Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, January 30, 2014

Guest Room: Biru Tuorqoise vs Brown

Cuba nak keluar daripada yang biasa. Konon je la, tapi nak jugak la selit kan biru itu. Maafkanlah pencinta biru ini. hehehe. Hari ni nak share pasal tema warna bagi Bilik Tetamu (Guest Room) yang berkonsepkan warna coklat dan biru tuorqoise. Mula-mula macam biasa memang suspen habis nak menantikan hasilnya, bila dah siap tu..ermmm ermmm...tak tau lah rasa macam pelik pun ada.

Saya hanya memilih wallpaper sebagai titik fokal bagi bilik tidur ini. Kat rumah ni ada 2 bilik tetamu seems anak pun sorang je kan. Bilik tidur ni kat tingkat atas, satu lagi saya kat bawah. Insyallah kalau ada rezeki tambah anak nanti, mungkin bilik ini akan dijadikan bilik tidur anak la kan.

Bilik tetamu ni memang saya lah hari-hari tetamu setia yang masuk bilik ni. Memandangkan saya masih lagi belum ada bajet untuk buat wardrobe room, so saya jadikanlah bilik ini wardrobe or make up room. Pepagi nak pegi kerja memang akan bersiap di bilik ni. So, takda lah nak berperang dengan husband duk berebut cermin.


Macam rasa tak kena je sebenarnya, macam kerja tak siap kan. haha..sebenarnya memang tak siap pun. Ada project DIY nak mengecat bahagian dinding yang warna tuorqoise tu untuk di jalurkan dengan warna brown. Tapi macam biasalah, roh rajin belum datang kan.
 
Make up table tu memang sesak sangat dengan segala bagai mak nenek. Actually, sebelah make up table tu ada penyangkut saya letak semua shawl saya. Memang sengaja letak open macam tu supaya senang nak pilih. Nanti bila dah lipat letak dalam laci, jadi lupa lah duk pakai shawl yang sama. Shawl yang lain mana yang tak nampak tu jadi jarang pulak pakai. Lupa nak snap, nanti kita share ye.

Zoom sikit texture wallpaper ni. As usual saya tak pilih design yang bercorak dan berwarna sangat sebab takut boring nanti. Suka corak ni boleh exercise mata. hahaaha (entri wallpaper....)

Ini contoh la inspirasi nak menjalurkan dinding yang kaler tuorqoise tu. Wish me luck!

6 yang mengekspresikan diri:

Petak Bunga said...

sangat kagum.
malah lebih cantik dr ref.

fazianbatrisyia said...

cantik....sy jg suka warna tu. samala kita belum ada w/drop...kalau bajet besar nak walk in punya...buat masa ni guna juga bilik tetamu utk bersiap. tak mo buka lampu kat bilik bg bby tidur puas2...dia bangun nak calit lipstik pun payah nanti..nangis2...

norlina jusoh said...

cantik yg amat.

NoraKerel Aira said...

waaah pasti cantik hasilnya nanti. salam kenal :)

mamaairis said...

kagum gila............perghhh...cantik sangat..

MamaDaniel said...

cantik la turqoise coklat... bila rajin dtg nnt jgn lupa tayang kat kami2.. hihihihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...