Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, November 18, 2014

Dekorasi Rumah Teres Setingkat Bercirikan Moden Minimalis

Hai semua,

Dah lama tak update pasal deko-deko ni. Tapi kali ni bukan nak share pasal rumah sendiri pun. Al maklum la rumah ku masih dalam pembikinan nak kena baiki ada defect lagi. 

Kalau before ni saya share kediaman Angah, hari ni nak share dengan korang beberapa gambar dekorasi kediaman Kak long saya yang terletak di Kuantan. Along baru je pindah so, rumah dia pun agak kosong lagi belum habis deko-deko lagi katanya.

Yang pastinya, nak kasi tabik spring kat Abang ipar, suami Along ni. Memang boleh dikatakan idea dekorasi rumah depa ni datangnya 90% daripada abang ipar. Start daripada cari material binaan, kitchen cabinet, set sofa, dining tabel semua lah memang abang ipar yang handle semua. Along saya ni tengah sarat mengandung, tu yang banyak benda suami dia yang uruskan.

Saya boleh kategorikan kediaman depa ni bercirikan moden minimalis juga. Sama, kami tiga beradik tak suka dengan benda serabut or else tak reti kot nak hias bunga-bungaan nan mekar di rumah ni. Memang salute tau pada korang yang pandai hias rumah dengan ada bunga-bungaan walau sedikit. Nampak serinya kan...

Rumah along ni berkonsepkan pink and merah. Ni memang faveret kaler Along la. Kombinasi warna ni diadunkan pula dengan dinding polos berwarna pastel purple. Seyes, tak sangka kombinasi warna ni memang cantik! Kagum bila tengok rumah Along walaupun la teres setingkat, sentuhan dekorasinya menampakkan ruang lebih luas.

Ok, this time saya kongsikan dekorasi di ruang tamu, ruang makan dan dapur. Next entri kita share dekorasi di bilik tidur pulak ok.


SUDUT BACAAN
 Space antara dining hall dan living hall ni, boleh la dikategorikan sebagai Ruang Membaca / Reading Corner. Cantik sangat arm chair kaler pink ni kan. Memang kasi highlight satu rumah.

DINING HALL / RUANG MAKAN
 Ini pula ruang makan. Ruang makan ni menggunakan wallpaper 3D bercorak bricks. Dihiasi pula dengan bingkai gambar kombinasi merah, hitam dan putih.

LIVING HALL / RUANG TAMU
 Ini pula ruang tamu. Cute je ruang tamu ni dengan kombinasi warna merah dan coklat. Tv cabinet tu pun pakai wallpaper jugak. Memang menyerlah kan.

RUANG DAPUR / KITCHEN CABINET
 Ini ruang dapur. Kombinasi putih dan merah menjadi pilihan. Carpet gojes tu fevret iolss jugak. Memang kena dengan konsep merah kat dapur ni. hehe

KAUNTER BAR
Ini pula Bar Counter / Kaunter Bar. Ampunkalah masking tape tak sempat cabut lagi sebab ni semua gambar masa memula depa masuk rumah hari tu. hehehe.


Ok tu je perkongsian dekorasi untuk kali ini ye. Next entri kalau ada masa saya update bilik tidur pulak ok!

Tata!

15 yang mengekspresikan diri:

fazianbatrisyia said...

cantik....semua berbakat ye family kemn....suka tgk rumah cantik2 & kemas...

FarahFerraDotCom said...

Cantik la... suka tengok wallpaper 3D corak bricks tue.. =D

Unknown said...

niceeeeeeeeeeeeeeeeee...kreatif...sudi-sudilaa singgah blog sy http://heaven2104.blogspot.com/

Unknown said...

cantik nya...tak lama lagi nak duk umah comel sy...menarik tgk yg ni semua.....

Nini Mohd said...

duk google2 idea dekorasi rumah, jumpa blog ni.
ya Allah...gambar ruang makan tu sy pernah tgk kat iklan mudah.my.
iklan rumah sewa kat JB.
sy siap call tuan rumah & pegi kat rumah tu utk tgk keadaan rumah, sbb berkenan & memang niat nak sewa. harga sewa pun murah.
tp x dpt tgk dlm rumah, sbb tuan rumah tu ckp dia kat KL.
kalau tu gambar rumah kakak awak, maybe iklan kat mudah tu scam.
nasib baik sy x tertipu, nasib baik sy x bank in deposit kat dia.

Unknown said...

Salam tumpang tnye..brapa kali brapa ye size kitchen kabinet tu?

Unknown said...

Salam tumpang tnye..brapa kali brapa ye size kitchen kabinet tu?

Mashitah Mamat said...

subhanallah, cantiknya..pandai u hias rumah...

Unknown said...

Cntik sgt...mmg tgh cr idea coz uma yg baru bli ni jnis yg trus nmpk dapo.buntu nk mulakan deco...tp dr blog ni da leh nmpk pe yg bole dibuat.cuma nsk tanye bape ye luas rumah ni...tq

nuraidakasih, enterprise. said...

Perlukan perkhidmatan ubah suai rumah, bole hub kami 0123744967

nuraidakasih, enterprise. said...

Salam perlukan perkhidmatan ubah suai rumah bole hub kami. 0123744967

nuraidakasih, enterprise. said...

Salam perlukan perkhidmatan ubah suai rumah bole hub kami. 0123744967

Unknown said...

keren banget dekorasi rumahnya, makasih inspirasinya!

Nana said...

Cantikk

Unknown said...

Tri-Wall Indonesia adalah perusahaan penyedia segala model karton box untuk keperluan heavy duty dan pallet berbahan baku dari Karton, Kayu, Plastik, Steelcase dan lain-lain di desain sesuai dengan kebutuhan Anda. Kami terdiri dari para ahli dan profesional dengan jaringan internasional yang siap melayani dan memberikan solusi pada packaging Anda. Cari Tahu Tentang Kami Kunjungi https://tri-wallindonesia.co.id/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...