Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, September 4, 2015

Bilik Tetamu 2.0 dah bertukar cadar patchwork

Korang mana yang ada godek-godek entri pasal Bilik Tetamu ni, mesti dah tahu kan yang rumah aku ni ada dua Bilik Tetamu. Pehh sampai dua tak tahan macam la ramai sangat tetamu nak datang rumah aku.hihi..Yang sebenarnya bukan apa, aku and husband ni memang daripada keluarga yang ramai. So, kalau depa datang rumah aku, boleh la selesa sikit bila kita sediakan bilik yang proper untuk diorang kan. 

Untuk Bilik Tetamu tingkat atas, memang multifunction. Dalam rumah ni, aku memang pastikan semua bilik akan digunakan dengan semaksimum yang mungkin. Takdalah bilik yang jarang-jarang guna, sebab semua memasing ada kegunaannya. Macam Bilik Tetamu tingkat atas, dah macam bilik persalinan aku jugak, fefeelinglah kan ada wardrobe room walaupun berangan je dulu. haha. Pepagi nak bersiap, memang aku bersiap kat bilik ni, make up bagai pun kat sini, sesi ironing baju pun juga disini. So, tidaklah bila tetamu tak datang bilik ni sunyi je kan. Korang boleh baca Entri Ini untuk dekorasi Bilik Tetamu 1.0.

Hari ni sesaje nak citer yang aku dah bertukar minat mengumpul cadar patchwork sekarang ni. Dah pulak neber ku Faeza tu memang menjualnya, so bila datang stok baru je memang ada la hasil tangkapan skit-skit. hihi..

Kalau kat entri dulu, aku pakai cadar from Ikea, cantek menarik tertarik je, tapi kurang praktikal aku rasa. Nak-nak bila time nak ngemas and dan tegangkan comforter. Dia punya lama tu ya rabbi naik stress pepagi nak ngemas. Bila dah bertukar ke patchwork ni kan senang, tidur nakal cemaner pun bangun pagi just regangkan skit-skit zass dah siap!

Bilik tetamu ni jugak yang akan jadi bilik dalam tempoh berpantang nanti, Insyallah. Aku macam plan nak berpantang sendiri je. Tengah fikir-fikir ni nak balik kampung ke tidak. Bukan pe, rasa macam kesian plak kat ummi nak jaga aku, dalam masa yang sama nak jaga abah juga, dalam masa yang sama anak aku si abang ni mesti nak ikut aku balik kampung kan.

So, buat masa ni aku ready je la. Mana tau, aku berpantang kat sini, atleast bilik dan kelengkapan lain dah ready.

Simple deko je bilik ni. Frame tu aku DIY je. Tulisan kaligrafi dalam frame tu aku beli dengan budak jual kat masjid Bangi, then aku potong masuk kan je dalam frame. Frame beli kat Ikea.

Dalam almari tu nampak sarat kan? haha..gasak lah...Almari ni khas aku simpan segala jenis comforter, bantal, selimut dan cadar. Aku prefer letak dalam bilik ni sebab biasanya tetamu yang datang nak bermalam  rumah aku lebih suka tidur bawah je. Tidur sepah-sepah je kat luar. Bukan ape, tingkat atas rumah aku ni agak panas. Maklum ler, air cond pun aku pasang satu je dalam Master Bedroom. hihih

Bilik ni juga tempat kami bertiga solat jemaah bersama. Kalau cuben takda, aku jemaah dengan abang berdua. Abang la jadik pak imamnya. Itu yang sejadah dia tu mesti ada kat situ. Sejadah tu macam biasalah made by Telekungnajwa (sempat promote)..haha



Inilah juga port aku melipat kain, selain kat ruang bacaan. Rasa-rasa ngantuk nak terlelap, zass terus melompat atas katil. haha..Bilik ni bilik kegemaran semua orang, sebab bilik ni sejukkk..Tak pasang aircond pun sejuk. Bilik ni perabot fully sponsored by abah. Thank u abah..


p/s: Tengah fikir ni..mana nak letak katil baby nanti?

2 yang mengekspresikan diri:

shark said...

lawa gilaaa..kemasssss sangat..
rumah kamoo mmg cantik sgt kemm :)

qaseh dalia said...

cantiknye .. mcm hotel dah hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...