foyer ni juga, saya tak menggunakan lampu yang fancy sangat sebab siling foyer ni sangat rendah. So far saya just guna downlight je. Rumahkan berkotak-kotak, ada part yang siling tinggi sangat, ada yg rendah sangat..fenin jugak bila nak menghias ni..huhu

Less is more, less is comfortable!

Sharing is caring!! =)

Thursday, November 7, 2013

Deko Rias: Grill (Powder Coating Paint)



First of all, terima kasih kepada Cik Sue Kawaii sebab sudi singgah ke belog yg tak seberapa nak gah pun ini. Alhamdulillah hampir 3 tahun berblog, banyak juga dapat feedback daripada readers yang nak dapatkan info lanjut mengenai apa yang aku share dalam ni. Inilah sebenarnya tujuan berbelog selain untuk meratap memori daun pisang, ia juga untuk berkongsi info untuk kemudahan orang lain. Jauh sekali untuk bersifat riak dan takabur..

Ada dua pertanyaan daripada cik reader kite ni. Satu pasal grill and satu pasal plaster ceiling. So hari ni, mari kita share pasal Grill dulu. Plaster siling tu nanti i up next entry insyaallah..

Okay, grill ni nampak benda simple je tapi kita perlu ingat nak pakai grill bukan setahun dua..Boleh tukar macam sofa, rasa boring je nak tukar fabrik, macam langsir rasa boring je nak tukar kaler or corak lain. Pada aku, grill ni biarlah kita spend lebih sikit tapi ingat jangan melebih. Tapi takpe, kalo ko ada duit lebih suka hati ko lah nak melebih-lebih.hehehe...

Grill ni ada macam-macam material. Basic knowledge yang perlu tau bila nak pasang grill adalah material yang paling penting. Tapi sebenarnya pada aku bajet tu yang paling penting, buat survey siap-siap. Untuk rumah semi-D brapa kosnya. Segala tingkap pintu bagai tu semuanya nak kena ber grill kan. Berbalik kepada jenis materil grill ni, ada banyak jenis dan juga terpulang kepada bajet anda juga. Kalau duit melebih-lebih memang tak lain tak bukan material jenis stainless steel la yang paling layak untuk rumah ko. Ini adalah material yang terbaik sebab memang possibility untuk rosak, karat, sangat rendah plus cat konpem la tak tertanggal. Kalau wrought iron pulak, kualiti pun tak jauh hebat. Tapi terus terang lagi bersuluh aku memang tak berkenan dengan wrought iron ni. Mungkin lebih sesuai bagi rumah yang bercirikan klasik dan vintaj kot. Dengan corak nya yang berlingkar berpusing dan warna-warna emas tu, sangat sesuai dengan rumah bercirikan klasik dan mewah.

So, aku memang pilih mild steel yang telah disalut enak dengan powder coat. Powder Coating ini merupakan satu sistem pengecatan yang tidak menggunakan bahan cecair yang biasa seperti cat konvensional. Banyak kelebihan jika kita menggunakan teknologi ini sebab tahan lama daripada hujan dan panas. Kalau nak kenal grill kita ni dicat menggunakan powder coat or idak kita sendiri boleh rasa permukaan grill akan licin sangat kalah licin muka kita..hehehe...

Mudah juga nak maintain dengan grill macam ni sebab bila ada kotor cela dan habuk, kita boleh lap je dan terus hilang. Simen ke apa ke memang akan susah nak melekat sebab material ni memang sangat tahan lasak. Kita boleh pilih kaler ikut la suka hati nak kaler cekelat ke, itam or putih. Memandangkan dah lama mengidam nak grill kaler putih, so aku memang pilih kaler putih untuk grill di teratak kecil kami ni.

Berbalik kepada prinsip "Praktikal Diutamakan, cantik dikendiankan" kannn...design grill ini pun aku pilih yang paling simple kesekian alam. Design ni namanya "takda design". hehehe.. yela straight je melintang macam ni aku pun tak tau ni kategori design ke idok. Design simple je sebab nak sama konsep dengan rumah kohnon la moden minimalis. Plus, bila design simple cenggini, senang nak maintain, nak ngelap bagai. Satgi ada hat yang berlingkar berpusing macam paisley tu, guana gamok nak mencucinya..Memang tak gigih la kan..hehehe

Papepun, ini semua terpulang pada citarasa tuan tanah kedaung. Ini sekadar nak berkongsi apa yang aku rasa sesuai dengan keadaan dan ciri rumah idaman kita. Kalau korang suka yang lain, terpulang la sebab rumah tu semua rumah korang ye dok? hehehe

Ni kat tepi balcony

Main entrance


Nak zoom in brand kunci pun main peranan dalam pemilihan grill. So far St. Gucci yang paling terkini dan tahap keselamatannya memang terjamin. Brand ni memang dah lama dan sedia maklum keteguhannya. Biasa ofis-ofis pakai St. Gucci ni.


Nampak tak licin berkilat tu..sapa tak nampak dah tak lama la tu...hehe..joking!


Total kos semua ni dalam RM7k semua termasuk tingkap dalam semua 5 toilet dan 4 bilik tidur atas dan bawah. Rumah semi-d kos upah pasang grill memang jauh tinggi dari rumah terrace. Plus powder coating paint..memang berbaloi sebab buatan dia halus dan kemas je..Kalau stainless steel sebijik frame dan 10k..ini kan pulak satu rumah..Memang kim salam lah...hihihi..

Siapa yang berminat boleh contact IVY - 012-2149382

Wednesday, November 6, 2013

Deko Rias : 4 Quls Kufi

Hari ni nak share dengan korang
Pasal deko rias di wall master bedroom
Kalau dah nama Bluelober
Mestilah bias biru kan
Suke ngat dia tu biru
Biru ni menggambarkan ketenangan
Walaupun rumah macam tongkang pecah
Dan kadang-kadang
Macam di langgar garuda
Hehehe..

Suka lah biru
Biru nampak tenang dan sederhana
Kategori kaler selamat juga

Hari ni nak share ngan korang
Pasal Featured Wall
Atau titik fokal gitewwww
Featured wall ni biasa dalam bilik
Dinding yang berada di kepala katil tu
Akan jadi titik fokal

Entri ni macam ngelat sikit
Sebab dulu pernah nak share pasal wallpaper
Tapi tergendala
Ni pun boleh nak share
Sebab kebetulan men DIY kan diri
Nak gantung frame 4 Quls Kufi ni

Bercakap pasal frame ni
Daku order dengan my neber Faeza
Boleh tengok website CreativebyTwo
Banyak pilihan lain kalau berminat
Ni aku request nak kaler setema dengan kaler bilik lah
So lebih kurang macam ni rupa dia

Suka sangat ni!

Pic credit to CreativebyTwo
Simple je..
Memang request nak kaler combination macam ni
Yang penting
Kena tau
Tulisan Kufi ni nak baca dari mana
Cer teka..cer teka..hehe


Ampun dah kalau sakit mata tengok hasil penggantungan tersebut
Inilah hasil men drill sendiri
Ukur sendiri
DIY katernye
Memang betul betul DO IT YOURSELF
Adalah suami tu
Adalah adalah...duk jadi mando..hehehe

Tapi tak palah
Yang penting hajat dah tercapai nak gantung frame ni
Dah lama beli tapi asikla tertangguh nak buat
Takda pilihan lain
DIY lah jawapannya

Sebelum ada yg tanya
Nak inform siap siap
Stripey curtain tempah kat Jakel
3D Wallpaper tempah kat Lamex
Bed sheet beli kat IKEA
Semua nya murah ja =)

Thank you CreativeByTwo!

Tata...

Thursday, October 31, 2013

Deko Rias : Reading Corner


Tetiba ada mood nak share
Ini ruang bacaan
Kononnya
Padahal baca merata je duduknya
Ruang ni bawah tangga
Memang letak sofa bawah ni
Sebab ada extra sofa set
yang set nya boleh dialihkan setiap satu
Nak jadi I-shape ke, L-shape ke, pair shape ke
Suke hati je..
So kat bawah ni i buat pair set
So that boleh la buat ruang membaca majalah
Before this letak cermin yang ada ayat qursi
Tapi setelah ditegur oleh ummi saye
Tak elok katanya letak kat bawah tangga

So, kita pun tanggal la
Dah letak wallpaper checkered ni
Still nampak boring walau ada textured 3D
So, cuba lah memikirkan apa yang boleh buat
Supaya idak la nampak bosang
Sebab tu suka baca merata je

Before
Kadang nampak dark brown, kadang nampak dark grey, entahla 3D la kohnon..hee
Wallpaper ni kaler selamat
Corak pun selamat je hehe
Bukan taknak letak corak kebabom
Nanti aku takut cepat bosang
Pening pulak nak kena tukar wallpaper lain
Duit lagi kos lagi tu
Aku kan cheapskate
Beli barang rumah
Buat renovation rumah
Mesti nak cheapskate
So korang kalo spesies macam aku
Boleh la baca tips aku dalam blog yang muruk ni
Marilah kita tengok hasil deko rias yang tak seberapa ni


After
Okay, ni setelah aku men DIY kan ruang ni
Beli je cermin RM3.90 ni kat IKEA 8 keping
Dah siap
Jimat pun jimat
Simple je
Tapi bila lalu mesti nak toleh jugak kat sini
Sebab apa
Sebab ada cermin
Comel sangat cermin ni
Bila aku tengok cermin ni
Aku pulak yang rasa comel
Hehehe
Gurau je jangan meluat pulak


Kata reading corner kan
Buku takdak nampak satu pung
Kena ingat ini semua strategi
Prinsip men deko rias rumah aku ialah
Praktikal didahulukan
Cantik di kendiankan
Jadikan anakku sedang membesar dengan bertenaga super energetik
Tak berapa praktikal nak tayang buku kat situ
Disebalik arm sofa tu
Ada rak buku
Situlah aku menyorokkan buku dan majalah ku
Buku dia aku taruk sume dalam bilik dia
Bawah ni kaklong punya kawasan hehe
Sekarang kaklong membaca memang rajin baca kat ruang ni.. *tipu

Okay, sekian.
Sharing is caring,
Cepat-cepat beli cermin kat IKEA! ;P

Friday, August 2, 2013

My Blue Living Hall

Assalamualaikum..

Lama nya tak update blog..teringin sangat nak menulis tapi seyesli memang duk opis baru ni busy, tensi, sume sisisissi la hado..kenkadang kesian pulak bila tengok entry berkepuk dalam draf tak sentuh-sentuh langsung. Short entry je, today seperti yang dijanji tinggal janji hari tu, ini lah living hall di teratak kami ni. Kakton deko deko biasa-biasa je. Dan macam biasa, memilih konsep moden minimalis dan juga praktikal. Yes, praktikal ni yang paling penting for me sebab nak cantik kan umah dikala anakanda membesar dengan sihat dan kuat ni memang mencabar. Disamping ko nak menghias, ko jugak perlu ambilkira kepenatan nak mengemas kalau banyak sangat barang-barang hiasan ko berkecah-kecah atas lantai. hehehe

Sofa saya sengaja pilih L-shape sebab ruang tamu ni sangat minimum keluasannya plus, design yang berkotak-kotak ni membuatkan kepala jadi tingtong bila ko nak letak sofa gabak ni. Material sofa pun pilih fabrik gelap. Sebab apa..sebab fabrik ni mudah sikit nak jaga bagi saya. Saper la tak suka leather kan. Tapi pada saya, belum sampai masanya lagi rumah saya ni nak pakai leather memandangkan memang sifat nature kanak-kanak suka explore kan. Satgi kalau dia toreh sofa ko...menangis tak berlagu kan..hehe..

Warna di living hall lebih menekankan kepada warna-warna sejuk dan tenang. Saya adunkan warna biru, kelabu dan hitam. Once bila melangkah ke dalam rumah ni, memang akan tenang je sebab warna-warna ni memang tak berapa sakit mata memandangnya. TV cabinet tu memang request se simple yang boleh, dan perlu ditutup. As usual saya memang suka semua benda nampak plain je. Atas cabinet pun memang takda cita-cita nak letak pasu bunga bagai atau ornamen-ornamen kecil lain. Cuma ada seketul air purifier untuk mengawal udara nyaman di ruang ini.

Wall belakang TV tu kaler grey then ada corak jalur. Simple je. Then ku letak jam pokok atas tu dan boleh la dianggap sebagai featured wall. Belakang wall tu ada lampu biru. Nak cari lampu LED biru sebenarnya, tapi tak jumpa lagi. So, pakai je lampu biru biase tu yang terang sikit. Jarang je guna, kalau guna pun kenkadang bila layan DVD.






Setakat ni la yang boleh share. Actually rumah tak habis ngemas lagi after dah pasang wallpaper tu..Insyallah kalau sempat saya share dengan uols ye..Wallpaper tu saya letak di foyer, ruang membaca, living hall tingkat atas n semua featured wall setiap bilik. serious murah total RM2.5 k only..Staircase insyallah ada rezeki baru la pasang lain kali ek..cost untuk staircase je RM2.5k macam rege satu rumah tawwww...pingsann..hehe

See u again...Selamat Hari Raya!!

Wednesday, May 29, 2013

My Blue Kitchen Cabinet

Salam,

Dah lama sebenarnya entri ni berkepuk duk je dalam draft tu..Hari ni baru berkesempatan nak update pasal KC ku yang disayangi di dapur comel saya tu. Kenapa ek sayang sangat KC ni..sebabnya idea merekabentuk KC ni adalah 100% datangnya daripada idea dalam kepala ku yang tak berapa nak kreatip ni. Terasa sangatlah ohsemm bila apa yang dilakar, apa yang diconteng telah menjadi kenyataan. Dulu saya pernah berangan nak KC biru KAT SINI, dan lakaran 3D pun ada KAT SINI...Dan sekarang..inilah hasilnya!!

Dapur bentuk "I" yang comel macam ni memang tak banyak sangat nak perah idea dari segi rekabentuknya. Dah memang menegak je macam ni kan. Pokok pangkalnya, perlu bijak mengatur kedudukan kabinet, laci dan aksesori-aksesori lain. Saya tetap dengan warna pilihan saya iaitu biru walaupun banyak pandangan mengatakan warna biru tidak begitu sesuai untuk warna di dapur. So what? Sape nak marah kalau kite buat jugak kan? hehehe...

Saya menggunakan dua kombinasi warna biru dan putih kerana saya percaya ini adalah kombinasi warna yang paling selamat dan sedap juga mata memandang. Bayangkanlah kalau saya combine kan biru dengan merah kat KC ni..apa jadi ek? hehehe..Saya memang pilih warna putih untuk kabinet atas supaya dapur ni nampak tak berapa sempit sangat. Putih memberi efek keluasan kan?

Memandangkan saiz dapur saya sangat minimal, saya mengambil langkah untuk menggunakan ruang yang ada dengan semaksima yang ada. Top kabinet tu memang saya buat sampai ke siling memandangkan memikirkan tempoh jangka panjang. Barang kat dapaur makin hari makin banyak kan..Plus, bila buat kabinet full sampai ke atas ni sangatlah tidak pening memikirkan faktor habuk/serangga/tikus dan sewaktu dengannya yang akan cuba bernomad jika saya meninggalkan sedikit di ruang yang ada.

Seperti yang bagitau dalam entri sebelum ni, saya memang spesies yang tak boleh tengok barang berkecah-kecah tak tentu hala duduknya. Memang kurang gemar juga dengan konsep lemari terbuka kerana atas beberapa faktor kekangan yang ada. Lainlah kalau rumah ni ada helper/maid kan. Plus dengan anak yang sedang membesar dengan aktif dan energetic nya. Makanya inilah cara yang paling mudah dan selamat. Kasi tutup dari atas sampai la ke bawah.

Sinki tu memang sengaja beli yang lebar dan sangat dalam. Senang kalau ada kenduri-kendara kat umah takdalah timbul masalah sinki sempit nak taruk pinggan mangkuk kotor. Air pun tak merecik-recik ke luar sinki. Then bawah sinki tu, pintu kabinet saya sengaja buat yang berlubang untuk hilangkan bau hapak akibat faktor lembap yang kebiasaannya akan berlaku dikawasan bawah sinki. 

Ini pulak ruang untuk microwave. Yang atas tu letak stok susu anakanda dan juga air mineral. Stok air mineral ni memang wajib ada kat umah sebab husband memang suka bawak ke mana-mana. Sebenarnya, ruang ni pun saya standby kalau-kalau lah satu hari nanti ada duit lebih..boleh la pasang oven + microwave macam kat rumah uols tu kan? Setakat ni saya hold beli tu dulu sebab rasa macam bukan satu keperluan sangat.


Ini pulak ruang bertentangan dengan tadi. Memang kecik je tapi saya tetap memaksimumkan penggunaan ruang yang ada ni. Saya tak berhajat nak letak mesin basuh bersekali kat dapur comel ni sebab nanti takut nampak terlalu padat. Insyallah kalau ada rezeki nanti memang ada lah niat nak buat tempat khas untuk laundry ni.


Rak pinggan ni beli kat IKEA 4 tahun lepas. Nak roboh dah sebenarnya, tapi saya pakai je sementara belum roboh terbarai lagi. Memang plan nak beli baru, lagipun kayu tu lari dengan konsep moden ye dak? Saya hanya bawa keluar pinggan mangkuk dan juga cawan yang digunakan sahaja. Bila ada tetamu datang, baru lah bawak kuar rimau gajah yang ada dalam kabinet tu. Berbalik kepada faktor ruang tadi juga lah, tak sesuai nak letak berbakul-bakul pinggan mangkuk dengan keadaan ruang dapur yang somel ni..hehehe


Counter bar ni saya gigih jugak nak buat sebab utamanya adalah sebagai divider atau pemisah atau pengantara kepada dapur dan ruang makan. Plus counter bar ni alternatif kalau kita tak nak kotorkan meja makan, nak kenduri pun senang nak letak juadah-juadah hidangan kat atas tu. Sinki sengaja saya letakkan di situ untuk memudahkan tetamu yang datang. 

Setakat ni lah boleh saya share pasal KC biru ku ini. Setakat ni alhamdulillah memang mudah diselenggara sebabnya mungkin faktor ruang/saiz dapur yang minimal. Susun atur rekabentuk pun memudahkan saya untuk mengemas dapur ni. Nanti ada kesempatan saya share pula barang apa yang saya letak dalam kabinet tertutup serba serbi ni.

Diharap entri ini memberi serba sedikit idea kepada anda! Sharing is caring!

Tuesday, May 28, 2013

Playroom Hadif yang dah bertukar wajah

Salam,

Cuti weekend hari tu menghabiskan masa operasi housekeeping di rumah. Dah lama sangat rasanya tak operasi time weekend ni. Biasanya hujung minggu memang padat dengan macam-macam program yang diatur oleh Mr. Planner saye tu. Banyak benda tertangguh nak dibuat yang dari hari ke hari duk berlingkar dalam kepala saya ni.

So, weekend hari tu makanya tercapai lah hajat nak buat salah satu benda yang dah lama tergendala 6 bulan. Sebelum pegi kursus hari tu saya ada update ENTRI INI kan. Banyak respon pasal isu letak katil menghadap pintu ni saya terima. Dan saya ambil positif dengan semua teguran tu, terima kasih sekali lagi ye. 

Memang dah lama nak alihkan kedudukan katil hadif ni, dan akhirnya berjaya juga!!

SEBELUM


SELEPAS


Agak selesa juga bila kedudukan katil berdekatan dengan tingkap ni. So, saya dah ada plan dinding di kepala katil tu saya nak letak wallpaper. Hadif pun ada kawasan yang agak lapang untuk dia sepahkan lego, bola dan sewaktu dengannya di ruangan hadapan pintu ni. Hadif dah nak masuk 2 tahun 4 bulan, rasanya sangat sesuai kalau saya belikan meja dan kerusi untuk dia, kan..Selesa sikit dia nak menulis, mewarna or susun-susun lego dia tu.


Frame gambar tu ingat saya nak alihkan letak kat lain, sangat tak sesuai kalau letak atas wardrobe tu. Nanti bila dah susun mainan dia kat atas tu, dah menghalang gambar tu. Hadif suka sangat frame tu tau. Tiap kali dia main dalam bilik, nanti dia akan mintak kita recall sama-sama setiap moment yang ada dalam gambar tu. Tak sia-sia projek DIY ummi tengah memalam buta tu tau..hehehe


Ni sebahagian daripada koleksi mainan Hadif. Ummi Hadif ni spesies sakit mata kalau nampak barang yang boleh dilihat. Sebab tu memang suka sangat benda yang bertutup. Kurang sikit sakit mata ummi. Saya kurang gemar bab-bab melabel-label barang ni sebab nampak gomen sangat tau. Biarlah 5s kat ofis je..kat rumah ni saya lagi suka nampak asli.hehhe... Kalau nak tau, dalam 4 kotak/bekas tu, 3 daripadanya semuanya bola tau. Atas sekali je mainan lego dia. Yang kedua atas tu, small ball, then dalam Wagon Bus tu koleksi bowling dia..macam-macam set bowling dalam tu. Then yang last tu for medium ball. Hadif memang tak banyak mainan lain selain daripada BALLLLLLLL...

Ni ada sikit ruangan untuk dia training shoot basket ball. Aih..pendek kata playroom dia ni memang serba serbi dengan ball..Kalau time dia tengah sepahkan semua barang tu, memang ball je la yang merata-rata dalam bilik ni..

Inilah serba sedikit yang boleh saya kongsikan mengenai playoroom Hadif. Actually project dekorias bilik hadif ni tak siap sepenuhnya lagi. Saya plan playroom ni saya nak combine dengan yellow color. Biar nampak highlight sikit dengan kaler kuning ni. Tapi biru tetap dominan tau...hehehe..

Tunggu playroom hadif siap ye! Stay tuned...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...