Rasanya macam belum pernah sharing pasal family dalam blog. Dah la nak mengarang terkial-kial, kejap kang tulis pepanjang..bila baca rasa nak muntah pulak..ayat punya berbelit sampai kadang aku sendiri tak faham apa yang aku nak sampai kan. bahahaa..
Jadik bagi la peluang untuk aku polish balik skill merapu dalam blog sendu ku ini dengan menceritakan dengan panjang lebarnya pasal abah dan ummi. #siscuba
Ok ayuhlah kita mulakan penceritaan ini dengan kisah Abah.
Abah aku diberi nama Mohamed Azmaili bin Ismail. Nama tu "wow" sangat komersial bunyinya. Abah anak sulung dari 10 orang adik beradik. Bila dah anak sulung tu mak apak mesti lah nak bagi nama sedap kan, nak eksaited lagi main gabung-gabung nama. Tokki aku nama Ismail, tok (nenek) pulak nama Azizah. Jadik bila Azizah digabungkan dengan Ismail, maka terhasil lah nama Azmaili tu. Amik nama tok tang depan, nama tokki tang belakang. Ha gicuuu.. ko mampu tak, orang dedolu pun mai n cantum-cantum nama uols!
Aku dulu masa sekolah, selalu la kena bahan dengan budak-budak laki pasai nama abah aku ni. Annoying sangat sampai adalah banyak kali jugak bebudak yang duk ejek nama bapak aku tu aku "mendapat"kan dia. Sampai rasa nak suruh abah aku tuko nama lah, punyalah rasa sakit hati bila orang ejek nama bapak kita.
Tapi bila aku dah makin besor, aku cuba lah pandang masalah nama abah aku pada sisi positif. Apa lah yang aku nak kecoh sangat. Orang nak ejek, ejek je lah..apa yang penting UNIK. Aku sampai pernah la buat research dalam internet, ada tak orang lain nama sama macam abah. Sekali tu,,choyyy..ada sorang ni ok..sejibon nama abah aku. Bila siasat dengan abah, rupanya tu anak kawan sekolah dia. Memang kawan dia cakap la masa dia dapat anak tu dia nak letak nama sebiji nama abah aku. Dulu memang kecoh gak la, masa kitorang dapat kad kawin, tibe je Mohamed Azmaili ni nak kawin lagi ni apa kes? Hahaha..rupanya anak kawan abah aku..terus rasa tak eksklusif. haha
Abah aku ni asal dari Pekan, Pahang. Abah membesar bukan dengan tokki dan tok. Disebabkan adik beradik abah ramai (10 orang), jadinya tok kepada abah iaitu moyang kami (panggil Tok Ayah) yang jaga abah dari kecik sampai la abah kawin dengan ummi. Tokki pun orang susah, hidup cari rezeki dengan menoreh getah nak besarkan anak-anak memang tak cukup. Jadinya, abah bila cuti sekolah akan balik rumah tokki di Kg. New Zealand, Maran untuk bantu menoreh getah jugak.
Abah dulu sekolah pun Tok Ayah yang uruskan. Masa kecik, abah memang budak yang rajin, suka tolong orang, suka hiburkan orang, suka bersukan, pandai menyanyi jugak. Aku masih ingat dulu abah citer masa dia sekolah, ada kawan sekelas dia ni anak orang berada. Tapi sebab abah selalu ajar dia dalam kelas, dia selalu bagi abah pinjam buku teks. Abah tak mampu nak beli buku teks, jadi bila kawan dah bagi pinjam tu tersangat la happy. Abah bawak balik buku kawan tu, then abah salin balik. Omg! Salin balikkk? Yela, abah kata kalo tak salin, nanti macam mana nak buat ulangkaji. #emosisejenisummi
Lepas balik dari sekolah, abah sambung pulak keja jaga lembu. Sambil jaga lembu, sambil tu abah baca buku. Bila aku balik kampung aku kat Pekan (Kg. Marhum & Kg. Permatang Arang), selalu tok sedara #throwback kisah abah. Aku memang suka dengar. Sebab aku rasa walaupun abah jauh dengan mak ayah, abah tetap boleh survive dan happykan orang sekeliling dia.
After habis Form 6, abah dulu dapat tawaran masuk Univeristi, seingat aku kos arkitek. Sebab abah memang orang seni, pandai sangat melukis. Tapi sebab tokki takda duit nak bayar pendaftaran, abah terpaksa lupakan hasrat nak ke menara gading. Duit kerja sampingan pun dihantar ke kampung untuk adik-adik nak sekolah. Daripada situ, abah mula cari kerja yang lebih menjamin masa depan. Tak silap aku abah dapat kerja di ASPA. Dari situlah abah bertemu dengan seorang gadis jelitawan nan rupawan berdarah campuran Arab. Sharifah Khatijah nama diberi. kekeke
Ummi cakap di ofis Abah orangnya merendah diri. Sedar berpijak bumi. Tak banyak berbual dengan orang lain, hanya fokus tekun bekerja. Ummi pun "orang sukan". Sama pula minat dengan abah sukakan sukan juga. So, memang ngam kalau berkawan berdua. Ummi masa muda mudi "hot stuff" ramai benor yang kenan nak buat gepren. Tapi sebab jatuh hati dengan Azmaili, ummi sanggup lautan api ku renangi umpamanya. Hahaha
Kisah percintaan Abah dan Ummi ni memang boleh buat drama. Kisah yang pada aku banyak boleh dijadikan teladan dan pengajaran buat kita anak-anak yang muda mudi ni. Dia macam sikit lagi nak sama dengan kisah Antara Dua Darjat. bahaha..ini serius , tak kelako sangat sebenarnya..aku memang respect Ummi dan Abah telah berjaya memecahkan tradisi dan "adat" lama yang terlalu memadang kepada keturunan.
Ummi memang purely keturunan Syed & Sharifah. Tak banyak sangat aku tahu pasal keluarga kami sebelah ummi ni sebab aku tak suka orang rasa aku obses dengan keturunan ni. Yang aku tahu, asal keluarga daripada tanah arab Yaman. Kalau korang perasan la Syed dan Sharifah ni nama belakang dia mesti ada "Al-xxxx". Itu maksudnya nama keluarga. Kalau kami pulak dari keluarga Al-Khairid. Kiranya kalau korang ada prasan orang lain yang letak Al-Khairid tu datang daripada salasilah keluarga yang sama lah.
Masa abah nak kawin dengan ummi dulu memang mendapat tentangan hebat daripada keluarga Al-Khairid. Haihh nak cerita rasa sedih pulak napa boleh sampai macam tu sekali orang dulu-dulu memandang kepada darjat. Yela..abah kan anak penoreh getah, bukan sesape pun. Apatah lagi bukan Pak Syed. Lagi la tak dipandang. Cerita pasal kisah ummi abah ni tak silap aku masa aku Form 6 baru diorang citer tau. Aku menangis masa ummi abah cerita tu. Sanggup diorang buat macam tu. Aku rasa tak perlu kot nak citer detail taknak mengaibkan mana-mana pihak. Tapi cukuplah aku kata, memang restu dan redha Allah itu lagi hebat. Alhamdulillah kami kekal bahagia hingga la ke hari ini.
Banyak sebenarnya cerita yang sangat ter emosi aku dengar. Sampai masa nak nikah pun dihalang. Ada satu frame gambar diorang bersanding kat rumah Tok Ayah kat Pekan disimpan di dalam bilik. Aku selalu la pelik, bila aku cakap suh gantung kat luar, abah selalu cakap..tak boleh...rahsia kerajaan ni..amende yang rahsia pun aku tak tau..
Bila diorang dah cerita pasal kisah cinta terhalang tu, baru la aku faham. Rupanya abah cakap, masa gambar diorang sanding tu, diorang belum nikah pun lagi. Tapi sebab dah panggil jemput orang kampung makan kenduri, pelamin dah buat..kengkonon je la tu macam dah kawin pada halnya belum dinikah kan pun lagi. Aura keturunan Syed Sharifah ni memang kuat sangat dulu. Sume orang tak berani. Dah la tok kadi tak nak nikahkan, nak guna wali Hakim pun tak boleh. Berapa kali turun naik mahkamah merayu nak mintak nikahkan, finally alhamdulilah dipermudahkan. Nikah jugak abah dengan kekasih awal dan akhirnya..mihmihmih..
Bila ummi selamat lahirkan Along, abah ajak bawak balik Along ke kampung ummi. Alhamdulillah, betul orang kata anak ni pembawa rezeki. Selepas lahirnya Along, keluarga ummi dah boleh menerima hakikat bahawa jodoh ummi adalah bersama abah. Bila dah ada anak ni, isu pulak pasal nama anak..leceh beteiii kan.. Kalau ikut adatnya, Sharifah kalau berkahwin dengan bukan Syed..anak yang dilahirkan hendaklah di letakkan nama Megat atau Puteri. Kalau Syed ni memang takda masalah la, dia kawin dengan bukan Sharifah pun nama anak akan ada Syed dan Sharifah tu.
Kau ghase abah aku nak ikut ke segala mala susur galur merapik ni? Udahla cinta terhalang, tibe pulak nak kena mengikut adat yang belum tentu sohih dan ada tercatat kat memana. Memang takkk lah. Nah elok je nama along Khairunnisa, bermaksud "sebaik-baik wanita". Elok je kannn. hehhe
Cerita ni memang dah berpuluh tahun lepas berlalu. Tapi kesannya sampai sekarang kami terasa. Tiap kali, tiap tahun nak balik kampung ummi..kami dapat rasa abah kurang selesa tinggal lelama kat sana. Kadang aku kesian tengok ummi, nak jugak spent time lelama dengan adik bradiknya, tapi disebabkan abah nak balik awal, ummi memang ikutkan aje. Plus, sekarang abah kan memang kena buat dialisis. Paling lama boleh duduk kampung pun dalam 3 hari je.
Setiap apa yang berlaku mesti ada seribu satu hikmah disebaliknya. Aku sangat-sangat percaya pada hikmah Allah. Kesusahan hidup abah lah yang menjadikan kami anak-anak ni kuat. Kesusahan hidup abah mengajar kami untuk hidup berdikari. Abah banyak mengajar kami menjadi manusia. Abah selalu berpesan, buat sesuatu jangan suka berkira, jangan buat sesuatu sebab nak dapatkan ganjaran atau balasan. Buat kerja sehabis baik, sebab bila kita buat sesuatu dengan bersungguh...ganjarannya adalah kepuasan diri dan apa yang dihitung adalah pahala. Bekalan untuk kita di "sana".
Ummi pula aku sangat-sangat respect dan salute dengan tahap kesabarannya disaat pelbagai ujian yang dilalui sepanjang kehidupannya. Ummi seorang isteri yang sangat taat, sangat penyabar, jarang sekali aku dengan ummi marah-marah. Tak macam aku,silap skit terus nak merabok marah hahahha
Ummi melalui saat perjuangannya melawan kanser payudara dengan sangat tenang. Struggle sangat nak pulih, tapi sikit pun tak pernah menyusahkan suami dan anak-anak. Dia bangkit dengan kekuatan yang memang sudah ada sekian lama dalam diri dia. Elok selepas pulih daripada kanser, diuji pula dengan suami yang menghidapi sakit buah pinggang. Akhirnya dia terpaksa mengalah untuk berhenti kerja, satunya kerana tidak boleh stres, dan yang paling penting adalah untuk menjaga abah. Sampai sekarang, ummi sentiasa setia menemani abah semasa abah menjalankan rawatan dialisis (cuci buah pinggang).
Apapun, aku tetap bersyukur. Keluarga aku mungkin tidak sempurna macam keluarga orang lain, cerita aku mungkin tidak seindah orang lain, tetapi aku bersyukur kerana masih diberi peluang Allah pinjam kan ummi dan abah. Tiada yang luar biasa pun hidup aku. Kadang tak sebulu dengan adik bradik, kejap kang baik balik. Hubungan silaturahim dengan sedara mara pun sentiasa baik. Dulu selalu macam tak puas hati nape la abah suka hangkut kami 6 beradik pegi kenduri. kami dah besar pun dia paksa jugak ikut. Bila aku dah kawin ni baru la aku faham. Itu semua "silaturahim". Memanjangkan silaturahim juga adalah salah satu bentuk kita menjemput rezeki.
Ok..cukuplah sinopsis Kisah Abah & Ummi sampai sini ye. Panjang-panjang nanti muak pulak nak membaca. Banyak mesej yang aku nak share dalam cerita ni. Yang baik jadikanlah teladan, yang buruk jadikan sempadan. "Nikmat apa lagi yang ku dustakan?"
Tata..jumpa lagi!

0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment