Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, May 9, 2012

RESEPI: MI GORENG BERANTU KAKPAH =P

Assalam semua..

Sory kawan-kawan this week ahkak agak busy dengan PopScarf. Nak buat stock clearance before nak launch our new stock next week. Entri pasal update rumah pun ahkak kena hold dulu sebab entri rumah kena tulis dalam keadaan tenang..Kalau dalam keadaan rushing macam ni, ahkak takut penulisan akak terpesong ke lain..hehehe

Okay, actually tajuk resepi kat atas tu macam gempak je bunyinye. Gempak tak gempak mana la sampai 2 orang mak buyung mengidam request nak resepi mi goreng kak pah ni. hihi..Semalam dapat mesej from my senior Kak Malin mintak resepi ni. And bila bukak je FB, dalam masa yang sama kebetulan pulak Kak Enoh mintak resepi yang sama. Fyi, both of them are mak buyong ye..So, untuk tidak menghampakan mak buyong mengidam mi goreng kak pah a.k.a Ummi Kemn, today i post special entry ni untuk Kak Malin & Kak Enoh.

Selamat Mencuba ye! 
[Penat kakpah menaip mesej panjang bebenor..hehe]

Bahan-bahan:
- 1 bungkus mi kuning
- 4 sudu besar cili sos (Life)..psstt..kalo bukan Life tak rasa sama tau..hehe joking!
- 30 cts taugeh
- setangkai sawi (dipotong)
- 15 ekor udang
- 5 biji fishball dibelah 2..kalo belah 4 tak sama rasa tau..hehe..gurau lagik!
- 2 biji telur

Bahan untuk dikisar dengan sedikit air:
- lada kering 10 tangkai (direbus dahulu)
- bawang kecil 10 ulas
- 5 ulas bawang putih

Cara-cara:
- Panaskan kuali dengan sedikit minyak
- Masukkan bahan-bahan yang dikisar
- Masukkan telur, biarkan seketika kemudian kacau
- Masukkan cili sos, udang, garam, penambah perisa secukup rasa (ajinomoto), gula satu sudu besar, kicap 2 sudu besar.
- Masukkan sedikit air dan kacau
- Masukkan mi yang sudah dibasuh tadi
- Masukkan sawi
- Akhir sekali masukkan taugeh, balikkan/kacau hingga sebatu dan terus angkat
- Sedia untuk hidangan!


4 yang mengekspresikan diri:

dhr said...

tp kan akak rs mmg betul kalo gune sos cili cap lain, lain rasa dia. sb akak mmg guna sos life, tp hr tu tputus bekalan plak.kwn sini bg pinjam cap lain mmg xsame rs dia mcm selalu tu.

aThidEaN said...

kemn,thanks for sharing.mesti sedap ni.rasa mcm mee mamak eh?

tapi kemn, ada satu ayat tu, balikkan/kacau hingga sebatu dan terus angkat..
ehhe..comel la kemn..

Kemn Azmaili said...

@dhr

cili sos Life memang terbaekkk!

Kemn Azmaili said...

@aThidEaN

okay, typo sebenarnya..tp malasla nak edit..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...