Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, September 24, 2012

Menghitung hari ke DPA...

Hello uols,

Minggu ini adalah minggu terakhir sebelum aku bertukar watak menjadi peserta DPA. Apa tu DPA? Ya, pandai anak-anak..DPA is stand for Diploma Pengurusan Awam. Ini adalah kriteria terakhir yang WAJIB dipenuhi untuk kita memenuhi syarat untuk disahkan dalam perkhidmatan awam. Lama uols nak confirm..dah 3 tahun lebih masih belum disahkan dalam jawatan. Aku malas nak citer panjang-panjang pasal skim ni, nanti ada orang meluat pulak kan. Maklumla skim kami ni kalau dalam gomen ni adalah skim yang paling dibenci kot. Sampai berita seorang pegawai PTD yang meninggal semasa kursus DPA ni baru-baru ni sanggup orang politikuskan. Sedih mengenang nasib kami, dah la dibenci..hak sendiri pun tak da yang sudi nak bela..Actually, aku pernah blog pasal isu skim kami ni, kalau korang rajin..baca lah kat entri INI ye..tak kuasa ahkak nak ngarang panjang-panjang picis-picisan ni..hihihi

Okay, seperti yang aku bagitau kat atas tadi, DPA ni adalah benda wajib. Ko nak maki nak benci tahap cipan bukit pun, nak taknak kena harung jugak..Nangis lah sampai air mata kering pun memang kena lalui. Cuma lambat dan cepat je..Ada kakak senior tu, tangguh sampai 4 kali sebab beranak sampai 4 kali..Atlast, JPA advise suh pegi jugak dengan maksud tolonglah stop dulu family planning anda sebab kerja dah lama tak konfem2 lagi. Bukan apa, just incase kalau ada pape incident atau tragedi yang boleh meragut nyawa dalam tempoh kita masih belum disahkan dalam perkhidmatan, kita tidak layak untuk dapat pencen. Bukan kata kita lah, kalau kita dijemput ajal dulu (mintak jauh lah), family kita pun takkan dapat pencen kita tu. Tak ke naya tu?


Yeahhh..sebelum nak gi DPA bermacam-macam laluan-laluan berhalangan yang maha hebat yang perlu ditempuh. Sakit ke sihat ke sama je, no excuse at all..Memang kena lalu satu per satu sampailah ko layak menerima Surat Tawaran ke DPA ni. Aku dah pernah blog jugak pasal laluan berhalangan yang kitorang perlu lalui KAT SINI. Kalau meluat jangan baca tau..pesanan ikhlas khidmat masyarakat..hehehe

Sepanjang 6 bulan kami berkursus nanti, ada macam-macam la modul yang kena buat. Tapi lepas kes yang hangat baru-baru ni berlaku, aku dah tak tau macam mana status aktiviti kami nanti. Kalau ikutkan batch-batch terdahulu, ada modul indoor dan outdoor..Time outdoor tu la korang akan dapat lepaskan tension or stress dengan kursus DPA ni. Tapi setakat yang dimaklumkan oleh KSN, semua aktiviti lasak diberhentikan buat sementara waktu. So, korang boleh la imagine macam mana "indah" nya hidup kami 6 bulan dalam kursus ni ye..

Apapun yang terjadi, pokoknya aku dan yang lain-lain kena berjuang hingga ke titisan terakhir..Demi keluarga yang menanti kepulangan kami dengan selamat, aku dan yang lain-lain perlu gagahkan hati cekalkan jiwa untuk tempuh semua ni nak-nak peritnya bila berjauhan dengan suami/isteri dan anak-anak. Itu sebenarnya perkara yang paling buat aku hiba sangat. Tapi, insyallah..sebab bukan aku je yang merasa semua benda ni..semua kawan-kawan akan rasa benda yang sama. Mungkin aku akan jadi lebih kuat bila ada sokongan daripada kawan-kawan. Sekarang dah tak fikir pun mampu or tak mampu buat. Yang penting, aku nak habis cepat-cepat DPA ni supaya aku dapat pulang semula ke pangkuan suami dan anak-anak dengan selamat dan dapat menjalani hidup yang biasa seperti orang lain.

Walaupun agak kecewa dengan pembahagian peserta kali ni..Fyi, this is the very firstime DPA dipecahkan kepada dua group which is satu group di Intan Wilayah Timur (INTIM Kemaman) dan satu lagi Intan Wilayah Selatan (IKWAS Kluang). Most of my batchmates berada di IKWAS ;( sobss...tapi takpelah, mengenangkan INTIM ni memang dekat sangat dengan Kuantan..so, dengan harapan kuranglah sikit kerinduan pada anak yang nak dipikul nanti..Kerinduan pada suami sape nak tolong?? hehehe..

Nasib baik ada my bestie, Manis kat INTIM jugak..And guess what, blogger Farah Cindellyna pun sama di INTIM jugak tau! Hopefully dapat la kami duk satu sidang kan...berangan lagikk..Yang lain-lain tu memang tak berapa kenal sebab diorang daripada batch lain..Penat la sikit nak sesi kenal-kenalan lagi uolss..Tapi takpe la, takkan nak hidup seketul diri je kat sana kan..Layankan je lahhh..hehehe

Semalam baru start sopimm barang DPA, serba serbi nak kena skema uolss...layan je lahhh...in character plssss...

Skema nak mampuihh..haha

Demimu DPA..skema masih..

Ubat-ubatan..harus la kann

hahahah..back to school again..menggagau cari stationeries..pen pun berejam pilih uolsss..hehehe

5 yang mengekspresikan diri:

Niniey Nurhafnie said...

kemn.. banyak tuh persiapan...anyway, jumpa kat intim nanti..

p/s: suka ayat kemn- balik ke pangkuan suami dan anak anak.. :)

Lina Chan said...

Shopping kasut paling susah. Demm..

Kemn Azmaili said...

@Niniey Nurhafnie

banyak ke..rasa macam baru je nak start prepare skit2 ni..yeay!! ninie pun kat intim ye!!jumpa disanaaa!!

Kemn Azmaili said...

@Lina Chan

setuju sangat..last2 kt beli je buoot style ni..huhu

Qilah said...

gud luck dear..i'm ur silent reader,n now in DPA course..xsbr nk abis ni,lg 3 bln.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...