Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, February 6, 2014

My Simple Master Bedroom : Blue vs Grey vs White


Tolong jangan tenung lama-lama kat frame kufi tu sebab korang akan nampak kesengetan yang wujud disitu..hahaha. Biasa la DIY yang agak mencabar nak menggantung 4 frame yang super cantik ni. Saya dah pernah up entry pasal 4 Quls Kufi ni KATSINI

Hari ni nak share pasal warna pilihan bagi bilik utama yang simple je ni. Macam biasa saya jadikan dinding di belakang katil ini sebagai titik fokal atau featured wall. Pilihan design wallpaper pun pilih simple jugak. Saya akan cuba elakkan untuk memilih wallpaper yang bercorak sebab macam biasa takut boring nanti. Plus, susah sikit bila wallpaper corak ni kita nak match kan dengan bedsheet. Unless kalau korang memang gemar guna bedsheet yang plain. Memang cantik..Tapi kalau wallpaper bercorak, bedsheet pun corak sarat, nanti korang konpius..mana satu katil mana satu wallpaper..hehe..gurau je..


Sekali pandang macam kaler grey, dua kali pandang macam kaler biru..ye dak..hehe..saya pun tak tau nak kategorikan ni kaler apa, tapi ini adalah kategori biru jugak. Curtain ni kebetulan sama pulak dengan kaler wallpaper bilik ni. Curtain bilik ni pun simple je, corak jalur ke bawah.

Bilik ni saiz sederhana je, tak kecil sangat or tak besar sangat. Bertentangan dengan katil ni, saya letak almari pakaian. Ada lagi ruang di sudut bilik ni, dulu plan nak beli almari laci tu tapi still pending lagi. Sebelah meja solek tu la kohnon plan nak buat walk in closet. Wishlist la konon nak buat.. wishlist ok wishlist. Nanti saya share walk in closet/wardrobe room idaman yang saya wish wish tu..hehehe

T
Ini zoom in sikit texture design wallpaper tu, as usual saya lebih memilih kepada texture design berbanding printed design. Ada shimmering randomly di seluruh wallpaper ni. Saya memang suka, nampak sangat tenang, sejuk dan mendamaikan.


Bedsheet pun kaler lebih kurang sama je dengan curtain and wallapaper. Untuk furniture set memang saya pilih putih untuk kontra kan dengan kaler biru kelabu ni supaya nampak la highlight sikit. Plus, furniture kaler putih ni boleh beri effect luas pada bilik, katernyerr. hehehe

*less is more, less is comfortable... =)

4 yang mengekspresikan diri:

fazianbatrisyia said...

cantik, kemas & selesa yg lebih penting. bergantung pada bajet & pilihan. mengidam jugak sy nak walk in w/d....nanti share eh idaman awak tu...

irmaputri said...

mmg soothing ler colour nye...romantik gitew

Ayu Rashid said...

Kak ayu tgk Anjung Seri jan 2014... kaler2 mcm ni adalah kaler in trend for 2014.

Anyway... cantik!

MamaDaniel said...

cantiknya..cantiknya..cantiknya.. wallpaper nice.. langsir pun nice.. uwaaa.. bila la nak deco bilik sendiri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...