Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, January 3, 2017

SELAMAT DATANG TAHUN 2017!

Setelah sekian lama berdiam diri...akhirnya daku muncul jua..hahaha

Selamat datang Tahun 2017!

Terlalu banyak memori dan kenangan sepanjang tahun 2016 yang boleh diambil iktibar dan juga teladan. Soal kerja, soal keluarga, soal anak, setiapnya ada memberitahu aku ujian Allah itu adalah hadiah yang terbaik untuk kita. Ujian dengan kerja yang menekan, ujian dengan sakit yang menimpa abah, terus pula disambut dengan ujian putera kedua yang kesihatannya tidak mengizinkan. Allah memberitahu supaya aku ini perlu lebih banyak bersabar, jangan mudah mengeluh, jangan membanding hidup aku dengan hidup orang lain. Akhirnya, penghujung tahun itu terjawab lah segala persoalan. Serahkan semua kepada Allah, Sang Pencipta Yang Maha Agung, nescaya ada sinar menanti di hujung waktu. ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH.

Azam tahun 2017, lebih kepada mencantikkan jiwa dan rohani.

1.  Solat di awal waktu
2. Al-Quran - 1 hari, 1 halaman
3. Mengajar anak mengaji dan hafazan
4. Al Waqiah - selepas Maghrib
5. Kurangkan merungut
6. Mahu sihat tubuh badan - bmi ideal
7. Bawa anak-anak bercuti
8. Bekerja dengan sehabis baik
9. Kurangkan gosip hiburan
10. 1 hari 1 entri di blog. hiks

Semoga saya istiqomah!


 

1 yang mengekspresikan diri:

nhhas said...

Okay berfoto dalam top toe mirror dalam toi-let... hihi. Ni dah macam kategori amalan sejagat ni.
Hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...