Salam to all my dear readers!
Mintak maaf banyak sangat sebab dah lama kot tak menghapdet belog. Last week saya balik kampung husband, atuk husband telah kembali ke rahmatullah. So, terpaksa la amik EL 3 hari sampai lah hari Jumaat. Then terus shoot balik ke Kuantan sebab esoknya nak kena attend Majlis Pertunangan adik sepupu ku. Memang kena balik la sebab saya kena jadik makandam nye..huhu.. (nanti i upload pic dia hasil sentuhan saye ye..)
Okay, berbalik kepada tajuk entri diatas..just nak share dengan korang yang rumah kami di Tiara Heights telahpun siap sepenuhnya dan selamat untuk diduduki. Sekarang kitorang tengah tunggu CF je, then dah boleh berkira-kira nak buat apa yang patut skit before kitorang masuk rumah tu.
Last 2weeks, saya dan husband bawak my parents melawat rumah.. Dah tau dah rumah kitorang nombor berapa!! Best, sebab nombor tu ada kaitan dengan saya dan husband jugak!! hehe..Sebelum ni geran hanya tulis no. lot sahaja. Bila tengok rumah sendiri, baru la tau berapa nombornya. Semua dah siap, playground, badminton court, jalan raya kecuali surau belum dibina lagi. Tapak dah ada, cuma nak tunggu dibina je then perumahan kami sudah lengkap dengan kemudahan awam..
Kebetulan masa datang tu, pagar rumah kami tak berkunci, so boleh la intai-intai dari luar pintu dan tingkap kedaaan di dalam rumah kami tu.. Bukan apa, saja nak cari ilham dekorasi..Tak sabar nak deko-deko ni, idea dah ada..tinggal nak implement je..Tapi before nak deko-deko ni, kena makesure grill siap dipasang, kitchen kabinet pun sama, lampu kipas pun sama..Nak kena tengok balik Checklist yang saya buat hari tu..
Tapi itulah, kitorang tak sure lagi bila nak pindah ke TH ni. Kalau ikutkan kemungkinan besar saya akan menjalani kursus 6 bulan yang akan bermula bulan Jun ini. Tapi ada pulak yang cakap bulan April..itu yang merungsingkan kami..Kalau saya kursus bulan 4 ini, alamatnya lepas habis kursus la baru boleh nak berpindah-randah..sob..sob..sob..
26 yang mengekspresikan diri:
lawa umah..nanti boleh panggil eric tolong deco kan..hehe
bestnya!!nanti bt house warming jangan lupa ajak k!=)
waaaa...cantik umah:)
tahniah....
rumah cantik2 sangat..wish one day sy pon mampu ada home sweet home secantik ni :)
Ohh..dah siap gak ye..xlame lagi dpt kunci n masuk umah trus la yer..Hopefully xdela prob sgt.papepun kena check btul2..btw..umah baru mmg cantek..Like!
cantik rumah baru u. i like 10x. :)
@Irfa
tq dear..eric leong? alamak, tak cukup ongkos la nak hire dier..hehe..
@Cindellyna Aja
okay, xlupenye..nanti buat house warming sekali ngan birthday hadif! =D
@laskar pelangi
tinkiu!!..
@Luv like this....
tq dear..insyaallah akan dapat satu hari nanti =P
@F.Nesyita
itula,,kena check betul2 defect tu kan..btw, thanks fa..
@Lina Chan
thanks chan2.. :)
waaa cantiknyerrr..selamat mendeko-deko..
nnti share idea and hasil deko ek..bolehla jadi sumber inspirasi..hee
wah tak sabarnye nak masuk rumah baru.bila la agaknyer nak dpt kunci kan?
bolehla tiru idea deco deco..hehe
selamat berneighbour...
cantik le umah awk...suke sgt2....
gile tak cantek? cantek sangat.. tahniah :)
cantiknya rumah!sama la tgh tunggu dpt kunci je,rumah dah siap.marilah kita sama2 bersabar.heheh
@aThidEaN
alhamdulilah..syukur sangat..oh nak settledown kat negeri kelahiran ke?xpela..mane2 pun sama..i pun kalau boleh nak je cari rumah kat pahang..sapa la yg xnak balik kampung asal kannn..hehe
@rDnA
thanks dear..ok..nanti dah masuk umah i share ye.. =D
@Mrs.aisheiteru
hye jiran to-be!! tak sabar sangat..hehe..
okey boleh je.. =D
@noridaramli
thank u dear..alhamdulillah rezeki.. =D
@mama ZZ
thanks dear.. ^____^
@Nur Raihana Abd Rahim
tak sabar kan..hehe..
cantiknya rumah....besar plak tu
@Atia Adina
Thanks dear, tak besar mana pun..sederhana je..
@linda zainudin
ok dear, nnt i email..
Post a Comment