Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, September 21, 2012

Review Birthday Hadif...

Alhamdulillah syukur..everything went well and smoothly..Apa yang dirancang akhirnya dapat juga direalisasikan pada hari Ahad lepas. To those yang tak tau apa yang saya plan tu, korang boleh cuci-cuci mata tengok gambar kat SINI. Actually memang penat sangat bila 3 event bergabung dalam satu masa yang sama. Tapi, bagus jugaklah sebab penatnya pun sekali harung je. Before saya nak ke DPA ni, memang saya dah plan dengan husband nak buat House Warming bersekali dengan Birthday Hadif. Kebetulan pulak time tu Syawal terakhir, so kami sekali kan je dengan Open House. 


Tetamu yang datang kalau ikut congak saya lebih kurang 500 orang. Yeahhh..memang ramai..sampai saya rasa penat dia macam penat masa buat kenduri kawin 3 tahun lepas. Hehe..Syukur sangat makanan memang lebih daripada cukup. Saya amik SEDAPMAKAN CATERING untuk menu Nasi Hujan Panas, Soto dan Mi Sup. Sangat puas hati sebab mostly dapat feedback from member-member yang datang memang sedaplah dimakan. Sampai tuan tanah kedaung pun tak sempat nak menjamah makanan tu. Saya mintak umi tolong buatkan kuah kacang untuk makan dengan Nasi Impit, mama (mak mentua) pulak, buat macaroni dan Sambal Bilis yang super sedap tu. Tapi seperti yang dijangkakan, mama memang akan buat extra food. Dia sempat tanak pulut dengan rebus ubi kayu untuk makan dengan sambal bilis tu. Tunang adik ipar saya pulak (Mai), bermurah hati nak buat Nasi Dagang Kelantan. Memang super sedap jugak! Abah sponsor karipap dan temosa segera terbaik dari kampung kami di Pekan, Pahang. Kaklong dan husband pulak sponsor 6 biji kek pelbagai perisa yang sungguh lah sedap sehingga menjilat jari. Kakak ipar saya sponsor creampuff tak lupa juga mak saudara husband buatkan puding roti juga tidak kurang enaknya. Pendek kata, hari tu rezeki memang melimpah ruah. Syukur sangat-sangat dan terima kasih pada semua yang sudi menaja ye...lebiulahhh!! hehe...

Untuk decoration party hadif, saya tempah customade from PartaParty.com . Sangat berpuas hati dengan design yang depa buat sebab dia faham apa keinginan dan kehendak kita. Just cakap je nak macam mana, then depa akan come out dengan design yang menarik, Then diorang akan emelkan draf sampai la kita puas hati. Harga pun berpatutan. Credit to blogger Umi Ilyas sebab rekomen kan pada saya. =)

Birthday cake yang super comelss tu pulak saya order online jugak. Tapi order bukan simply order macam tu je tau. Ada member ofis yang rekomen kan jugak sebab dah tau dah disamping design yang menarik, kek ni pun sedap dan besar. Suka sebab kek tu besar dan padat dengan isi, Kak Zai ni tak guna fondant yang keras kedengkang tu. Kalau korang berminat jugak nak tempah kek mengikut dekorasi dan citarasa korang, boleh ke MyPu3 Cake House. Pasti berbaloi!! =)

Sebelum tetamu datang dalam pukul 2 pm, pagi tu dalam pukul 11.00 pagi kami ada buat Solat Hajat dan Tahlil. Jemput Ustaz untuk pimpin majlis tahlil tersebut dan juga saudara dan jiran terdekat sahaja. Alhamdulillah..nasib baik lah ada jugak jiran yang hadir masa solat hajat tu sebab buat kedua kalinya selepas rumah kuarters tu, kami tersilap arah kiblat. Kalo tak tau tak berdosa la kan..2 minggu uols solat arah ke laut..Bukannya sengaja tapi memang dah tanya dengan developer rumah ni, so dengan penuh kepercayaan  la kami follow je. Itulah hikmah disebalik majlis ni kan. Kalau tak buat, sampai sudah la kami tak tau..huhuhu..

Saya nak ucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir especially to all of my family members. Thank you to ummi, along, angah dan kakak sebab tolong saya kemas rumah. Thank you jugak lah to my 2 bro in-laws sebab sudi take charge untuk urusan kerja kayu dan logam. Ketuk sana..pasang sana,..gantung sini..salute to uolss!! Ummi lagi power sebab sampai ke jalar tar dia kasi sapu semua..Memang lebiulahhh..hehe..

Tak lupa juge to my beloved mama, sebab tak habis-habis refill macaroni dia yang cepat je habis. Mak mertua saya bi memang ada sifat yang mudah sangat risau. Takut sangat tetamu tak cukup makan walhal saya dah tau memang makanan memang banyak. Tapi dalam banyak-banyak makanan, macaroni mama sampai 4 kali goreng pun boleh habis. Mama boleh masuk Masterchef la cenggini..lebiulahhh!!

Pada kengkawan yang datang, thank you ye sudi datang. Walaupun ramai yang kesesatan, tapi akhirnya sampai jugak korang ke teratak saya yang sederhana ni. Seronok melayan tetamu, tapi tak seronoknya sebab kena estimate 5 minit je setiap sorang. Thank you jugak yang sudi bagi hadiah berbentuk fizikal ataupun wang tunai. Almost 1k Hadif dapat kutip hari tu. Betul orang kata kan, menjamu tetamu makan ni memang murah rezekinya,..Alhamdulillah syukur.

To those yang still tak tau, actually saya sengaja buat birthday hadif yang ke 2 tahun eventhough dia still tak sampai 2 tahun pun lagi. Kami decide buat belated & in advance disebabkan masa hadif cecah umur setahun pun kami tak sempat nak celebrate, plus next year on 9th February 2013, saya masih berkursus DPA. Keluar tak keluar bulan April baru lah berpijak dibumi yang nyata. So untuk tidak berasa bersalah, kitorang decide untuk buat bersekali. Aci tak? hehehe...


Hari ni last day Hadif tinggal dengan babysitter. Juga minggu terkahir Hadif tinggal dengan kami. Tok ummi dan tok abah datang lagi hari ni sebab nak hantar my lil sis register di KPJ Nilai. Alang-alang tu, diorang angkut terus Hadif balik kampung. Next week adalah minggu terakhir saya disini sebelum mula berada di dalam watak sepanjang ber DPA selama 6 bulan nanti,. Doakan keselamatan saya sepanjang berkursus ye! Mintak jauh la dari sebarang malapetaka yang tidak diingini. Tentu saya rindukan X-presi dan rakan-rakan blogger dan readers. Kalau ada kelapangan sepanjang disana, saya akan update ye,.Boleh la share apa aktiviti yang kami buat sepanjang 6 bulan dalam tu..

Bye!

1 yang mengekspresikan diri:

MOMMYLIN said...

ohsem... lin pun tengah nak planing bday hafidh... thnk for idea...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...