Hari tu janji dengan uols nak share deko-deko rumah. Sebab kan kepenatan badan hampir merasuk diri bertukar menjadi gordon, makanya entri ni kita buat ber part-part la yeppp..Untuk entri kali ni kita share deko untuk tingkat bawah dulu. Next entri kite share deko-deko di KC dan juga ruang-ruang comel yang ada di tingkat atas ye..
Ruang Tamu ini agak mencabar nak susun suai kan kedudukan sofa dengan ruang yang bersegi-segi ni. Memilih warna biru glaucous bercorak damask untuk langsir dan warna putih plain untuk sheer. Sofa pula saya menempah fabrik bercorak jalur yang dipadankan dengan warna hitam.
Kabinet TV build in yang cukup simple ini memang saya request nak buat simple dan wall pula warna grey bercorak jalur supaya ruang ini nampak lebih santai dan tidak terlalu crowded. Jam berbentuk pokok digantung di wall yang sama sebagai titik fokal. Tidak menggunakan wallpaper sebagai titik fokal memandangkan langsir yang dipilih sudahpun bercorak.
Sudut dibawah tangga ini dijadikan sebagai ruang istirehat dan dihiasi dengan bingkai cermin al-quran. Ingat nak letak stand lamp kat sisi sudut tu. Ingat nak cat wall dengan pintu-pintu stor tu sekali dengan warna biru turqoise supaya sudut ni nampak lain skit.
Bar counter ini dibina di ruang makan sebelum ke ruang dapur. Sinki diatas tu sebenarnya request nak letak kat hujung kiri, tapi contractor cakap saiz nya tak muat compare dengan saiz bar sebelah kanan ni. Tapi bila dah letak kat situ, ok jugak kan..So, wall yang plain tu nanti nak letak frame gambar supaya takdalah nampak plain sangat.
Ruang Makan. Saya pilih warna biru pastel supaya ruang ni nampak lebih tenang skit. lagipun rumah i ni kan comel je, kalau pilih warna yang terlalu kontra sangat akan nampak rumah yang comel bertambah comel..hihi..
Ok, setakat ni je dulu entri deko rias kita ye..Nanti kite share dekorias untuk KC, bilik tidur dan tingkat atas pulak..Kalau uols ada idea yang menarik lagi nak tambah, dialu-alukan komen di entri ini ye...Tataaa
18 yang mengekspresikan diri:
yang. bingkai cermin al quran tu macam tak sesuai letak kat tangga since orang naik turun kan...
cantiknya rumah akak...
tema moden ni antara tema kegemaran saya.hehe.
harap2 saya pun dapat rumah idaman yang interior-nya macam akak.
cantiknye rumah akk...suke..color langsir kita sama laaa... mmg theme pokok rendang yeee
cantiknyeee rumahhhhhhhh...kite nih mendeko pon rumah sewa jep....biler lah nak ader rumah sendiri..
eh lupa nak tnya yang frame pokok gambar first tue awak beli kat mana eh..cntiklah
nak tau gak mana beli bingkai pokok cerai 3 tu.. cantik!!!
Cantik dan simple. Shu suke the modern look.
Kat mana beli dining table set tu. Suka la.
kema..far sme benda gak nk ckp mcm MRS.K..ckp 2..sebab ade ayat alquran sme kan kt cermin 2..
@MRS. K
Ok thanks for ur concern..memang rasa nak ubah nak letak dalam bilik ..thanks babe....
@nurdani
thanks sis..moden sedap skit mata memandang..kann..
@irmafittaputri
thanks sis..memang suka pokok tu ada banyak maksud tersirat...hehe
@mun
thanks dear..insyallah soon bleh deko umah sendiri.. ;)
@mun
frame pokok ada dua yang mana ye?
@Princess Cindellyna
farah beli kat shah alam je..benotti nama kedai perabot tu..
@Shu @ Mrs. Hamid
thanks shu.. =)
kita beli kat kedai kat shah alam..
@F.Nesyita
thanks fa...
ingat nak pindahkan kat bilik lah pulak..
cantik sgt kemn.. kat ikea banyak sgt barang warna biru kan.. tapi mama minat pink.. hehe
ala..bestnyer..ni yg x sbr nk pindah umah pas abih pntg ni..hihi....
suka yg konsep kt tangga..tgh pikir gak kt tangga umah tu nk wat apa..thanx for sharing your brilliant idea :-)
Post a Comment