Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, October 5, 2015

Cara Susun Atur Pakaian Harian Anak

Ini juga susulan daripada entri Susun Atur di entri yang lalu. Nak share dengan korang susun atur ni mana tahu boleh la korang try apply di rumah. Setakat 2 minggu ni, alhamdulillah sistem susun atur ini sangat praktikal dan memudahkan.

Sebut pasal memudahkan ni, sebenarnya aku dapat idea ni dari beberapa sumber yang di share di FB. Aku tengok macam sepintas lalu je, tapi lupa nak park kat wall sendiri. Basically aku nampak idea ni macam berguna dan sangat boleh membantu husband yang tugas hariannya adalah menyiapkan Hadif pepagi serta bekalan pakaian harian Hadif untuk sesi daycare di sebelah petang.

Kalau pepagi tu aku dah siap agihkan tugas dah. Aku akan siapkan iron baju Hadif then husband akan siapkan dan hantarkan Hadif ke sekolah. Untuk sesi petang pulak, aku take over. Macam tu la hidup suami isteri, kena tolak ansur mana yang boleh. Lagipun kami takda bibik, kalau tak aku yang acting jadik bibik, takda orang lain melainkan suami sendiri. Kat rumah memang dah ada tugas memasing. Berkira tak hengat kalo ada tugas yang tak setel tu...sanggup tinggal buat tak tau je semata tu bukan tugas memasing. Hahaha...

Idea ni jugak sebenarnya aku tergerak hati nak buat atas sebab ketidaksengajaan en suami yang telah tesilap pairing baju daycare abang dengan kain pelikat. Masa aku pi amik abang dari sekolah, memang tetanjat sangatlah nengok ke abang berbaju tshirt dengan kain pelikat. Kain pelikat ni memang purposely untuk dia solat di masjid/surau je. Aku macam tak tahu lah nak maroh atau nak gelok ke laki aku yang selamber dia je pairing kan macam tu. Yang Hadif pulak as usual lah, muka habis konfiden. Siap cakap, esok nak pakai lagi..sebab sejukkk..beranginnnnn katenyerrr...hahaha




Basically aku amik idea lebih kurang macam ni. Susun Atur ni memang khusus untuk baju daycare Hadif dari Isnin hingga Jumaat sahaja. Untuk weekend tak perlu lah sebab si omaknya pandai lah nak dress up kan anak lagu mana kan. Biasanya weekdays memang pepagi tu kan rushing. Masa tu la nak carik suar nak match dengan baju, carik spentot pulak hilang..Jadik bila dah ada sistem macam ni, aku rasa sangat la membantu.

Tapi, aku kan dasar sejenis ummi yang cheapskate. Hahha..Aku cuba berfikir di luar kotak dengan menggunapakai apa yang ada dalam bilik Hadif ni. Hasilnya lebih kurang macam ni...

Pocket set ni tak silap aku dapat hadiah masa Hadif setahun kot. Pernah la letak mini books la ape laa tapi rasa macam berkecah pulak. Lastly aku simpan je benda alah ni. Tak sangka boleh timbul idea nak jadikan sebahagian daripada projek susun atur dalam bilik Hadif ni.

Aku kategorikan pakaian ikut hari. Cuma ada extra poket tu dah takda idea nak letak apa, so aku letak aje lah hari sabtu/ahad tu just incase kan aku outstation time weekend.

Berdebor jugak lah nak nengok ke hasilnya. Tapi alhamdulillah. Berhasil jugak akhirnya. Setiap satu poket tu ada sepasang baju dan seluar. Kira muat-muat la jugak. Untuk sementara waktu aku lekat pakai masking tape je dulu before nak cari idea nak print label cecomel skit kan. Jimat pun jimat..hihihi


Beginilah lebih kurang pandangan sisi dari bilik Hadif setelah projek susun atur siap dan selesai. Banyak lagi benda tertunggak tak setel nak deko-deko bilik abang ni. Still tengah cari gali idea nak berhias.

Sharing is caring!


Friday, October 2, 2015

Cara Mudah Lipat Pakaian Yang Berpasangan

Seperti yang dijanjikan dalam entri Susun Atur yang lepas, hari ni nak share dengan korang cara yang paling simple menyusun atau melipat pakaian yang berpasang-pasangan. Maksud yang lebih mudah, baju yang kita beli akan bersekali dengan seluar.

Kebiasaannya, kalau untuk baju anak-anak, baju tidur lah yang selalu berpasangan kan. Ada jugak la skit-skit cecampur dengan baju pakaian harian yang selalu kita beli pi holiday ke kan. Macam baju I love Bali ke, Langkawi ke, Sabah ke, gitu la lebih kurangnya..

So, pada hari ini sukacita nya disini nak share dengan korang cara mudah dan paling cepat nak susun pakaian berpasangan ni. Nampak macam kurang kemas sikit sebab tahap ketebalan 1 set pakaian ni macam tak konsisten. Tapi tak ngape lah, asalkan ia praktikal dan mudah disusun. Haa.. gitcuuu...

Ayuh kita mulakan dengan 3 langkah mudah.


 1. Lipatkan baju seperti gambarajah di atas.

2. Ambil seluar yang yang telah dilipat dua, kemudian tindihkan di atas baju tadi seperti gambarajah di atas. Kemudian bawakan hujung baju lipat ke dalam, kemudian diikuti dengan hujung baju yang satu lagi. Ulang langkah yang sama untuk lipat seluar tu jugak.

3. So hasilnya, korang akan dapat satu lipatan macam dalam gambar ini. Tadaaaa....


4. Sedia untuk disusun kemas dan rapi di dalam drawer.

Ok done!

Sharing is caring!

Thursday, October 1, 2015

Susun Atur Almari/Drawer Pakaian Anak

Agak lama betul tak berkumandang di teratak sendu ini. hihi...pastu mula lah stuck kejapp nak start menulis lagu manaa nihh..

Ok baiklah, just straight to the point aje lah. Hari ni nak share dengan korang susun atur almari dan drawer (laci) anakanda Hadif. Mood rajin ini biasanya akan merasuk bila ada sesuatu yang sangat kritikal perlu dibuat. Maksudnya disini, idok lah aku sengaja merajinkan diri nak bersusun atur bagai dengan keadaan perut yang semakin membesar sekarang ni kan! (28 weeks oredi mehh)..

Seperti mana korang sume pun tahu, kalau korang ni pembaca tegar blog suam sendu ini lah kann..Aku kan sejenis ummi yang cheapskate..kalau boleh semua benda nak murah, lawa dan berkualiti dan paling penting praktikal opkoss..Jadiknya, disebabkan adik abang bakal keluar bulan 12 ni, aku perlu bersiap sedia untuk sediakan rak pakaian atau apa jualah benda yang boleh diisi pakaian si adik kelak.

Disebabkan itu, aku rasa macam rak si abang ni patut inherit ke si adik. Bukan..bukan..bukan sebab diskriminasi adik bradik. Orang selalu kan cakap, si adik selalu dapat barang second hand dari abang/kakak. Tapi pada aku tak boleh la kita terus nak label itu tanda kasih sayang kot. Kalau ini pilihan paling praktikal, makanya pada aku ini la pilihan yang terbaik. Sharing is caring kan!

Si adik dapat wardrobe si abang sebab wardrobe lama si abang ni kurang sesuai dengan saiz baju si abang yang sedang mengalami tumbesaran ni. Makanya pada aku, daripada aku sumbat je sume baju abang dalam wardrobe padat ni, adalah lebih baik kalau aku belikan si abang wardrobe/drawer yang sesuai dengan umur dan juga faktor independency yang sedang aku didik dia sekarang ni.

Setelah beberapa sesi tinjauan di buat ke atas pemilihan wardrobe/drawer, setelah dikira tolak tambah darab bahagi..aku memilih drawer material plastik di HomePro, IOI City Mall. Harga memang terbaik, opkoss yang paling murah RM120. Suka sebab design smart, kaler putih, ketinggian separas dengan si abang, dan ada 4 drawer yang memasing ada peranan masing-masing. Kenapa aku pilih drawer ni? Kenapa tak beli Ikea? banyak sebab kenapa aku tidak menyokong barang Ikea especially yang melibatkan DIY ni. Nanti la bebila aku share ye..

Inilah drawer yang tak seberapa gah yang berjaya aku menyusun atur pakaian abang di dalamnya. Serius rasa sangat berbaloi beli, sebab apa yang aku plan semuanya menjadi realiti. Cuma side atas yang korang nampak berlabel siap bagai tu memang unplanned project. Itu kira macam roh rajin bagi extra works and bonus nya dapatla terhasilnya satu lagi susun atur untuk pakaian harian.(will blog about this on my next entry, k!)

Ok jom kita cekidaut hasil susun atur pakaian abang yang dah siap sedia kemas disusun rapi dalam setiap drawer ni..thank u to abang sebab berjaya menyeru roh rajin merasuk dalam badan umi sampai hampir umi diserang cramp perut duduk bersila melipat kain bersama abang...hiihi

Drawer paling bawah - ini semua tempat letak seluar abang. Seluar panjang di bahagian belakang, seluar pendek di bahagian depan. Ada sebab kenapa seluar panjang ummi park kat belakang. Sebab seluar panjang biasa nya pakai pi outing, seluar pendek or 3 quarter ni selalu pakaian ke daycare abang. So, kekerapan lebih tinggi untuk suar pendek ni in and out. Haa..gicuuu..

Drawer ke-2 dari bawah - ini segala mala tshirt abang. Iyelah boboi kan. Ini aje yang paling banyaknya. Tshirt round neck paling banyak, mana yang berkolar tu ummi park kat belakang sebab faktor kekerapan jugak lah. Cara lipatan macam ni sebenarnya banyak sangat pekdahnya. Satu, kurang berkecah kalo nak dibandingkan dengan kita lipat dan susun menegak. Kedua, kita boleh nampak semua baju yang kita ada. Cuma kontranya, abang lagi lama termenung depan ni sambil berlengging, sebab rambang mata tak keruan nak pilih baju mana pilihan di hati yang nak dipakai.


Ini pulak, drawer ke-3 dari bawah - ini special untuk semua pakaian yang berpasangan. Most of them baju tidur abang lah. Abang dari kecik memang diajar tidur berpakaian kemas satu set lengkap baju dan seluar, cuma terkadang kalo daddy yang siapkan daddy main belasah aje pakai baju lain suar lain. Disebabkan masalah itu, ummi pun cuba mencari penyelesaian terbaik untuk mengatasi si daddy menyiapkan abang dengan kemas dan tidak kelihatan kg.com. hihi (next entry jugak k!)

And last but not least, drawer terakhir dan terpaling atas. Patut drawer ni la duk bawah sekali. Tapi aku memikirkan faktor keberatan. Sengaja letak seluar di drawer bawah sekali sebab tahu dah suar jeans memang berat kan. Maklumla material plastik tapi insyallah tahan lama. Tapi kena fikir long term jugak, mana tahu lelama melendut jugak kan. So, kita parking la segala jenis pakaian yang berunsurkan "inner", di letakkan di bahagian drawer paling atas ni.

Done setel susun atur drawer. Ini pulak wardrobe abang. Insyallah soon wardrobe ni akan berkongsi denga si adik. Semua jenis pakaian yang bukan la jenis "basahan" atau dalam erti kata lain, ini pakaian yang comel-comel skit la dari hat dalam drawer tu. Semua nya akan disangkut dalam ni. Ada baju Melayu, sweater, wedding suit, kemeja dan sebagainya. Yang bawah aku gulung-gulung tu sebelah kiri blanket and sebelah kanan towel dia. Lebih kurang macam tu jela...

Inilah serba sedikit perkongsian mengenai susun atur drawer dan wardrobe pakaian anak teruna ku. Terima kasih kepada kawan-kawan lain atas perkongsian idea ini. Banyak sangat belajar daripada kengkawan blogger lain.

Tunggu next entry ok!

tata,..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...