Assalamualaikum semua,
Akhirnya hari ini barulah kemn boleh update blog tanpa gangguan. Setelah hampir berminggu-minggu sibuk dengan segala macam perkara nya, akhirnya setel jugak satu persatu. Alhamdulillah kemn dah pindah teratak baru. Syukur sangat pada Allah kerana dengan rezeki yang diberi, dapat juga kami mempunyai tempat berteduh dengan hasil titik peluh sendiri. Kami start pindah hari Rabu lepas. Dengan bantuan pack mover yang kami rasa sangat berpuas hati dengan servisnya, akhirnya berjaya jugak semua barang dipindah ke rumah baru dalam keadaan selamat dan seperti sedia kala. Nanti kemn share pasal mover ni ek.
So, hari ni macam nak share dengan korang semua tentang konsep pilihan dekorasi dan hiasan di rumah. Kepada yang dah pernah mengikuti entri deko-deko sebelum ni, korang pun mesti dah tau apa pilihan konsep kediaman yang saya suka. ;)
Moden Minimalis. Simple dan praktikal. Kemn memang suka konsep ni sebab bukan sahaja mudah untuk dihias, tapi mudah jugak maintanence nye. Bertambah pulak bila dah anak kan. Setakat hiasan ornamen-ornamen kecil memang takkan jumpalah kat rumah ni. Macam tak tau anakanda beta lagu mana kan. Kang tak sempat nak melawa bagai, habis ranap semua deko-deko ai tau! hehe..
Setakat hari ini, kemn sempat deko-deko sikit je rumah ni. Mengemas pun tak sempat, tapi sibuk je nak mendeko kan? hehe..eksaited tau nak mendeko bila dah ada rumah sendiri. Nak-nak memang kita design sendiri, memang puas hati...Jom layan gambar skit..
Ruang Makan. Counter bar tu tambah sendiri & request nak letak sinki bowl sekali. Senang skit tetamu takyah menyesak nak masuk dapur somel saye tu..hehe |
Pandangan Ruang Tamu dari sudut dapur. Langsir tu ada corak damask yang simple je. Ingat nak langsir plain je, tapi rasa macam boring pulak plain sangat. |
Set pinggan mangkuk ni baru bukak hadiah kawin ok! Sangat jatuh hati sebab cantik dan kaler tu..hehehe..Aci tak nak pakai taknak letak dalam lemari? hehe |
Jam ni kitorang redeem point masa Maybank Treats Fair hari tu. Nice kannn? |
Frame ni pulak beli masa Renovation Expo kat PWTC. Memang dah lama aim frame ni.. |
Deko untuk lanskap skit-skit je..Kena cari pokok yang senang nak jaga.. |
So, setakat ni je dulu yang bleh share dengan uolsss..Part-part lain memang still in progress. Masih tengah mengemas lagi. Nanti dah siap semua, kite share ye. Now, saya masih tengah fikirkan idea nak mendeko rumah comel ni..Agak mencabar nak menghias rumah ni. Sebab walaupun rumah semiD, tapi saiz bahagian atas rumah ni jauh lebih comel dari rumah kuarters dulu. Seksa ahkak nak memikior mana nak letak barang tau!...hehe..
Bye!
15 yang mengekspresikan diri:
cantiknya rumah kemn :)
cantik kemn.. mesti nak biru kan? hehehe
kak dian suke sgt set pinggan mangkuk awak tu! skg tgh minat dengan set pinggan mangkuk ni. very the makcik2kan?hehe...
cantiknye, yuyu suke semua la...boleh jdkan idea jgk ni..
@fiszah_pjo
thanks dear..biase je lah...jemput la datang rumah ye..
@MRS. K
thanks dear..biru tu haruslah! hehe
@aThidEaN
takpe athiey..caiyok2!!! hehe
@dhr
kannnnn...pinggan ni teringat pinggan mangkuk umah tok nyang kiterrr..hehhee
@yuyu jannah
boleh..bolehh...xda masalah..sile lah sile...hehe
kemn... mmg superb la... klu dapat menghias rumah sendiri mmg best. bila la nak dpt rumah besar cmni.. T_T
cantik3x..xsabar nak tengok bila dah betul2 siap deko nt. :)
@Allene
thanks dear..btw, rumah kite tak besar mana pun..saiz lebih kurang teres je yang..ala..rumah saiz apa pun boleh deko2 tau..yg penting kita kena pandai suai padankan perabot..mesti nampak cantik jugak kan.. ;)
@[DnaZz]
thankss babe!!.. tunggu ye..nanti kite share ye..hehe
cantik rumah...
Kemn - tolong share u order kat mana kids furniture tu thanx
Post a Comment