Hai semuaa..
Dulu dah pernah share dekorasi kampung halaman saya di Kuantan. Kediaman ni terletak di Bukit Pelindung, memang jauh ke dalam skit nak sampai rumah parents saya ni. Kawasan nya memang tenang, aman damai. Before ada banyak perumahan dan sekolah dibangunkan di kawasan ni, malam-malam kami memang boleh jelas dengan deruan ombak Laut Cina Selatan. Memang syiokkk..Husband kalau balik Kuantan dia kemain suka sebab dia cakap tido syiok tak rasa nak bangun. hahaa
Kawasan ni memang akan terkedalam. Betul-betul bersebelahan dengan Hutan Bukit Pelindung. So korang boleh imagine macam mana awal-awal kami duduk sini terpaksa berperang dengan jin-jin dan hantu..Memang scaryyy okay! Tapi bila kawasan ni dah banyak diterokai, banyak dah perumahan yang dibangunkan..lama kelamaan dah makin kurang cerita-cerita mistik kat sini. Al maklumla..dalam hutan..atas bukit..dekat dengan pantai pulak tu..hikhik
Tapi, yela orang kata..tempat jatuh lagi dikenang. Buruk cemaner pun, scary cemaner pun..balik kampung, tidur tilam sendiri, bantal sendiri..tetap best kan!
Before ni saya kongsikan gambar di ruang tamu, so hari ni saya kongsikan gambar-gambar lain seperti di foyer, ruang makan dan kawasan landskap di luar rumah.
RUANG TAMU
RUANG MAKAN
Kawasan luar rumah ni memang sarat dengan tumbuh tumbuhan hijau je. Ummi memang suka bercucuk tanam pokok-pokok bunga yang kaler hijau. Lagipun senang nak jaga. yang penting air kena cukup..
Setakat ni jela perkongsian dekorasi untk hari ni. Nanti kalau ada masa saya kongsikan ruang dapur dan bilik tidur pula ya. Semoga dapat memberi inspirasi kepada anda semua. Ingat tau, tak semestinya rumah kampung tak boleh deko-deko..Yang penting kita tau apa pilihan konsep kita..See ya!
9 yang mengekspresikan diri:
Cantiknya...
comel.. suka akan kehijauan tanaman kat luar tu.
ruang tamu nampak mewah
cantik rumah ummi. cam ni maybe bukan rumah kg sgt...lokasi jek kg. rumah kg betul papan...suka byk pokok hijau. rajin ummi kemn
saya mcm penah tgk je kwsn rumah ni.. btw rumah saya kat pelindung damai. 3 lorong lps sk pelindung.
Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi.
Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)
@IeRA
Terima kasih sis..
@cik hani
ruang tamu tu kegemaran ummi jugak..tq sis..
@fazianbatrisyia
yeke..tapi kami panggil ni kampung kami..hehe..betul la tu sis, kalau betul2 kampung, rumah papan kan..rumah parents saya ni lokasi dan suasana nya memang kampung..
@myxa
owh pelindung damai dekat depan ye..kalau macam tu betul la apa yang awak pernah tengok tu..jemputla ke rumah nanti..hehe
Post a Comment