Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, June 16, 2011

Racun Halus

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa hidayat pertunjuk dan agama yang benar (Agama Islam)" (28, Al-Fath).
Sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW;
“bukan dari golongan kami orang yang menyihir atau meminta bantuan kepada ahli sihir.”

Dalam hadist lain disebutkan, abu hurairah r.a mengatakan, bahwa Rasulullah Muhammad SAW bersabda;
“barangsiapa mendatangi dukun lalu membenarkan apa yang dikatakannya, maka ia sungguh-sungguh telah kafir atau ingkar terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad saw.”
Jumaat lepas, saya follow my husband out station ada program di Cheringin Hills, Janda Baik. Sambil duk menunggu my husband balik bilik hotel, saya buka tv, kebetulan rancangan Al-Kuliyyah baru bermula. Tajuk nya pada hari tu ialah Racun Halus. Agak-agakla, apa yang korang faham dengan tajuk tu? Bila saya tengok je tajuk tu dipaparkan dibawah skrin tv tu, terus dah boleh agak topik apa yang akan diperbincangkan pada hari tu.
Racun halus atau lebih dikenali sebagai "santau" merupakan salah satu ilmu sihir yang digunakan oleh mereka yang mempunyai hasad dengki / dendam kesumat yang niatnya untuk memusnahkan mangsa atau keluarga si mangsa. Perbuatan ini adalah ditegah dan dilarang sama sekali diamalkan oleh umat Islam. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
 Al-Kuliyyah telah menjemput seorang ustaz iaitu Al Fadhil Ustaz Sharhan Shafie yang mana ustaz ini telah berkongsi tentang ilmu perubatan Islam dan juga telah membuat demo semasa rancangan tersebut dijalankan dengan mengubati pesakit santau secara langsung!! Subhanallah!! Pertama kali saya melihat secara "live" bagaimana semua alat-alat santau seperti paku karat, pisau jilid, kaca-kaca keluar dari mulut pesakit tanpa setitik darah pun mengalir. Di maklumkan juga bahan-bahan tersebut turut keluar dari kemaluan si mangsa. Nauzubillah!!! Seriau tengok semua tu!! Ustat membantu pesakit dengan dibaca ayat-ayat al-Quran dan diikuti dengan laungan azan. Kasihan sunggun melihat pesakit tu menahan kesakitan. 
Tujuan utama ustaz Sharhan membuat demo secara langsung tu adalah untuk membuka mata umat Islam agar mempercayai wujudnya amalan santau di kalangan manusia  pada hari ini. Saya sempat menulis beberapa petanda awal jika seseorang itu terkena sihir santau ini. Antaranya ialah:
1) Batuk berlarutan
2) Batuk berdarah
3) Sakit / lenguh belakang
4) Ibu hamil yang keguguran kandungan dibawah 3 bulan
5) Nafas berbau
6) Bawah mata biru
7) Kuku biru @ gatal macam miang
 
Menurut ustaz Sharhan, santau juga memberi petanda di dalam mimpi ketika kita tidur. Antara tanda-tandanya ialah:
1) Mimpi ular
2) Mimpi jatuh dari tempat tinggi
3) Mimpi dikejar binatang buas / berbisa
4) Mimpi benda-benda tajam
5) Mimpi bayi (mendukung/menyusu)
6) Bangun tidur ada lebam dibadan

Kebiasaannya santau ni dibuat dalam 2 keadaan, iaitu santau melalui makanan dan santau melalui angin. Menurut ustaz juga santau biasanya diuruskan oleh "jin 1st class". Saya tak tau definisi 1st class ni macam mana tapi boleh faham sendiri kot. 
Kalau kita nak pegi berubat dengan mana-mana "ustat", kita juga dinasihatkan agar berjumpa sendiri dengan ustaz tersebut kerana khuatir orang yang dikatakan "ustaz" tu menggunakan cara yang bertentangan dengan agama Islam. Bukan apa sekarang kan ada perubatan cara "jauh". Kadang-kadang ramai yang mengaku ustaz, tapi kita tak tau sejauh mana penggunaan kaedah-kaedah perubatan secara Islam yang dimaksudkannya itu. Antara tips yang ustaz tu bagitau untuk kita tau sama ada ustat yang berubat tu guna cara islam or tak adalah:
1) Tidak sesekali menggunakan kemenyan (ada asap-asap..Jauhkanlah kerna asap adalah makanan kegemaran jin!!)
2) Tidak memulakan sesuatu perbuatan dengan Bismillah
3) Mengagung-agungkan kebolehannya, bukan keagungan Allah
4) Meminta pengeras (duit, pulut, ayam..etc)
5) Memberi tangkal hikmat (kononnya)
6) Menamatkan perubatan tanpa memuji Allah (Insyaallah, alhamdulillah..)

Inilah antara info yang dapat saya kongsikan kepada semua. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana.
Kita tidak disuruh untuk taksub kepada ilmu sihir ni tetapi memadai jika kita mempercayai kewujudannya.
Wallahualam.
p/s: Saya tau mungkin ramai kawan-kawan diluar sana yang memerlukan info mengenai perubatan Islam oleh Ustaz Sharhan ni. Untuk maklumat dan keterangan selanjutnya, boleh layari laman web Ustaz Sharhan di SINI.
~end~

3 yang mengekspresikan diri:

Nurul aziyana said...

moga dijauhkan perkara2 mcm ni..takut n hidup pun xsenang

aboyandnick said...

Ok hari ni kami akan kongsikan anda mengenai
"sejarah tentang makanan iaitu pai".
pernahkan anda tahu dari mana datangnya pai ini ???
untuk mengetahui dengan lebih lanjut jom kita bersama berkongsi di:
http://dapurbujang-aboyandnick.blogspot.com/2011/06/sejarah-tentang-makanan-pai.html
Persoalan ini harus dirungkai....
jom kita tengok sama2, jangun lupa follow blog kami untuk mengetahui lebih banyak lagi....

Kemn Azmaili said...

aziyana,

insyaallah..semoga kita dilindungi dibawah lembayung rahmatNya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...