Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, May 20, 2014

Sentuhan Bertemakan Inggeris Klasik

Bila sebut Inggeris Klasik ni, kita memang tidak lari dengan padanan dan penyesuaian dekorasi yang bersalutkan warna emas kekuningan dan tembaga kan. Biasanya dekorasi bertemakan Inggeris Klasik lebih sesuai untuk saiz rumah yang lebih luas. 

Ini memang ternyata tak sesuai dengan jiwa aku. Bila melihatkan tumbesaran anak dari hari ke hari, aku lebih mementingkan praktikaliti dalam mendekorasi. Pada aku, tema sentuhan Inggeris Klasik ni lebih kepada rumah yang anak-anak nya dah besar kot. Kot je la ek, sebab ada juga yang pandai menghias rumah dengan tema klasik macam ni, walaupun saiz rumah yang minimal. Terpulang la tau, takda yang salah takda yang betul la pada aku dalam nak mendeko rumah ni. Apa yang penting, kita selesa dengan rumah kita. Tak gitu?

Aku memang suka benda yang nampak simple, kalo tema Inggeris Klasik ni lebih bercirikan konsep mewah. Bila dah nampak mewah tu, faham-fahamlah berapa bajet nak kena spend tiap kali berdeko-deko. Mampu ke? Hahhaa.. Jawapan aku memang TAK.

So, hari ni buat julung kalinya nak share dekorasi rumah ummi dan abah di Kuantan. Terletak dipinggiran bandar jauh ke dalam hutan, dan di pinggiran pantai. Masa mula-mula kami duduk sini, memang takut la sebab nak sampai rumah memang kena lalu 2 rimbunan hutan. Belum terserempak dengan oink oink melintas jalan lagi. Bertambah pulak dengan kisah dongeng Cik Lang yang suka berkeliaran di malam hari. So, boleh imagine tak kat mana rumah abah ummi ni? Haha

Sekarang memang hutan sume tu bertukar jadi kawasan perumahan dan sekolah. So, kami semua pun dah berani sikit nak dating balik malam-malam. Dulu la kan masa zaman gila-gila remaja tu..

Kami sekeluarga memang suka suasana tenang, aman damai macam ni. Malam-malam akan dengan derutan ombak, pagi-pagi pulak dengar bunyi siamang. hahaha

Ok. Berbalik pada sharing kita hari ini. Ummi and abah ni bila dah anak-anak besar panjang, baru la depa merasa nak menghias ikut citarasa diorang. Kalau masa kami adik beradik muda remaja dedulu, bab mendekorasi ni memang ikut selera kitorang la. So faham la kalo konsep dekorasi anak-anak GenY ni kan. Mesti la moden je memanjang.

Orang kata mana tak tumpahnya lauk kalo bukan ke nasik. Eh, ke tumpahnya nasik kalo bukan ke lauk ek. Hahaha..ermmm gasaklah. Ummi memang suka menghias, jadik secara otometik bila mak suka mengemas, anak-anak memang tempias sikit dengan minat mak. Nak-nak bila anak-anak dah jadik mak-mak kan. Mak-mak sangat!


Secara ringkasnya, ummi menggunakan 3 warna utama dalam dekorasi ruang tamu. Lebih menekankan kepada warna-warna tanah, macam warna coklat, warna kuning, dan warna jingga. Dan warna maroon untuk permaidani dan wallapaper pula dijadikan sebagai warna highlight untuk menyerikan ruang ini. 

Pada aku ruang tamu ni tak perlu tambah apa-apa dah. Dah cukup lengkap dengan cermin besarnya, dengan console table nya, dan sedikit hiasan-hiasan bunga sejambak mekar. Tak perlu dah kot nak sarat dengan benda lain.
 
Jangan ditanya berapa kos untuk semua ni ya. Sebab aku memang tak tahu. Mengenali mak sendiri, memang seorang yang bijak menabung dari mula kerja lagi. Ummi seorang yang pandai menyimpan. Kalau dia target nak beli sesuatu, dia akan simpan duit dia sampai kami adik beradik memang tak tahu. Ummi pun masa zaman bekerjaya dulu memang workaholic. So aku rasa dengan menghias rumah, dia rasa happy dengan hidup dia sebagai suri rumah sekarang. 

Aku rasa mak-mak orang lain pun macam ni kan? Maksud aku tang yang suka menyimpan ni. Cuma mak-mak zaman sekarang ni lain macam sikit. Menyimpan ya jugak, shopping online pun ye jugak. hehehe


Semoga dapat memberi idea dan inspirasi kepada mereka yang minat dengan tema Inggeris Klasik ini. Sekadar perkongsian untuk rujukan bersama. Nanti kalau ada masa, aku share ruang-ruang lain pulak ye. Tapi setelah mendapat keizinan tuan tanah la dulu, ok! Tata
 


2 yang mengekspresikan diri:

fazianbatrisyia said...

cantik & kemas. yg penting tak sarat...tak reti la byk sgt brg.

betul tu...menabung kan...
nak menabung jugak la...
kalau boleh tekadkan hati takmo korek2...target sampai dpt apa yg kita list dulu.

olympia gold said...

Good efforts. All the best for abutting posts. I acquire bookmarked you. Able done. I apprehend and like this post. Thanks.
wholesale Jewelry

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...