Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, September 9, 2015

Nampak kuat tu ada sebab....



Usia kandungan kira dah 6 bulan, tapi perut aku tak mengembang pun lagi. Ramai sangat tegur aku tak nampak macam peknen pun. Aku sendiri pun heran jugak, sebab masa peknen kan Hadif dulu time usia kandungan 6 bulan macam ni, memang perut kembang bulat semacam nak bersalin dah rupanya. So far, bila pi check up misi pun cakap ok je. Saiz perut pun sama je dengan usia kandungan. Misi cakap maybe perut aku jenis padat, itu yang tak berapa nampak baby bump tu. Tak ngape lah, asalkan baby sihat, sempurna aku dah rasa syukur sangat-sangat.

Bila orang tengok aku dari luaran nampak sihat ceria gembira je. Sampai bosses kat ofis pun tegur, “you ni pregnant tp I tengok cergas je, bagus ye you…nah amik ni tambah keja..”. haha.. yang last tu aku tambah je, sebab aku dah faham maksud tersirat bos-bos ni.

Excuse me, takkan la aku nak layankan je sakit letih pening lesu ni? Dengan kerja yang cukup buat aku stress ni aku rasa ia langsung tak membantu nak setelkan setiap satu persatu work task yang diarahkan. Plus, aku ada anak yang perlu diberi perhatian, dididik, diberi makan. Kalau lah aku duk layankan sakit pening aku ni, jangan kata nak pegi kerja, nak layan anak dan suami pun aku rasa tak kuat.

So, apa yang aku buat adalah cuba sentiasa positif. Mind set perlu terus positif. Perlu rancang sebaiknya apa yang perlu diselesaikan untuk setiap hari. Baik kerja di ofis, ataupun kerja di rumah. Selain daripada tu, aku cuba praktik untuk bangun solat tahajud. Mintak sungguh-sungguh dengan Allah supaya beri kekuatan pada aku untuk lalui kesukaran ini dengan lebih mudah. Korang imagine la husband aku almost every week outstation. Macam mana aku nak survive bila dia takda disisi. Usah kata nak bangun pagi, nak celik mata pun kalau ikutkan berat sangat rasanya. Nak uruskan anak hantar dan amik dari skolah.

Masa Hb aku rendah sangat time early pregnancy hari tu, lagilah rasa down. Aku langsung takda tenaga. Rasa macam pemalas ya rabi tuhan aja yang tahu. Seminggu aku rasa sedih tengok Hadif sebab aku langsung takleh nak masak untuk dia, dengan husband aku takdanya. Sampai anak aku kurus nampak tulang gitar dia. Sedisss…

Aku nak singgah kedai nak tapau makanan pun tak larat. Sampai aku menangis depan Hadif, aku mengadu kat dia aku rasa letih sangat. Thank god Hadif memang anak yang sangat cepat matang. Boleh bercerita dengan dia, boleh ngadu dengan dia, and dia faham dan sampai tahap pujuk dan advise aku macam-macam.Huarghhhh…

Belum citer aku survive driving ke ofis lagi. Nak ke ofis ada la tenaga lagi walaupun sangat lesu. Tang nak balik ngadap jem lagi tu memang aku bercinta sangat nak start enjin keta. Kerap jugak la aku menangis sensorang dalam kereta punyalah nak survive sampai ke sekolah hadif.

So, korang boleh imagine kan macam mana gigihnya aku nak lalui semua ni?

Semuanya kerana terpaksa ku relakan jua. Bila dah hari-hari ko hadap benda ni, ko paksa diri ko buat, dah rasa macam redha…ko dah rasa immune. Dah rasa macam layan kan aje la. Takkan sebab keadaan aku macam ni, aku tak bagi husband aku kerja..aku tak bagi anak aku makan..and paling teruk..aku tak kerja?

Doa doa doa dan terus berdoa. Pagi petang siang malam aku doa. Mintak pada Allah beri kekuatan pada aku. Kalau betul aku ditakdirkan perlu hadap anemia ni sampai aku lahirkan bayi dalam kandungan aku ni, aku redha..tetapi berilah aku kekuatan dan paling penting peliharalah kandungan ku ini.

Aku nak tarik aura positif tu..aku buat dengan cara aku..Kalau pi kerja, aku takkan pegi dengan keadaan serabai ayam. Aku make up macam biasa lah. Taknak nampak muka sakit pucat kuning lesu ni. Aku rasa aku akan rasa down bila orang akan cakap muka aku nampak tak sihat. And benda tu automatically akan buat rasa negative laju je menyinggah.

Sampai ofis, aku breakfast dengan kawan-kawan ofis. Syukur ada kawan-kawan yang positif juga. Bukan jenis berdengki. Suasana harmoni je. Selesa kawan dengan diorang. Sebab masing-masing ada anak, masing-masing jaga penampilan, so boleh sharing macam-macam dengan diorang. Yes. Itu juga buat aku positif.

Kerja pulak macam mana? Stres memang stress. Serius aku tak tipu. Memang rasa agak pressure dengan work task yang perlu aku hadap sekarang. Aku memang tak suka share pasal kerja sebab aku rasa banyak benda yang negative dari positif. So untuk mengatasi masalah stress dengan kerja, aku akan make sure aku siapkan kerja before dateline. So that bila ada pindaan daripada bos, aku masih ada ruang dan masa nak tambah baik.

Bila stress sangat kerja, rasa kesian dengan baby dalam kandungan ni. Pada aku, cukupla 8 jam aku stress dengan kerja. Sampai rumah aku memang takkan bukak citer pasal stress kerja unless kalau stress tahap impak maksima yang boleh buat aku nangis! Tahap tu baru aku akan share dengan husband aku.

Yang husband aku ni pulak kontra dengan aku. Dia bila stress kerja, dia suka bawak sampai ke rumah. Pastu amik peluang nak korek citer stress aku kat ofis. Benda ni selalu buat perang dingin kat rumah. Haha..Aku pulak jenis tak suka citer pasal kerja. Dia plak fefeeling prihatin nak selami masalah kerja aku. Memang tak layan sangat. Dah pulak ada si abang sorang tu kan. Hadif dia tau dah, kalau si daddy bukak citer pasal kerja, dia akan terus je sound, “Asik asik citer pasal kerja..asik asik citer kerja..balik rumah jangan la citer pasal kerja..dengarlah citer pasal skolah abang pulak”. Mendapat kan dapat anak bertuah macam ni? hahaha..setepek kena kat daddy.

Aku rasa perjalanan dari rumah – ofis – rumah lebih kurang 2 jam (pergi dan balik) ni banyak juga bantu aku kurangkan stress. Aku keluar lebih kurang pukul 6.50 pagi. Masuk kereta, niat terus “Ya Allah, sesungguhnya aku keluar pada pagi ini mencari rezeki hanya untuk mendapat keredhaanMu, Kau permudahkanlah urusan pekerjaanku pada hari ini.”..Lepas tu je, aku akan pasang cd zikir atau Juz Amma dulu sampai la jam 7.30 pagi aku on radio Ikim.fm. untuk dengan Program Motivasi Pagi. Durasi progam tak lama dalam 5-10 minit je tapi terlalu banyak manfaatnya. Lebih kurang pukul 7.50 pagi akan sampai ofis.

Bila balik dari ofis pun sama. Kalau aku balik ontime pukul 5pm, aku dapat dengar macam-macam segmen petang di radio Ikim. Ada segmen Ibrah, Usrah, dan macam-macam lagi. Penceramah jemputan pun yang hebat-hebat. Selalu jugak la nangis sensorang bila dengar ceramah. Betul-betul muhasabah diri. Bila dah habis segmen tu, aku on balik cd zikir/Juz Amma. Bila rasa teringin nak dengar lagu lain, baru la aku tukar chanel radio Melayu lain.

Sebelum tidur aku akan spent time dengan abang dengan menghidangkan Bedtime Stories. Daripada citer fairytales sampai ke Sirah Nabi aku ceritakan pada dia. Aku rasa abang sukar nak terima logic akal bila aku citerkan kisah-kisah dongeng ni. Banyak pertanyaan yang aku takleh jawab dengan logic. Iyelah, macam mana aku nak kata Ikan duyung tu wujud dan boleh bercakap zaman millennium ni? haha

Abang dibesarkan di sekolah berorientasikan Islam (little caliph). Aku sangat-sangat yakin cerita yang diperdengarkan di sekolah langsung tak berkait dengan cerita dongeng. Sebabnya bila aku bukak citer Sirah Nabi, abang tak banyak soklan. Abang dengar dan cuba faham kisah disebalik sirah nabi ini. Abang faham Islam, Allah, Syurga, Neraka, Dosa, Pahala, Malaikat dan Nabi. Kalau dia bertanya pun, aku memang boleh jawab dengan logic. Nampak kan kesan didikan di sekolah pada anak?

Segala apa yang aku buat ni dengan harapan anak dalam kandungan aku ni tenang. Tenang bila mendengar zikir dan ayat quran. Tenang bila aku ceritakan pada abang kisah-kisah Nabi. Ini saja cara yang aku mampu buat setelah 8 jam di ofis bergelut dengan stress. Aku harap anak aku dalam Rahim ni akan lebih kuat daripada aku. Aku terpaksa tolak tepi rasa penat, letih, pening dan stress kerana semua yang aku ceritakan di atas ni.

Bilanya aku berehat?

Yes. I am truly super multi tasking mommy. Dan aku percaya ramai ibu-ibu di luar sana yang jauh lebih berat ujiannya nak dibanding dengan aku. Pernah aku dengan tazkirah pasal banding membanding ni. Kata ustat macam mana nak didik hati kita bersyukur, kalau soal duniawi, jangan la kita bandingkan orang yang tinggi hartanya, bandingkan orang yang kurang harta daripada kita. Kalau soal ukhrawi, bandingkan la orang yang tinggi imannya dari kita, jangan pula kita bandingkan orang yang imannya kurang daripada kita. Lebih kurang macam tu la, wallahu alam.
Muke tembel

Inilah sebabnya aku kena kuat...dah habis membebel..tata

p/s: bercakap pasal bedtime story sirah nabi, abang dah pilih nama adik dia berdasarkan Sirah Nabi. Syukur, Alhamdulillah. Nasib jugak abang takpilih ikut bedtime story Fairytales. Kalo idok, acaner abang request suh letak nama Snow White or Pinochio? *___*

1 yang mengekspresikan diri:

Ilyana AS said...

Salam kemn... sy setuju sgt dgn post kemn kali ni. kita ni bnyk persamaan. Looking good is a way to get the positive vibes. Bukanlah kita nk ckp kita ni cantik.. tp bila kita make up sikit2...nmpk lg presentable n bertambah yakin.. n semua tu will lead to a positive day.

Satu lagi sama...i pn mmg suka dgr ikim fm..balik kerja msti bukak ikim fm...time 530 tu mmg time pling berharga sekali utk kita dgr tazkirah2 dr pakar2 agama secara FREE! sy harap sgt makin ramai bukak mata dgn ikim fm ni. banyak sgt manfaatnya tu.

sy faham perasaan awak struggle utk nmpk sihat di mata org because I am going through the same path as well...cuma penyakit je lain...org pn x tau sy ade penyakit ape coz i always make sure I look good every day. We are strong InsyaAllah... Semoga kemn diberi kesihatan yg makin baik n semoga pregnancy kali ni berjalan lancar...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...