Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Telekungnajwa. Show all posts

Wednesday, June 14, 2017

Projek Wakaf Telekung Anjuran PPTD Tahun 2017

#ProjekWakafTelekungPPTD2017

Bismillahirrahmanirrahim. Salam Ramadhan buat semua kaum muslimin dan muslimat.

"Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga (3) perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkannya dan anak soleh yang sentiasa mendoakan kepada ibu bapanya" - Hadis Riwayat Muslim

Antara HIKMAH yang terdapat di dalam ibadah WAKAF ialah:

🌷menzahirkan pengabdian diri kepada Allah swt
🌷sebagai langkah mendekatkan diri dengan Allah
🌷mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
🌷berkongsi manfaat dikalangan umat Islam
🌷ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah
🌷ianya secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan perkongsian aset umat Islam

Bermula bulan Ramadhan ini, Persatuan Pegawai Tadbir & Diplomatik (PPTD) menganjurkan satu projek WAKAF TELEKUNG dengan kolaborasi bersama Telekungnajwa.

Kepada sesiapa yang  berminat untuk memberi sumbangan berbentuk wakaf ini, ayuh kita ambil peluang ini untuk menyumbang telekung dengan nilai serendah RM30 sahaja bagi setiap telekung yang akan diwakafkan kepada kumpulan sasaran seperti yang tertera di poster ini. 

Untuk makluman semua, pengagihan telekung adalah secara berperingkat mengikut tiga (3) projek Kembara Ramadhan yang turut dianjurkan oleh PPTD. Tentatif program pengagihan telekung adalah seperti berikut:

🌷2-4 Jun 2017
Outreach Bubur Lambuk di Ulu Slim Perak

🌷16-19Jun 2017
Kembara CSR Kedah, Penang dan Perlis

🌷19 Jun 2017
Iftar PPTD di Putrajaya

Sumbangan daripada anda semua amat dialu-alukan untuk sama-sama kita menghulurkan bantuan meringankan beban. Sumbangan boleh terus disalurkan ke nombor akaun seperti yang tertera di poster. Saya mewakili pihak penganjur dengan rendah diri ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak TELEKUNGNAJWA di atas kesudian berkolabarosi bersama PPTD bagi menjayakan program wakaf ini. 

Semoga segala urusan kita akan dipermudahkan Allah. INSYALLAH. 

#WakafTelekung #TelekungWakaf #telekungnajwaXpptd #telekungnajwa #pptd #telekung #wakaf #Ramadhan

Tuesday, August 25, 2015

Telekungnajwa @Media

Rasanya mana-mana yang dah lama follow blog aku since tahun 2011 pernah terbaca satu entri aku mengenai Kisah Di Sebalik Telekungnajwa kan? Kalau sudi, boleh baca entri tu dulu ye. 

Saban hari, aku rasa bisnes Kak Ngah semakin maju selangkah demi langkah ke hadapan. Alhamdulillah, syukur..tumpang gembira. Tumpang gembira kerana apa yang Kak Ngah impikan semakin hari semakin dekat menjadi realiti. Melalui pemerhatian peribadi aku, sejujurnya Kak Ngah seorang yang sangat konsisten dan bersungguh-sungguh dalam apa jua yang dilakukan demi memastikan bisnes beliau kekal berada dalam momentum yang sama.

Kak Ngah tidak segan silu bertanya dengan guru-guru bisnes yang sudah berjaya dan lama berkecimpung dalam bidang perniagaan. Kerap menghadiri seminar perniagaan. Apa jua peluang yang dirasakan dapat menaikkan nama Telekungnjawa, beliau tidak ragu-ragu untuk mencuba rezeki di situ.

Bukan itu sahaja, beliau juga mula giat aktif dengan aktiviti-aktiviti sosial dan komuniti (CSR). Salah seorang team Telekung Project (kalau korang pernah dengan pasal ni). Yang pasti, kejayaan yang mula diukir ini bukanlah satu kejayaan mudah buat beliau. Bayangkan perlu menguruskan sendiri tiga anak-anak yang masih bersekolah, dalam masa yang sama menguruskan stok, membuat research produk, marketing lagi, menguruskan ejen dan dropship lagi. Memang tabik spring sama Kngah!

Berkat ilmu yang dipelajari..mungkin..berkat doa dan usaha itu sudah pasti..Tahun ini, Kak Ngah punya target nak cuba komersialkan Telekungnajwa dengan tahap lebih tinggi pencapaiannya. Sekurang-kurangnya adalah di soroton dan sisipan majalah dan akhbar. Bertambah-tambah menjadikan pengasas Telekung Siti Khadijah sebagai idolanya, yang kita sedia maklum merupakan perintis usahawanita yang berjaya komersialkan pakaian solat wanita ke pasaran yang lebih main stream.

Untuk perkongsian semua, dan khusus entri ini dinukilkan kepada Kak Ngah Yusniza, ini adalah tanda penghargaan dan kebanggaan saya yang terlalu sedikit pun sumbangan di atas kejayaan Telekungnajwa. Semoga bisnes Kak Ngah terus sukses dan sentiasa mendapat keredhaan Allah.

Telekungnajwa @Utusan

Ini adalah antara pencapaian terbaik Kak Ngah membawa Telekungnajwa bergandingan bersama usahawan-usahawan telekung sempena TelekungFest pada bulan Mac lalu. Saya kongsikan artikel dari akhbar Utusan di sini:

Dahulunya, pakaian solat bagi golongan wanita atau telekung hanya diperbuat daripada fabrik kapas berwarna putih dengan sedikit sulaman atau renda dan kebanyakannya diimport dari negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan China.
Pun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri pembuatan telekung di negara ini mula berkembang apabila pelbagai rekaan pakaian solat berada di pasaran dengan bermacam-macam fesyen dan jenis fabrik.
Malah tidak keterlaluan, perkembangan industri telekung di negara ini sedikit sebanyak menenggelamkan produk-produk telekung dari negara jiran sama ada daripada soal harga mahupun kualiti.
Bagi menyemarakkan industri itu, satu festival telekung, TelekungFest@Pasarnita telah diadakan di Marakesh Busana, Menara MARA anjuran Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita baru-baru ini.
Lebih 30 pengusaha telekung tempatan dari seluruh negara menyertai festival itu dengan mempamerkan pelbagai jenis corak dan warna telekung yang menarik serta menawarkan harga yang berpatutan.
Selain, pengusaha-pengusaha telekung popular seperti Siti Khadijah dan Al-Khauthar, festival itu turut memberi peluang pengusaha telekung kecil-kecilan memperkenalkan hasil tangan mereka yang sangat berkualiti dan unik.
Pelbagai telekung yang dihasilkan pengusaha dapat dilihat antaranya menggunakan fabrik lycra, kapas dan satin serta dengan perincian hiasan menggunakan renda, sulaman tangan dan tebuk serta corak kain gunting tampal.
Tidak hanya tertumpu kepada telekung golongan dewasa, pelbagai pilihan telekung kanak-kanak yang diperbuat daripada kain kapas berwarna-warni turut ditawarkan yang didatangkan siap bersama beg telekung yang comel.
Pada majlis yang juga dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis popular negara seperti Bienda, Mawi, Arja Lee, Fazurina dan Fauziah Ghous itu, turut diadakan acara pertunjukan fesyen daripada produk Siti Khadijah, Al-Khauthar dan Telekung Comel.
Dalam pada itu, Penasihat Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, industri pembuatan telekung di negara ini yang semakin mendapat tempat dalam pasaran wajar diperkembangkan agar Malaysia menjadi hab telekung dunia pada masa depan.
Katanya, industri pembuatan telekung perlu diberi penekanan kerana ketika ini pembuatannya telah mula mendapat tempat di pasaran.
“Malaysia mempunyai majoriti penduduk beragama Islam dan penggunaan telekung merupakan pakaian seharian. Sewajarnya pembuatan telekung menjadi industri yang perlu kita kuasai kerana kita mempunyai kepakaran dalam pembuatan itu.
“Oleh itu, kita berharap satu pusat industri telekung dapat diwujudkan tahun ini supaya kita dapat mengumpul pengusaha-pengusaha telekung tempatan dan bantu mereka memasarkan produk di sebuah lokasi khas seperti yang dibuat di negara jiran.
“Kita yakin, melalui inisiatif ini juga dapat memudahkan pelanggan memilih telekung yang bersesuaian dengan mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengasas Butik Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman memuji penganjuran TelekungFest apabila menempatkan ramai pengusaha tudung dari seluruh negara sebagai langkah awal memberi golongan berkenaan memasarkan produk mereka.
“Festival seperti ini yang mengumpulkan ramai pembuat telekung dari seluruh negara bukan sahaja dapat memberi peluang pengusaha telekung memasarkan produk mereka, malah orang ramai tidak perlu pergi ke merata butik untuk mendapatkan koleksi telekung berbeza kerana festival begini mengumpulkan banyak produk dalam satu tempat.
“Acara seperti ini sangat bagus dan perlu dianjurkan pada masa depan kerana telekung bukan sekadar pakaian, sebaliknya turut membawa budaya mewakili sesebuah komuniti, rakyat dan negara melalui corak, sulaman dan hiasan yang terdapat fabrik berkenaan,” katanya.
Bagi pengusaha telekung dalam talian jenama Telekungnajwa, Yusniza Yusof, festival yang julung kalinya diadakan itu dapat membantu pengusaha baharu sepertinya untuk memperkenalkan produk mereka.
“Kita bermula kecil-kecilan dan menggunakan medium laman sosial untuk mempromosikan produk kita, jadi program seperti ini sudah pasti membantu telekung yang dihasilkan untuk dikenali umum apatah lagi apabila dipasarkan bersama jenama-jenama popular,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/fesyen/telekungfest-satukan-pengusaha-telekung-1.73827#sthash.jrIANTGU.dpuf

Utusan, 26 Mac 2015:

Telekungnajwa @Majalah Anis

Ini pula, percubaan pertama Telekungnajwa di sisipan di Majalah Anis. Bemula sekadar dengan iklan tanpa artikel. Satu pencapaian yang tetap boleh dibangggakan! 

Telekungnajwa @Majalah Pa&Ma
Ini pula artikel yang bertajuk Bantu Si Kecil Belajar Solat di Majalah Pa&Ma keluaran Ogos 2015. Kali ini memang menfokuskan kisah dan latar belakang pengasas Telekungnajwa. Sangat-sangat teruja dengan write up daripada penulis ini. 

Tahniah untuk Kak Ngah..Semoga impian KakNgah nak melebarkan empayar Telekungnajwa ke serantau dunia insyallah akan berjaya. Saya yakin, berkat usaha gigih Kak Ngah, impian Kakngah akan menjadi realiti. Kami sekeluarga sentiasa mendoakan kejayaan Kak Ngah. Didoakan juga agar Kngah sentiasa diberi kesihatan yang berpanjangan. Ameen ya rabbal alameen...

Ok, kita akhiri dengan sedikit gambar model suam sendu ini.

*Model menggayakan Telekung Smocking, iaitu salah satu signature brand oleh Telekungnajwa. Wajib ada sepasang di rumah. Anda pasti berpuas hati dengan kualiti dan material produk ini!

Jangan lupa follow ig: Telekungnjawa (boleh intai-intai previous post di side bar)

Jangan terlepas update di fb juga, lebih banyak perkongsian ilmu di sana: Telekungnjawa

Boleh intai-intai cuci mata di website: www.telekungnajwa.my

Dahulunya, pakaian solat bagi golongan wanita atau telekung hanya diperbuat daripada fabrik kapas berwarna putih dengan sedikit sulaman atau renda dan kebanyakannya diimport dari negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan China.
Pun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri pembuatan telekung di negara ini mula berkembang apabila pelbagai rekaan pakaian solat berada di pasaran dengan bermacam-macam fesyen dan jenis fabrik.
Malah tidak keterlaluan, perkembangan industri telekung di negara ini sedikit sebanyak menenggelamkan produk-produk telekung dari negara jiran sama ada daripada soal harga mahupun kualiti.
Bagi menyemarakkan industri itu, satu festival telekung, TelekungFest@Pasarnita telah diadakan di Marakesh Busana, Menara MARA anjuran Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita baru-baru ini.
Lebih 30 pengusaha telekung tempatan dari seluruh negara menyertai festival itu dengan mempamerkan pelbagai jenis corak dan warna telekung yang menarik serta menawarkan harga yang berpatutan.
Selain, pengusaha-pengusaha telekung popular seperti Siti Khadijah dan Al-Khauthar, festival itu turut memberi peluang pengusaha telekung kecil-kecilan memperkenalkan hasil tangan mereka yang sangat berkualiti dan unik.
Pelbagai telekung yang dihasilkan pengusaha dapat dilihat antaranya menggunakan fabrik lycra, kapas dan satin serta dengan perincian hiasan menggunakan renda, sulaman tangan dan tebuk serta corak kain gunting tampal.
Tidak hanya tertumpu kepada telekung golongan dewasa, pelbagai pilihan telekung kanak-kanak yang diperbuat daripada kain kapas berwarna-warni turut ditawarkan yang didatangkan siap bersama beg telekung yang comel.
Pada majlis yang juga dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis popular negara seperti Bienda, Mawi, Arja Lee, Fazurina dan Fauziah Ghous itu, turut diadakan acara pertunjukan fesyen daripada produk Siti Khadijah, Al-Khauthar dan Telekung Comel.
Dalam pada itu, Penasihat Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, industri pembuatan telekung di negara ini yang semakin mendapat tempat dalam pasaran wajar diperkembangkan agar Malaysia menjadi hab telekung dunia pada masa depan.
Katanya, industri pembuatan telekung perlu diberi penekanan kerana ketika ini pembuatannya telah mula mendapat tempat di pasaran.
“Malaysia mempunyai majoriti penduduk beragama Islam dan penggunaan telekung merupakan pakaian seharian. Sewajarnya pembuatan telekung menjadi industri yang perlu kita kuasai kerana kita mempunyai kepakaran dalam pembuatan itu.
“Oleh itu, kita berharap satu pusat industri telekung dapat diwujudkan tahun ini supaya kita dapat mengumpul pengusaha-pengusaha telekung tempatan dan bantu mereka memasarkan produk di sebuah lokasi khas seperti yang dibuat di negara jiran.
“Kita yakin, melalui inisiatif ini juga dapat memudahkan pelanggan memilih telekung yang bersesuaian dengan mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengasas Butik Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman memuji penganjuran TelekungFest apabila menempatkan ramai pengusaha tudung dari seluruh negara sebagai langkah awal memberi golongan berkenaan memasarkan produk mereka.
“Festival seperti ini yang mengumpulkan ramai pembuat telekung dari seluruh negara bukan sahaja dapat memberi peluang pengusaha telekung memasarkan produk mereka, malah orang ramai tidak perlu pergi ke merata butik untuk mendapatkan koleksi telekung berbeza kerana festival begini mengumpulkan banyak produk dalam satu tempat.
“Acara seperti ini sangat bagus dan perlu dianjurkan pada masa depan kerana telekung bukan sekadar pakaian, sebaliknya turut membawa budaya mewakili sesebuah komuniti, rakyat dan negara melalui corak, sulaman dan hiasan yang terdapat fabrik berkenaan,” katanya.
Bagi pengusaha telekung dalam talian jenama Telekungnajwa, Yusniza Yusof, festival yang julung kalinya diadakan itu dapat membantu pengusaha baharu sepertinya untuk memperkenalkan produk mereka.
“Kita bermula kecil-kecilan dan menggunakan medium laman sosial untuk mempromosikan produk kita, jadi program seperti ini sudah pasti membantu telekung yang dihasilkan untuk dikenali umum apatah lagi apabila dipasarkan bersama jenama-jenama popular,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/fesyen/telekungfest-satukan-pengusaha-telekung-1.73827#sthash.jrIANTGU.dpuf
Dahulunya, pakaian solat bagi golongan wanita atau telekung hanya diperbuat daripada fabrik kapas berwarna putih dengan sedikit sulaman atau renda dan kebanyakannya diimport dari negara jiran seperti Indonesia, Vietnam dan China.
Pun begitu, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, industri pembuatan telekung di negara ini mula berkembang apabila pelbagai rekaan pakaian solat berada di pasaran dengan bermacam-macam fesyen dan jenis fabrik.
Malah tidak keterlaluan, perkembangan industri telekung di negara ini sedikit sebanyak menenggelamkan produk-produk telekung dari negara jiran sama ada daripada soal harga mahupun kualiti.
Bagi menyemarakkan industri itu, satu festival telekung, TelekungFest@Pasarnita telah diadakan di Marakesh Busana, Menara MARA anjuran Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita baru-baru ini.
Lebih 30 pengusaha telekung tempatan dari seluruh negara menyertai festival itu dengan mempamerkan pelbagai jenis corak dan warna telekung yang menarik serta menawarkan harga yang berpatutan.
Selain, pengusaha-pengusaha telekung popular seperti Siti Khadijah dan Al-Khauthar, festival itu turut memberi peluang pengusaha telekung kecil-kecilan memperkenalkan hasil tangan mereka yang sangat berkualiti dan unik.
Pelbagai telekung yang dihasilkan pengusaha dapat dilihat antaranya menggunakan fabrik lycra, kapas dan satin serta dengan perincian hiasan menggunakan renda, sulaman tangan dan tebuk serta corak kain gunting tampal.
Tidak hanya tertumpu kepada telekung golongan dewasa, pelbagai pilihan telekung kanak-kanak yang diperbuat daripada kain kapas berwarna-warni turut ditawarkan yang didatangkan siap bersama beg telekung yang comel.
Pada majlis yang juga dimeriahkan dengan kehadiran artis-artis popular negara seperti Bienda, Mawi, Arja Lee, Fazurina dan Fauziah Ghous itu, turut diadakan acara pertunjukan fesyen daripada produk Siti Khadijah, Al-Khauthar dan Telekung Comel.
Dalam pada itu, Penasihat Jawatankuasa Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, industri pembuatan telekung di negara ini yang semakin mendapat tempat dalam pasaran wajar diperkembangkan agar Malaysia menjadi hab telekung dunia pada masa depan.
Katanya, industri pembuatan telekung perlu diberi penekanan kerana ketika ini pembuatannya telah mula mendapat tempat di pasaran.
“Malaysia mempunyai majoriti penduduk beragama Islam dan penggunaan telekung merupakan pakaian seharian. Sewajarnya pembuatan telekung menjadi industri yang perlu kita kuasai kerana kita mempunyai kepakaran dalam pembuatan itu.
“Oleh itu, kita berharap satu pusat industri telekung dapat diwujudkan tahun ini supaya kita dapat mengumpul pengusaha-pengusaha telekung tempatan dan bantu mereka memasarkan produk di sebuah lokasi khas seperti yang dibuat di negara jiran.
“Kita yakin, melalui inisiatif ini juga dapat memudahkan pelanggan memilih telekung yang bersesuaian dengan mereka,” katanya.
Sementara itu, Pengasas Butik Siti Khadijah, Padzilah Enda Sulaiman memuji penganjuran TelekungFest apabila menempatkan ramai pengusaha tudung dari seluruh negara sebagai langkah awal memberi golongan berkenaan memasarkan produk mereka.
“Festival seperti ini yang mengumpulkan ramai pembuat telekung dari seluruh negara bukan sahaja dapat memberi peluang pengusaha telekung memasarkan produk mereka, malah orang ramai tidak perlu pergi ke merata butik untuk mendapatkan koleksi telekung berbeza kerana festival begini mengumpulkan banyak produk dalam satu tempat.
“Acara seperti ini sangat bagus dan perlu dianjurkan pada masa depan kerana telekung bukan sekadar pakaian, sebaliknya turut membawa budaya mewakili sesebuah komuniti, rakyat dan negara melalui corak, sulaman dan hiasan yang terdapat fabrik berkenaan,” katanya.
Bagi pengusaha telekung dalam talian jenama Telekungnajwa, Yusniza Yusof, festival yang julung kalinya diadakan itu dapat membantu pengusaha baharu sepertinya untuk memperkenalkan produk mereka.
“Kita bermula kecil-kecilan dan menggunakan medium laman sosial untuk mempromosikan produk kita, jadi program seperti ini sudah pasti membantu telekung yang dihasilkan untuk dikenali umum apatah lagi apabila dipasarkan bersama jenama-jenama popular,” jelasnya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/fesyen/telekungfest-satukan-pengusaha-telekung-1.73827#sthash.jrIANTGU.dpuf

Friday, April 25, 2014

Kisah disebalik TELEKUNGNAJWA

Entri kali ini nak berkongsi tentang salah satu perniagaan yang dimiliki oleh kakar ipar saya diberi nama Yusniza Yusof iaitu, Telekungnajwa. Pada awal permulaan bisnes telekung ini dijalankan, saya memberi dorongan dan sokongan dengan membantu dalam aspek yang lebih kepada marketing tools sahaja. Cuba yang termampu untuk bantu beliau buatkan blog, buat banner, create akaun FB. Benda-benda basic yang tidak terlalu teknikal. Bagi pemilihan produk, material kain dan juga pembekal semuanya diuruskan oleh Kak Ngah.

Alhamdulillah, kak ngah pun dah sembuh dan sihat sekarang. Kepada kawan-kawan yang tak tahu, dulu rasanya saya pernah ceritakan tentang penyakit kanser limfoma (lymphoma) atau kanser darah yang dihidapi oleh Kak Ngah. Implikasi daripada penyakit tersebut juga lah yang menyebabkan Kak Ngah berhenti kerja sebagai seorang engineer di salah sebuah syarikat telekomunikasi dan sekarang beliau boleh menumpukan sepenuh masa kepada bisnes Telekungnajwa ini. Bayangkanlah betapa tekadnya hati beliau. Beliau selalu berpesan kepada saya, rezeki ada di mana-mana.

Banyak sebenarnya kisah Kak Ngah sepanjang melawan kanser ini boleh dijadikan inspirasi. Ada satu cerita yang saya nak kongsi mengenai rezeki Kak Ngah dapat menunaikan umrah. Dalam keadaan Kak Ngah yang masih tidak sihat sepenuhnya, keluar masuk hospital, dengan kimoterapi entah berapa puluh kali, Kak Ngah gagahkan diri untuk menunaikan umrah. Semua duit simpanan beliau laburkan semata-mata untuk ke tanah haram, mungkin jauh sudut hatinya  memikirkan segala doa yang dipohon di sana dapat dimakbulkan Allah. Siapa lah yang taknak sihat walafiat kan?

Namun, hampir tiba beberapa hari beliau nak berangkat ke sana, doktor menasihatkan agar beliau membatalkan niat beliau memandangkan kesihatan beliau sangat tidak mengizinkan pada ketika itu. Seingat saya, ia berkaitan dengan darah putih yang menunjukkan keputusan darah tersebut tidak berada dalam keadaan yang baik. Lalu Kak Ngah akur...niat untuk sampai ke Tanah Haram terpaksa ditangguhkan dan lebih menyedihkan lagi duit yang dilaburkan lebur sebegitu sahaja.

Selang beberapa bulan selepas itu (seingat saya), saya dan suami dimaklumkan bahawa Kak Ngah akan berangkat menunaikan umrah bersama suaminya. Saya dan suami agak tertanya-tanya adakah duit yang dikatakan lebur itu dapat refund balik. Setelah kami bertemu, Kak Ngah memaklumkan bahawa ada sepasang suami isteri yang tinggal di Johor telah menaja Kak Ngah dan suami untuk menunaikan umrah. Difahamkan anak kepada suami isteri tersebut adalah pesakit limfoma yang mana sama-sama bertarung nyawa di wad yang sama dengan Kak Ngah dahulu telah dijemput dahulu bertemu Illahi. 

Indahnya rezeki yang Allah bagi..Seolah-olah seperti cerita drama tetapi inilah realiti yang dilalui oleh pengasas Telekungnajwa ini. Kak Ngah selalu juga berpesan kepada saya bahawa percayalah kepada rezeki. Beliau tahu bahawa saya juga seperti beliau yang terlalu menginginkan ke umrah. Beliau juga tahu bahawa betapa ralatnya hati saya bila simpanan nak ke umrah terpaksa saya laburkan di tempat lain kerana ada perkara yang perlu diutamakan.

Sesiapa yang berminat dan sedang tercari-cari dimana nak dapatkan telekung yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, TELEKUNGNAJWA ada jawapannya. Pelbagai jenis telekung yang di tawarkan seperti telekung travel, telekung lycra, telekung viscose dan yang pasti Telekung Smocking adalah signature beliau dan sememangnya anda akan berpuas hati dengan kualiti kain telekung ini. Selain itu, ada juga sejadah kanak-kanak, mini pelikat, telekung kanak-kanak dan pelbagai lagi.

Jemput la ke TELEKUNGNAJWA, tapi jangan terkejut bila tengok model yang menggayakan telekung tu. Yang sebenarnya Kak Ngah yang sepatutnya jadi model, tetapi disebabkan time photoshoot tu kak ngah sakit mata, terpaksalah saya jadi model terjun..hihi..Serius saya memang takda bakat..

Tak banyak yang saya boleh bantu Kak Ngah, doa saya semoga perniagaan Kak Ngah ini diberkati dan akan berkembang dengan jayanya. Kak Ngah orangnya sangat baik hati, suka bantu orang lain. Niat Kak Ngah itulah yang banyak menjemput rezeki bertandang kepada Kak Ngah.Alhamdulillah Kak Ngah sekarang dah ada tailor sendiri untuk menjahit telekung produknya.

Boleh Follow TELEKUNGNAJWA di link ini:

telekungnajwa

Tuesday, April 17, 2012

Jom Join 1st GIVEAWAY from Telekungnajwa

AHLAN WA SAHLAN!
Kali ni saya nak join 1st Giveaway from Telekungnajwa sebagai tanda sokongan saya pada my SIL, Kak Ngah (Yusniza). Untuk pengetahuan korang, kakak ipar saya ada menjual pelbagai jenis telekung untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa. Harga yang ditawarkan sangat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran. Actually, saya sangat kagum dengan semangat kental kakNgah kerana terus aktif berbisnes walaupun terpaksa menjalani radioterapi susulan daripada kanser lymphoma yang dihidapinya. Semoga KakNgah terus kuat menghadapi ujian Allah ini dan saya terlalu berharap agar kesihatan KakNgah kembali seperti sedia kala. Ameen...
Untuk itu, saya nak jemput kawan-kawan tersayang semua untuk join Giveaway ni sebagai tanda sokongan moral kepada beliau untuk terus kuat bersemangat meneruskan bisnes Telekungnajwa ni!!! Mana tau, berkat sokongan dan bantuan korang..bisnes kecil-kecilan beliau ini sedikit sebanyak dapat menanggung kos rawatan dan perubatan beliau...
Dengan syarat yang sangat mudah,
1. Letak tajuk entri seperti di atas (Jom Join 1st GIVEAWAY from Telekungnajwa)
2. Follow blog Telekungnajwa   (CLICK HERE)
3. LIKE dan SHARE (to public) fanpage kami dan berikan serba sedikit komen/promosi/cadangan mengenai Telekungnajwa. (CLICK HERE) 
4. Tag kepada 3 orang rakan. (saya nak tag lebih boleh?)
 MAMA ICHA
MAMA SAQLAIN
UMMI ILYAS
MAMA HUMAIRAH
MAMALEEN
Mudahkan? Jadi tunggu apa lagi, Jom Join 1st GIVEAWAY from Telekungnajwa! Hadiah yg menanti  adalah:-
1st prize: Telekung Q2 bernilai RM 80 ( mengikut size muka anda)
2nd prize: Telekung Travel Satin bernilai RM 29 -kaler mengikut stock yg ada eh..
3rd prize: Kain batik solat Cap Padimas bernilai RM 17
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...