Dah lama tak update entri pasal anak kan? Banyak sebenarnya benda nak berkongsi, tapi terpaksa ditangguhkan dek kerana urusan kerja dan aktiviti-aktiviti lain yang menyukarkan saya nak duduk dediam sambil menggerakkan jari jemari membuang sawang dalam laman sesawang yang tak seberapa ni. Serius memang sibuk sangat sekarang ni. Nak-nak bila cerita bab kerja. Nanti lah bila ada masa nanti saya akan share la skit pasal kerja, tapi buat masa nanti belum terbukak pintu hati lagi nak bercerita. Entahlah, maybe sebab tak se seronok bercerita pasal life and family kot..hehe
KESIHATAN
Berbalik cerita pasal anak kan. Saya rasa kalau yang dah biasa follow or browse IG or FB maybe diorang dah tahu perkembangan Hadif a.k.a Abang. Alhamdulillah sangat benda yang saya selalu doa hari-hari adalah yang paling penting sekali adalah kesihatan dia. Selsema and batuk tu tak boleh nak lari la sebab kita hantar anak ke taska kan? 2 bulan sihat kering je hidung tu, alih-alih selsema balik. Macam tu la benda yang kita tak boleh nak kawal unless kita jaga anak kita sendiri.
MATANG SEBELUM USIA
Hadif sekarang dah masuk 3 tahun 4 bulan dalam erti kata lain 40 bulan dah anakku berada di bumi yang cukup indah ni. Dalam lingkungan umur dia macam ni, saya tak boleh nak pertikai bahawasanya perwatakan dia memang lebih matang dari usia. Bercakap memang takda pelat langsung. Infact kalau kita berborak dengan dia, dia dah boleh response dengan logik akal. Tapi kalau korang directly tanya dia pasal umur, kirim salam la dia nak jawab umur dia 3 tahun. Dia akan jawab umur dia 5 tahun...so korang layan je lah! Dia memang tak sabar nak 5 tahun sebab tak sabar nak pakai baju sekolah. Hahaha..And then kalau boleh alasan dia bagi bila kita tanya dia, "Macam mana abang tahu?". So dia akan jawab dia dah 5 tahun, dia dah besar..so dia tahu lahh..Itu memang ayat yang selalu la keluar dari mulut Abang sorang ni...
PETAH BERCAKAP
Ramai juga yang tanya, macam mana anak saya boleh petah bercakap macam ni. Yang sebenarnya, saya pun tak berapa nak pasti sama ada sebab faktor mewarisi keramahan mak pak dia atau pun ada faktor lain yang saya sendiri pun tak perasan. Tapi, untuk makluman korang, masa mula-mula dia pandai cakap dulu, dia pun macam anak-anak kecil lain, pelat jugak. Mungkin sebab waktu dia banyak dihabiskan dalam kereta. Ye la nak pegi ke taska dah setengah jam, bila ambik balik dari taska pulak nak sampai ke rumah tu lebih kurang sejam lebih sebab melayan traffic jem. So, takda benda lain la kalau duduk berdua dalam kereta tu memang kerja berborak je.
BERCERITA TENTANG REALITI
Cara saya berbual dengan dia, memang macam orang besar lah. Dengan isu-isu semasa lagi. Masa dunia digemparkan dengan kehilangan MH370 tu, memang boleh katakan tiap-tiap hari akan timbul topik tu. Tambah lagi on the way nak balik rumah memang hari-hari akan nampak kapal terbang mendarat dan berlepas. Hadif memang akan tanya sampai la pertanyaan dia tu dapat beri jawapan yang dia betul-betul puas hati.
Basically saya akan berbual pasal kejadian Allah. Bila difikir balik, banyak benda yang saya boleh terangkan pada dia sepanjang dalam kereta dengan dia. Dalam pada tu juga saya ambil peluang mengenalkan dia pada zikir. Kalau boleh setiap perjalanan saya dengan hadif dalam kereta ni dapat beri manfaat pada dia dan sayapun turut kena tempiasnya.
RANCANG APA YANG PERLU
Pada pandangan saya, nak mendidik anak ni pun kena set kan KPI kita. Apa yang kita nak untuk anak kita? Kita nak anak kita pandai apa? Apa yang kita perlu berkorban? Apa yang perlu kita tambah? dan macam-macam lagi lah..
Kalau fikir jangka panjang, of course semua mak ayah nak anak dia pandai kan. Pandai ni pada saya benda yang terlalu subjektif dan umum. Tapi dalam proses nak membentuk anak itu pandai, kita perlu ada cara atau kaedah nya. Sebab itu, kita bukan kena fikir untuk jangka panjang, tapi kita kena fikir apa yang anak kita boleh buat dalam beberapa tempoh masa yang kita sendiri tetapkan. Kita cuba narrow down lagi skop, nak anak pandai apa? Kalau ikutkan memang nak anak pandai dalam semua perkara, tapi amat mustahil kita punyai masa yang banyak untuk buat semua benda dalam satu masa.
Sebagai contoh, setiap tahun kita akan pasang azam kan? Dah yang pastinya tak semua azam kita tu dapat kita realisasikan dalam tempoh setahun? Untuk tahun ini, saya cuba memberanikan diri untuk pasang azam untuk melihat perkembangan anak saya dalam Hafalan dan Hafazan.
Saya dah set kan untuk tahun ini, apa yang boleh saya buat untuk anak saya? Nampak macam kejam dan memaksa kan? Tapi percayalah, Allah sentiasa permudahkan urusan kita selagi mana niat kita adalah kerana Dia. Tahun ini ada beberapa benda yang saya hasratkan iaitu nak anak saya boleh membaca AL FATIHAH, IQRA' dan JUZ 'AMMA serta doa-doa mudah sebagai sampingan.
SUDAH MENGHAFAL AL-FATIHAH
Kita mampu merancang, selebihnya hanya Allah yang tentukan. Percaya tak percaya saya dah hampir dapat merealisasikan azam yang saya pasang pada awal tahun dahulu.Syukur alhamdulillah. Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya bila melihat Hadif sudah boleh lancar menghafal surah yang paling asas iaitu surah AL FATIHAH.

CIPTA AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN
Cuba lah buat sesuatu yang mendatangkan keseronokan. Selain memperdengarkan SUFI CILIK sebagai alat sokongan untuk mudah beliau menghafal, surah ini juga saya akan sama-sama baca bersama dengan dia sebelum tidur. Kajian membuktikan otak anak akan cepat terangsang dalam keadaan otak berfungsi separa sedar, di mana keadaaan yang mengantuk tu sebenarnya masa yang terbaik untuk kita sampaikan sesuatu nasihat dan insyallah akan beri kesan yang sangat positif pada anak kita.

Selain daripada itu, doa-doa yang sentiasa mengiringinya sebelum tidur adalah 3 doa yang wajib dia akan baca. Dan sekarang, saya dah tak perlu ingatkan, beliau sendiri yang akan terus berdoa. Doa yang di amalkan adalah DOA TIDUR, DOA MAKAN dan DOA TAUBAT.
SUFI CILIK SEBAGAI ALAT SOKONGAN
Doa makan tu memang dia baca juga sebelum tidur sebab dia tidur sambil menyusu. Doa taubat pula dia belajar dari cd SUFI CILIK. Banyak manfaat yang dapat diperolehi melalui SUFI CILIK ini sebenarnya. Semua zikir yang terkandung di dalam cd tersebut dah pun dia hafal ke semuanya. Selain daripada itu, saya ada cipta satu game sebelum tidur yang melibatkan hafalan zikir. Tapi melibatkan fizikal dia dan saya. Memang penat skit tapi dia seronok sangat bila part saya angkat dia terbang macam Superman tu..hehehe

SURAH KEGEMARAN DALAM JUZ ' AMMA
Untuk JUZ 'AMMA pula pilihan utama nak kenalkan dia pada surah-surah mudah seperti surah 3 Qul. Surah kegemaran dia adalah surah Al Falaq, saya pun tak tahu kenapa. Siap baca dengan idgham bagai tu. Ini dia banyak dengar di surau or masjid sebenarnya. Bila imam baca, dia akan ikut. Tapi kadang-kadang kalau imam tak baca, balik je rumah terus lah dia ngadu dan bertanya kenapa imam tak baca surah tu. Alahai anak!

IQRA' SEBAGAI PERMULAAN
Bacaan IQRA' pula saya tak tetapkan mana-mana hari atau waktu. Biasanya dia sendiri yang akan pilih bila dia nak baca. Dan biasanya dia nak baca sebelum tidur. Kalau ikutkan badan yang penat ni memang tak kuat, tapi bila mengenangkan semangat dia yang nak belajar tu la saya gagahkan jugak. Saya target hujung tahun ni dia dah habis baca Iqra' 1. Teringat dulu masa mula-mula nak beli set Iqra' ni. Tertanya-tanya, boleh ke anak aku ni baca? Mampu ke aku yang dhaif ilmu agama ni mengajarnya?

Fikiran-fikiran negatif macam tu la kadang-kadang menyekat kita nak bereksperimentasi. Berjaya atau tidak, itu bukan jawapannya. Apa yang penting kita cuba dan usaha kan? Alhamdulillah, dah masuk setengah tahun, Hadif dah hampir nak habiskan helaian Iqra'. Sekarang ni dia dah beralih ke huruf "ghain".
DAHULUKAN MENGENAL KALAM ALLAH
Lebih kurang macam ini lah cara saya mendidik anak. Apa yang penting, perlu masukkan elemen keseronokan dalam setiap apa yang kita perkenalkan kepada anak. Saya lebih mengambil berat tentang pendidikan awal kepada anak dengan mengenal kalam Allah. Bukanlah tidak teruja nak ajar anak mengenal ABC dan 123 serta mengenal bentuk dan warna, tetapi saya percaya anak kecil ini dengan sendirinya akan tahu asas-asas ini kerana kebiasannya akan didedahkan di taska. Hadif dah boleh mengenal semua huruf A - Z dan 1 -10. Untuk nombor tu, beliau dah boleh hafal dua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English. Bila dah tengok dia dah mula minat menulis, saya belikan exercise book yang melibatkan suai padan huruf/nombor beserta dengan gambar. Ada juga buku yang melibatkan aktiviti menyambung huruf. Buat masa ini, itu sahaja lah. Kalau dia boring, dia akan stop dan saya takkan paksa untuk dia teruskan.
Insyallah azam tahun hadapan nak ajar Bahasa Arab pula. hihii..tak tahulah macam mana, kita tengok je la nanti ye. Azam tahun ni pun belum habis lagi sibuk nak pasang azam baru. Bukan apa, teruja dan seronok sebenarnya melihat perkembangan anak ini.
BAKAL JADI IMAM
Bila tanya Hadif, bila besar dia nak jadik apa? " Terus dia akan jawab dia nak jadi IMAM. Allah...memang sayu bila jawapannya macam tu, sebab saya tak pernah pula directly cakap pada dia yang saya nak dia jadi Imam. Mungkin sebab saya selalu cakap kat dia, hanya IMAM je boleh duduk di saf hadapan sorang-sorang. Mungkin itulah alasan kenapa dia nak sangat jadi IMAM. Sebab dia memang selalu tanya benda ni dari dulu lagi. Perkara sebegini juga saya akan relate kan dengan bacaan surah Al Fatihah dan 3 Qul yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Saya pernah cakap kat dia kalau nak jadi Imam, perlu pandai baca surah-surah dengan betul. Inilah antara pemangkin untuk dia perbaiki bacaaan dia.
LIBATKAN ANAK DENGAN AKTIVITI DI RUMAH
Kalau bab tolong mengemas kat rumah tu tak yah cakap la. Jarang saya tak libatkan dia, tapi dengan syarat semua benda kena ada dua. Satu untuk saya, satu lagi untuk dia. Menyapu, mengemop tu memang kegemaran lah. So benda-benda macam ni memang saya akan biar kan dia buat. Sekarang ada minat baru kat rumah tu, berkebun. Hadif panggil "berkerebun". hihi..tiru Upin Ipin la kan..Saya ajar dia macam mana nak tanam pokok, and macam mana nak jaga pokok untuk hidup. Saya ceritakan juga kenapa air dan matahari tu penting untuk pokok. Baru-baru ni, dia jenguk pokok yang dia tanam, kemain seronok dia..Tiba-tiba dia cakap " Terima kasih ALLAH...". terkedu jugak ummi mendengarnya...
Begitula serba sedikit perkongsian mengenai perkembangan Hadif. Anak saya sama seperti anak orang lain juga. Takda bezanya pun sebenarnya. Saya kurang sangat ilmu agama, tetapi saya percaya berkat usaha kita nak mendidik anak menyayangi agama itu akan Allah permudahkan. Saya belajar dan gali ilmu dengan orang-orang yang hebat di sekeliling saya dan juga di alam maya. Dan yang paling bermakna, saya belajar dari pengalaman sendiri. Banyak yang kurang dengan kehidupan saya terutamanya dari segi pendidikan agama, sebab itulah jauh di sudut hati saya tidak mahu anak saya merasai kekurangan yang telah saya rasai.
Semoga Hadif membesar dengan sihat dan diberi ketetapan iman yang berpanjangan. Ummi mungkin bukan ummi yang terbaik, tetapi ummi akan cuba yang terbaik untuk mendidik Hadif mencintai agama. Insyallah...ameen!

2 yang mengekspresikan diri:
abang hemsem.
nanti kalau dapat baby boleh k.nana menuntut ilmu kat kemn. ^^
kasut si kecik tu beli kat ne??niceee
Post a Comment