Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, September 8, 2015

24 weeks oredi mehhh...



Alhamdulillah syukur, pejam celik bangun baring mengiring bergolek, kandungan aku dah pun mencecah 24 minggu. Setakat progress 24 minggu check up di KK Presint 18, Putrajaya, kandungan baby tiada masalah syukur Ya Allah. Yang tak habis-habis tak stabilnya adalah mok dia ni lah. *___*

Pernah aku up entri pasal ibu hamil anemia kan? So, secara nyata dan jelasnya aku berada dalam kategori tersebut. Daripada kena makan sebijik iron fosforus, tambah 2 biji, tambah 4 biji, kemudian tak naik-naik bacaan lagi, tukar pulak dengan Iberet, and yang terbaru ni aku ingatkan bacaan Hb dah meningkat seems aku pun macam dah gagah sikit..rupanya Hb aku drop! Ya Allah..marah betul dengan diri sendiri. Apa pasal dengan aku ni? Mula lah nak bermonolog macam-macam.

Bila bacaan Hb aku drop, doc advise untuk tukar ubat lagi. Dangg! Katanya ubat ni lagi power sebab kandungan iron yang tinggi kuasa kuda kateko. Aku macam layankan je la doc..dah makan macam-macam still macam ni. Peti ais kat umah tu dah macam kedai buah. Hari-hari pepagi aku keje ngunyah jambu batu. Balik keje plak aku makan buah oren. Kenkadang hujung minggu aku gagahkan diri buat lauk bayam masak air. Pepagi kat ofis, kalau takda kerang, aku makan limpa/hati/paru. Itu belum citer segala jus delima, VCO softgel, susu kambing yang aku amik bila rasa perlu. But, hasilnya still Hb tak naik-naik. Arghhh…

Sekarang dah upgrade ke Zincofer. Cara nak consume sama je macam Iberet. Cuma kesan daripada makan zincofer ni rasa jauuhhh lebih teruk! Almost everyday aku muntah, sakit perut and cirbir. Letih, lesu, lemah semua ada. Korang imagine macam mana everyday jugak aku drive sejam nak sampai ke ofis. Belum masuk jeng prengg nak ke hadap time nak pergi and balik ofis. Balik keja, sampai rumah aku dah melompat ke dapur nak masak. Harus kena masak awal, cuben ai kan macam orang cina makan awal. Tapi ada masa yang aku balik langsung takleh nak buat apa, aku memang akan terus baring je..time tu barulah cuben tapaukan makanan.

zincofer, air jus and air masak
Aku selalu je sampai ofis, akan rasa lemah (after consume zincofer). Aku selalu share dengan ofismate aku, Maz. Kebetulan dia ada kenalan doctor. So, bila dia tanya kawan dia pasal ni, rupanya memang kebanyakan patient yang consume ubat ni memang akan mengalami benda yang sama macam apa yang aku rasa sekarang.

So, apa yang disarankan adalah tukar cara pemakanan ubat tu. Aku rasa ibu-ibu di luar sana mesti dah tahu kan cara pemakanan tablet iron ni macam mana.

Opsyen 1: Makan ubat masa perut kosong. Makan dengan air masak atau air buah. Setengah jam lepas tu baru boleh makan pape makanan.

Opsyen 2: Makan makanan dulu. Lepas 2 jam makan, baru amik ubat. Ubat tu pun sama lah kena bersama dengan air masak/air buah.

Biasanya aku pilih opsyen 1. Bukan apa, senang skit sebab boleh telan sesiap kat rumah pepagi before nak gi kerja tu. Kalo opsyen 2 ni, aku risau takut aku ter skip. Paham la bila dah sampai ofis, duk ngadap bos, ngadap kerja, ngadap pc..pastu dah terlupa..

Tapi aku sekarang ni memang kena makan dengan cara Opsyen 2. Ini yang disarankan oleh kawan Maz, doctor tu. So, far Alhamdulillah dah 3 hari aku consume cara macam tu, aku takda rasa nak muntah. Cuma rasa letih tu ada la sikit-sikit lagi.

Next week check up lagi, disebabkan aku ni kategori ibu hamil berisiko..so dari awal check up memang dah kena pi follow up 2 minggu sekali. Hopefully result Hb naik lah. Hari tu elok dah kemain happy naik 10.5 gm. Tapi ni turun balik 9.3 gm. Semoga semuanya baik-baik saja, insyallah.

6 months preggy mommy

3 yang mengekspresikan diri:

Unknown said...

Salam tuan rumah. Sekadar nak share.. Masa preggy anak ke2 HB saya below 11. Memanjang 10.++. Untuk anak ke3 saya cuma consume 2 biji pil iron yg dibekalkan oleh klinik desa. Normally saya memang makan semua pil yg diberi, iron+ asid folik + b comp sebelum tidur + vita c Shaklee. Saya ada dnasihatkan doktor swasta supaya makan pil2 tersebut waktu malam. Dan siang hari saya minum susu kambing sejak sebulan yang lalu. Alhamdulillah HB telah naik daripada 11.1 kepada 11.9 bulan.

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Shu @ Mrs. Hamid said...

Kemn, boleh try vitalea shaklee, shu pun ada masalah ni masa pregnant, pil iron 4 biji hari2, I beret, bay am, kerang segala apa makanan yg org cakap leh naikkan HB semua shu cuba, x naik2 gak. Try vitalea seminggu je, next check up, HB terus naik... baru x kene Bebel ngan nurse

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...