Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, July 21, 2014

Buka Booth SEBULAN di Maju Junction Mall!

Dah lama tak berkumandang di teratak suam ni. Kalau bagi alasan sibuk memanjang tu, kalah Perdana Menteri lah. Tapi itulah hakikatnya, kesibukan menguruskan segala macam benda. Sampai terlupa nak habaq mai yang sepanjang Ramadhan ni kami ada bukak booth di Maju Junction Mall. *___*

Idea nak bukak booth ni sebenarnya dari kawan husband. Dia baru balik dari Egypt, then nampak ada potensi untuk diorang jual Jubah from Egypt ni. But seriously, bila kami sendiri yang tengok koleksi Jubah ni, lama aku menung sambil terduduk duk perati kan design Jubah yang vavavas sangat! Suka suka suka! Rare..tapi simple! 

Beza Jubah / Abaaya from Egypt dengan Abaaya Dubai adalah dari segi warna dan design. Orang Egypt suka dengan kaler-kaler, orang Dubai suka dengan kaler hitam or putih only. Tapi memang serious tak tipu memang cantik yang amat. Dua helai dah aku beli tanpa rasa bersalah sebab harga pun tak mencecah Rm200 ok!

Kira ni project depa husband and wife. Aku memang support sangat diorang menyebarluaskan bisnes diorang ni. Lagipun memang yakin sangat market boleh 'in' dengan fenomena Jubah di merata-rata seluruh pelusuk Malaysia sekarang. And plus, lain dari yang lain! 

Bila diorang offer kitorang (POPSCARF) untuk join collaborate dengan diorang ni, memula tu aku memang berat hati sangat nak join. Nak join ni memang kena ada very high commitment. Nampak je macam bukak booth je kot, bukan bukak butik pun. Tapi, kena betul-betul rancang baik dari segi stock dan jugak sales. Berapa target sehari sales, berapa target untuk sebulan pulak, balik modal ke idak, lokasi strategik ke? haishh..macam-macam dalam fikiran aku. 

Itu lah selalu kena bebel dengan husband. Suka sangat micro-manage. Aku ni takdak sampai nak kan benda terlalu perfect, tapi kalau boleh aku nak memudahkan semua pihak baik kita sebagai penjual, dan paling penting si pembeli.

Benda paling utama sekali, aku kena discuss adalah berdiskusi dengan partner merangkap kawan baik aku Manes. Walaupun aku rasa pada mula tu macam berat nak bagitahu offer ni kat dia, tapi aku tanya je lah setuju ke idok. Bila fikir-fikir balik sewa tapak dengan tempoh sebulan kitorang bernomad kat sana memang insyallah berbaloi.

Nahhh..seminggu kami beroperasi dah dapat sales luar dari jangkaan. Tak sia-sia husband pujuk untuk terima offer untuk bukak booth ni. Mana taknya, kalau ikutkan kami boleh goyang kaki je, sebab kawan husband dah siap pakej kan sekali dengan 2 org staf yang akan jagakan kedai. 

Bila dah ada persetujuan tu, kami start gerak cari tudung or shawl yang akan dijual di sana. Target kami kali ni ialah koleksi memang kena ala-ala Raya. Biasanya koleksi kami simple je, tapi kali ni simple jugak tapi tambah skit dengan elegan ecehh. Alhamdulillah, memang kali ni pencarian shawls / tudung seperti yang dihajati telah dipermudahkan. So koleksi kami ada yang tailor-made, ada juga yang kami ambil terus dari supplier dalam dan luar negara. 

Then bila dan sampai bergodang-godang shawls, maka bertebaranlah beratus-ratus helai shawls kat rumah. So, tingkat atas rumah iols ni dah macam gudang kain. Seminggu sebelum Ramadhan tu, boleh kira berapa hari je la lena diulik mimpi. Memang tak tidur malam bila start dengan QC checking, and kira-kira stok dengan kuantiti, jenis dan warna yang ada. Semua tu perlu ditulis dalam kertas. Tak kira apa rupa dan gaya yang ko tulis tu, yang penting catatlah segala-gala serigala yang ada! Haha

Bila dah siap sedia semua, kena standby cari barang-barang nak memeriahkan booth, macam label standee, tags, biz card, bunting, hanger dan sebagainya lah. Ye, memang banyakkkk kerja dan renyah. Tapi semua tu kena tolak tepi asalkan perancangan yang kita plan tu berjalan lancar seperti yang kita nak. 

Alhamdulillah, hari pertama di booth berjalan lancar. Memula tu memang agak kelam kabut, nak setting bagai segala patung manequin nya lagi. Tapi bila dah dapat rentak tu, kedai dah nampak macam kedai lah! hehe

Dalam kepenatan kami berulang alik hari-hari duk jenguk kedai, dapat pulak offer lagi dengan si tuan Jubah ni untuk join sesi Photoshoot. Dengan aku and manes yang sibuk dengan kerja nya, and last minit pulak, Manes kena oustation seminggu ke Langkawi. And minggu tu jugak nak buat photoshoot. Memang krem rahang kalau aku sorang nak shoot sume kan. So terpaksalah import sorang adik ni untuk bantu diorang. Tapi tu la, dah biasa kan buat kerja gigih menggigih ni dengan Manes, so rasa macam tak lengkap. Tapi tak pela, nak taknak kena teruskan. So, teruskan je dengan fotosutttt...

Dengan tak sempat nak iron shawl nya, dengan keadaan studio yang mengejutkan jiwa aku nya, aku redah je la malam tu. Bila dah dalam keadaan terdesak tu la macam-macam idea aku nak gayakan shawl. Suka hati belit je semua tu sebab taknak nampak shawl tak bergosok. hahha..kantoi bagitau..Bila orang tanya, macam mana ek nak pakai macam dalam gambar tu, ermmm ermmm ermmmm.....

Jubah: ABAAYAS REPUBLIC by EdleenNuz | Shawl: POPSCARF by KemnManes

Jubah: ABAAYAS REPUBLIC by EdleenNuz | Shawl: POPSCARF by KemnManes

Entah macam mana aku boleh lilit shawls macam kat atas ni. Tapi tu la, keadaan yang mendesak yang membuatkan aku terdesak dan makanya terhasillah ilham macam ni..hihi

Orang ada plat nama, kami nak ada juge..hehe
Orang ada bunting, kami nak jugeeee..hehe

Orang ada Bizcard, nak juge kami ade...hehe


Orang kata tak salah nak berangan kalau bergerak dengan usaha. Kegigihan buat semua benda berdua dengan partner merangkap besfren aku ni la yang boleh merealisasikan angan-angan kami. Dari niat just nak "suka-suka". Dari sekecik-kecik benda sampai la sebesar-besar perancangan memang kami berdua je. Tergolek-golek nak menguruskan segala macam benda. hahaha..

Banyak benda yang boleh aku belajar tentang bisnes ni bila kita buat semua benda sendiri. Tambahbaik setiap benda dan belajar dari kesilapan. Nak kata sales dahsatt macam online shop otai yang lain tu idak la. Tapi kena faham konsep "the more you give, the more you get". Kalau semua benda nak hebat tapi tak nak penat, taknak berkorban, memang takkan dapat unless kita ada duit juta lemon join jadila upline MLM.

The best part is bila kami buat benda ni, usaha kita tu orang nampak, orang appreciate and orang minat nak tahu. Yang paling best lagi bila dapat offer untuk buat benda yang luar dari jangkaan..! Alhamdulillah syukur sangat. Semoga apa yang kami impikan akan dapat direalisasikan. Nak tahu apa? Tunggu...........
















2 yang mengekspresikan diri:

fazianbatrisyia said...

good luck kemn...cantiknya...ayu anggun bergaya

athi FATHIYAH said...

kagummmm sgt

korang mula biasa2 tp jadi makin luar biasa sekarang ni..

dah la boleh jadi model..cun plak tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...