Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, February 16, 2017

Birthday Party Anak : Tema "Army Camouflage"

Alhamdulillah syukur, tanggal 11 Februari 2017 yang lepas, Birthday Party Hadif dan Habil telahpun selesai terlaksana sudah. Apa yang pasti, semuanya dipermudahkan dan dapat diuruskan seperti yang dirancang.

Plan nak buat birthday party anak ni memang aku dah decide lama dah. Macam yang pernah aku share kat entri Birthday Party Checklist, aku akan plan 6 bulan sebelum yang mana paling penting dalam nak merancang birthday party ini adalah kemampuan kewangan atau sinonim dengan "bajet".

Bila anak dah bertambah 2 orang, makanya aku memang decide nak buat lebih sikit lah macam birthday party sebelum ni. Takda banyak beza pun, cuma aku ada tambah menu ais krim, tambah satu lagi kanopi kat compound rumah and paling rasa puas hati dapat buat goodies sendiri. Untuk goodies ni aku akan share special entry untuk korang ye.

Tema kali ini seperti biasa lah dipilih oleh anakanda Hadif. Kali ni katanya nak tema ganas sikit. So dia decide nak tema "askar". Nak ada kereta kebal la, machine gun, pump gun, bom dynamite la macam-macam la. Abang ni memang terpengaruh sangat dengan citer dalam filem. Dia memang suka lah tengok citer-citer action yang tembak kepala berkecai darah bertebaran ni. Ngeri lah. hahaha

Papepun yang paling penting sepanjang birthday party ni, anak-anak yang datang memeriahkan majlis sangat happy dengan pengisian aktiviti yang disediakan kan oleh Reno De Clown. This time memang aku rasa bebudak duk terpacak depan clown, memang ralit bebudak melayan karenah clown. 

Untuk menu birthday party kali ni, aku decide untuk tempah nasi ayam sebagai main course. Ada juga tempah nasi kerabu pure from kelate oleh makcik husband aku, then aku masak makaroni jugak skit. Untuk goreng-goreng pulak ada karipap, temosa, nugget, sosej. Untuk makanan manis-manis pulak ummi aku buatkan bubur kacang durian superb sangatt rasanya dan aku tempah juga choc cheese berhantu from biras aku. Next entry aku share ngan korang review setiap servis yang aku amik untuk birthday party kali ni ok!

Pape jom kita jalan gambar..


















Papepun aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang hadir ke birthday party Hadif dan Habil ya. Terima kasih jugak kepada semua ahli keluarga yang sentiasa setia menjadi tulang belakang majlis ni. Majlis ini adalah untuk meraikan anak-anak kami dan dalam masa yang sama dapat mengeratkan silaturahim dengan saudara mara dan sahabat handai. Nampak meriah tidak semestinya belanjanya mewah, rahsianya adalah perancangan yang tersusun akan membuahkan hasil seperti yang kita ingin kan. Insyallah. #ummithecheapskate

Tunggu next entri ya!

1 yang mengekspresikan diri:

Jepun Mari said...

nakkan sesuatu bukan mudah utk dpt, kdg2 berbulan2 kita planing sesuatu, kumpul duit from the start, bila sampi nak buat majlis tak la terasa sgt..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...