Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, December 16, 2013

Alhamdulillah selesai! : Misi bantuan Pasca Banjir

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah!!

Syukur sangat-sangat kerana urusan kami dipermudahkanNya. Betapa gembiranya rasa hati dan sanubariku ini taktala melihat sumbangan yang korang semua hulurkan melimpah ruah di bilik gerakan kami. Al kisah sehari sebelum misi ini bermula, perut aku penuh digelumangi rama-rama dek kerana risau dengan macam-macam la dugaan yang kami hadapi sepanjang misi ini bermula.


Dalam beg Ikea tu kami dah pakejkan semua famili akan dapat benda yang lebih kurang sama. So sampai sana, tinggal nak agihkan sahaja ikut bilangan famili yang ada. Dalam beg itam tu kami letak segala jenis sabun, tak sekalikan dengan beg biru tu satgi semua makanan dalam tu bau sabun..hehhee


Ini pampers terkumpul  yang korang semua sumbangkan dalam 3 hari je tau. Memang banyak, kami agihkan juga ikut keperluan keluarga. So, keluarga yang ada anak kecik akan dapat, yang tak da tu tak dapat la ek.


Ini gambar dari bilik gerakan kami. Ofis ni sebenarnya dalam proses perpindahan. Memang takda orang la kan. Macam kebetulan je tau-tau barang sumbangan ni banyak. Apa yang kami buat masa sorting, kami kategorikan semua barang ini ikut jenis dan keperluan. Pakaian pun kami sort jugak ikut gender dan golongan supaya senang diorang nak nak cari nanti.

Ini pulak section beg dan peralatan skolah. Memang seronok bila bekerjasama ni. Masing-masing datang ke sini macam dah tau apa nak buat. Macam aku cakap hari tu, kami pergi memang tak ramai, tapi tulang belakang misi ni memang ramai. Nak-nak part yang paling kritikal ni bab-bab sorting, packing and loading. Alhamdulillah jam 8.00 malam semua barang siap loading dalam lori.

Betul, benda yang baik Allah pasti permudahkan. Sebab tu aku sangat bersyukur kerana misi ini selesai dengan jayanya. Sasaran kami di luar jangkaan sebenarnya. Dalam sibuk memikirkan nak bantu satu kampung, rupanya bantuan sumbangan ini mampu menampung 3 kampung sekaligus. Bayangkanlah betapa banyaknya sumbangan yang korang bagi..

Kami bertolak ke Kuantan seawal jam 5.00 pagi. Pukul 4.30 pagi dah gegas gerak Hadif, kesian tapi bila sebut nak balik Kuantan Hadif memang eksaited. Dah mandikan dia pun ala kadar je asal ada la bau wangi tu kan. Then kitorang karpul je, 2 kereta dengan 6 orang kawan-kawan. Serius memang ada rasa kebimbangan melihat tenaga kerja yang akan membanting tulang tu tak berapa ramai. Tapi kami tetap positif dengan beranggapan adalah orang kampung yang akan membantu kami.

Tiba di Kompleks Penyayang JKM Kuantan pada jam 11.00 pagi. Kami berbincang dengan wakil JKM, En. Hamizan selaku PIC yang menguruskan bantuan banjir disekitar Pahang. Beliau menyarankan agar bantuan-bantuan yang berbentuk peralatan elektrik tidak diagihkan di pusat pemindahan memandangkan kuantiti barang tersebut tidak dapat menampung jumlah keluarga yang terlibat. Bimbang akan timbul pula ketidakpuashatian. Jadinya kami setuju dan terus menurunkan beberapa peralatan elektrik dan set pinggan mangkuk di situ. Beliau memberi jaminan bahawa barangan tersebut akan beliau agihkan kepada keluarga-keluarga yang amat-amat memerlukan terutamanya di kawasan pedalaman.

Setelah mendapat senarai pusat pemindahan daripada JKM, kami terus bertolak ke kawasan tersebut. Kawasan kampung yang akan kami agihkan ini masih ditelenggami air dan impian untuk hantar dari rumah ke rumah tu terkubur. Ada juga rasa ralat disitu tapi apapun misi tetap diteruskan. Hasil perbincangan kami berenam, kami memang decide akan agihkan semua barang tersebut di pusat pemindahan mengikut senarai jumlah keluarga yang berada di pusat-pusat pemindahan tersebut.

Kami ke Kg. Cheruk Paloh, Kg. Semangat dan Kg. Ubai. Ketiga-tiga kampung ini masih ditelenggami air dan penduduk masih tidak dapat pulang ke rumah. Mereka juga perlu bersiap sedia menghadapi gelombang kedua yang dijangka berlaku pada 15 - 18 Disember ini. Apapun kita berdoa lah sama-sama agar gelombang ini tidak akan berlaku lagi.





Ini Pusat Pemindahan di Dewan Serbaguna Kg. Semangat. Hampir 500 orang mangsa disini dan korang tengoklah betapa tidak selesanya mereka disini. Tapi apa yang kami kagum kerana mereka tidak putus-putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak. Kat sini kami loading tak banyak sangat barang sebab kami tengok dah banyak sumbangan disini terutamanya stok makanan. Kami hanya loading sumbangan pakaian je disini.

Ini di pusat pemindahan SK Kg. Ubai. Last pitstop kami disini. Ada 53 keluarga yang berada di pusat pemindahan ini. Alhamdulillah kanak-kanak sekolah rendah dan menengah dapat semua beg sekolah yang disumbangkan. Sebenarnya di Cheruk Paloh pun kami sempat agihkan beg skolah mengikut jumlah pelajar di kawasan tersebut. Di Kg. Semangat je kami tak dapat nak agihkan beg skolah memandangkan kuantiti beg skolah tak dapat menampung jumlah kanak-kanak disitu. Jalan yang lebih adil, kami pilih untuk tidak agihkan di situ.


Mungkin..mungkin..mungkin kami menjalankan misi ini secara "freelance" omputeh kata, tak bersandarkan pada pihak ketiga, adalah salah satu faktor kami tidak terbeban dengan apa-apa arahan dari semasa ke semasa. Buat kerja amal ni, tak pressure langsung cuma pada awal tu hanya dugaan dengan transport. Bila dah dapat lori, lebihan pulak  muatan. Dah kena tambah lori. Akhirnya segalanya dipermudahkan Allah. Last day before nak gerak, 4 lori nak offer angkut barang sumbangan ni. Memang kami terharu sangat especially sokongan dari kawan-kawan. Meeting pun dalam wassap je, 3 hari collect barang tu pun viral via emel, fb, dan instagram, bab dana pulak memang 100% dana daripada korang di luar sana, tiada langsung dana khas yang kami terima dah sangat cukup dapat membantu mereka di sana.



Dikesempatan ini, kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu kami merealisasikan misi ini. Bermacam-macam bantuan yang kami terima daripada korang semua dan kami hanya mampu mendoakan bahawa anda semua dipermurahkan rezeki. Sikit ke banyak tu hanya nilai fizikal, apa yang penting adalah tingginya nilai kemanusiaan dalam diri kita.

Terima kasih...JAZAKALLAH!!!!


Dari kami bukan siapa-siapa,
2 mak budak, 2 bapak budak, 2 anak dara 

Tuesday, December 10, 2013

Misi Bantuan PASCA-BANJIR

Assalamualaikum semua,

Kepada rakan-rakan di FB mungkin sudah sedia maklum dengan misi bantuan ini. Alhamdulillah, tiba-tiba terpanggil untuk menjalankan misi ini bersama sahabat-sahabat yang lain. Pada mulanya rasa kurang yakin nak teruskan, tetapi atas sokongan dan bantuan rakan-rakan di kementerian lain, saya meneruskan hasrat ini dengan niat ingin membantu sedaya mampu yang boleh.

Kita sedia maklum banjir kali ini merupakan antara banjir terburuk yang pernah dicatatkan terutamanya di daerah Kuantan. Kebanyakan daripada mangsa tidak menjangka bencana ini akan memusnahkan semua harta benda mereka memandangkan paras air naik sehingga mencecah bumbung kediaman mereka.

Menyoroti pengalaman saya yang pernah terlibat dengan kejadian seperti ini pada sekitar tahun 2001 yang lalu, ia cukup terkesan dan mungkin kerana inilah menguatkan hati saya untuk cuba membantu mangsa-mangsa banjir walau pun dari jauh. Dahulu pun dah terasa sayu melihat harta benda di kediaman rakan-rakan di Sg.Isap, tetapi kali ini bertambah sayu bila melihat kediaman lama kami di Taman Uda berdekatan dengan Kg. Belukar turut musnah akibat bencana ini.

Benar, orang kata harta boleh dicari. Nyawa pula tidak boleh dijual beli. Alhamdulillah syukur rata-rata rakan-rakan dan saudara mara saya selamat. Ada yang tinggal di pusat pemindahan dan majoritinya tumpang di rumah keluarga/saudara mara yg lain sementara menanti air surut. Tetapi, kita perlu ingat, berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas beban akibat bencana ini.

Kali ini kakak sulung saya adalah antara yg kurang bernasib baik. Beliau menyewa di Sg. Isap. Sudah tentu tiada satu barang pun yang dapat diselamatkan kerana air naik begitu deras. Abang ipar hanya dapat selamatkan dokumen penting sahaja dan selebihnya terpaksa ditinggalkan dengan perasaan yg sangat pasrah dengan ketentuanNya.

Hiba hati bila kakak menghantar gambar setelah banjir surut. Harta benda bergelimpangan dirumah. Pakaian anak-anak, peralatan ke sekolah, peralatan elektrik semuanya rosak dan tidak digunapakai lagi. Sedih mengenangkan nasib beliau sekeluarga namun semua ini pasti ada hikmah disebaliknya.

Atas dasar kemanusiaan, pasukan kami yang secara tak langsung pun ditubuhkan, cuba membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuantan bagi membantu meringankan beban mereka menghadapi ujian ini sama ada secara fizikal atau emosi.

Apa yang kami lakukan? Viral maklum kepada rakan-rakan di semua kementerian untuk sama-sama berganding bahu membantu dalam memberi sumbangan pelbagai bentuk. Asalnya, hanya menerima sumbangan berbentuk fizikal, bukan berbentuk wang ringgit. Namun, ada juga rakan-rakan yang tinggal jauh di negeri lain yang turut ingin membantu. Jadi kami bersetuju untuk menerima bantuan bentuk wang ringgit. Duit sumbangan yang kami terima ini akan kami tukarkan kepada barang-barang keperluan isi rumah yang boleh meringankan beban mereka selepas banjir. Dan secara prinsipnya, kami namakan ini sebagai #misipascabanjir.







Antara sumbangan yang diterima...



Keperluan yang kritikal

Wednesday, November 13, 2013

Deko Rias: Ruang Foyer / Ruang Masuk Rumah

Ruang foyer atau lebih mudah difahami dengan ruang masuk rumah merupakan satu sudut atau ruang yang agak minimal jika dibandingkan dengan ruang-ruang lain yang ada di kediaman kita. Bertambah pula dengan rekabentuk rumah sekarang yang lebih berkonsepkan moden, ruang foyer ini kadang-kadang terlalu sempit dan mungkin kita hanya mampu meletakkan satu atau dua barang sahaja untuk tidak kelihatan terlalu sesak di situ.

Ruang foyer ini bersebelahan dengan ruang tamu. Jadi pandangan saya, jangan memandang remeh atau melupakan ruang foyer yang kecil ni kerana ia boleh memberi impresi positif kepada tetamu yang datang terhadap tuan rumah. Ruang inilah yang menggambarkan keseluruhan ruang kediaman kita kerana ruang ini lah yang tetamu akan mula-mula lihat kan..






Saya hanya meletakkan sofa bed yang disaratkan dengan beberapa gumpal bantal disitu. Haha simple je sebenarnya. Paling suka sebab ada bingkai gambar pokok tu berlatarbelakangkan wallpaper 3D textured color silver. Cermin besar yang berbingkai putih tu pula sengaja diletakkan disitu sebagai effect ruang nampak lebih luas. Sebenarnya adalah niat dihati nak letak console table betul-betul bawah cermin tu tapi nantilah kita tengok bajet meng ijin kan ke idok..hehe

Sengaja juga letak sofa bed kat situ sebab rasanya macam lebih praktikal. Rak kasut pun dekat je, so nak pakai kasut lebih mudah la bila ada kerusi kan. Siap pakai kasut, ngadap pulah cermin ni kasi kemaskan apa yg patut.  Plus nak duduk layan tengok tv dari foyer ni pun boleh, tetamu datang adalah la tempat nak duduk kalau tetamu segan nak duk ruang tamu. Lagi pun ruang tamu pun pakai sofa L-shape je. So ramai mana je kan yang boleh duduk..



Zoom in sikit wallpaper kat foyer ni. nampak tak ada shining dust tu..Suka sangat wallpaper ni. Untuk foyer ni juga, saya tak menggunakan lampu yang fancy sangat sebab siling foyer ni sangat rendah. So far saya just guna downlight je. Rumahkan berkotak-kotak, ada part yang siling tinggi sangat, ada yg rendah sangat..fenin jugak bila nak menghias ni..huhu

Less is more, less is comfortable!

Sharing is caring!! =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...