Entri ni dah lama berkepuk dalam draf. Dah lama nak share dengan korang tapi tertangguh-tangguh. So, mintak maap diatas siaran tergendala yang agak lama.
Ini semua pun aku kongsikan based on pembacaan aku di laman-laman blog ibu-ibu yang menguruskan EBM untuk persediaan ke Taska atau Rumah Pengasuh. So, amik skit-skit ilmu tu, pastu kita gabungkan ikut kesesuaian kita.
So, antara peralatan yang perlu disediakan dan wajib ada, kalau boleh letak setempat je peralatan ni supaya mudah kita nak uruskan dalam kekalutan pepagi. Stepnya lebih kurang macam ni:
Bekas Ice Box (tahan 12 jam)
Gunting
Masking Tape
Marker Pen
Untuk ice box ni pulak, aku tak beli pun sebab parents aku yang bagi. Kebetulan diorang dapat free masa beli fridge tu, so ice box yang paling kecik ni diorang bagi la kat aku. So kalau korang nak tahu, selain mengangkut pepagi beg pam (Gabag) dan beg pakaian anak, aku juga akan angkut ice box ni hari-hari ke taska. Aku prefer guna ice box ni sebab ketahanan sejuk bekunya 12 jam. So, memang dah pesan kat Teacher untuk simpankan je semua stok EBM yang dibekalkan dalam ice box ni. Nak elak daripada bercampur dengan susu EBM budak-budak lain kat taska, lebih elok buat macam ni. So, kita pun memudahkan pengurusan EBM oleh teacher kat taska. Tinggal dipanaskan sahaja, then sedia untuk diberi kepada anak.
Aku standby jugak notes kat dalam box ni, just incase kalau ada teacher lain yang baru dan tak biasa nak handle EBM. So antara nota yang aku tulis adalah:
- Gunakan botol mengikut urutan 1, 2, 3, dan 4
- Setiap botol mempunyai 3-5 oz. Tempoh penyusuan adalah setiap 3-4 jam. Panaskan / Rendam kan botol susu hingga suhu 40 darjah celcius. Susu yang telah dipanas hanya bertahan selama 2 jam, jika ada lebihan, jangan gunakannya dan mohon untuk buang.
- Botol susu jangan digoncang. Hanya goyangkan hingga lemak susu sebati. Susu di dalam box ini telah dicairkan, dan tidak boleh dibekukan.
- Jangan campur susu di antara botol.
Seterusnya, boleh masukkan la botol yang telah diisi EBM mengikut urutan nombor. Biasanya botol no. 1 aku isi fresh milk yang dipam pepagi subuh, so akan standby terus kat luar sebab still suam lagi taknak campur dalam ice box ni. Untuk botol ke-2 EBM freeze yang dicairkan, botol ke-3, fresh EBM dari chiller, botol ke-4 kembali ke EBM freeze yang dicairkan dan botol ke-5, EBM fresh dari chiller. Camtu cara aku susun EBM. Kalau botol ke-5 tak habis still boleh simpan balik dalam chiller, kalau EBM freezer yang dicaikan tak boleh simpan, perlu habiskan dalam tempoh 12 jam dari time dicairkan.
Dah setel letak semua botol tu, aku akan tambah 2 ice packs untuk kekalkan suhu tu sampai ke petang.
So, macam tu la rutin aku hari-hari sepanjang breastfeeding journey. Stok sampai sekarang alhamdulillah masih tak putusputus lagi. Konsepnya kena rajin pam, hasilnya insyallah berbaloi.
Semoga bermanfaat!
Gambar ni masa mengepam di ofis time bulan puasa tahun lepas. Syukur alhamdulillah.
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment