Semua
ibubapa bersifat ingin melindung anak sendiri. Ia adalah sesuatu yang
bersifat semulajadi. Kalau boleh kita mahu setiap langkah anak kita
berada diluar dari rumah kita, tanpa kita disisi.. mereka sentiasa
selamat dari semua yang boleh merosakkan. Tetapi bagaimanakah kita mahu
memastikannya? Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya jika saya
katakan kita perlu mengajar anak dalam memilih kawan.
Ada yang berkata biarkan mereka berkawan dan jika kawan yang dikawannya itu tidak baik, doakan supaya kawannya itu berubah menjadi orang yang baik, semoga kemudian anak kita akan menjadi baik juga. Bermakna ini adalah usaha satu hala. Kita tidak memberikan mereka ilmu mencari kawan, mengingatkan mereka tentang syaitan yang sentiasa mencari jalan cara untuk menyesatkan mereka melalui 'pengaruh kawan' dan kita hanya mengharapkan yang terbaik dengan hanya berdoa.
Allah juga telah memperingat dan mengisyaratkan manusia dalam usaha mencari kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERSIFAT BENAR.”
(Surah at-Taubah, ayat 119)
Pertama, kita sebagai ibubapalah yang sepatutnya menjadi kawan terbaik dalam hidup anak kita bermula dari mereka masih kanak-kanak hingga menginjak ke zaman alam remaja. Jika kita tidak dapat meminjamkan 'masa', 'telinga' dan 'mata' kita untuk anak, maka jangan salahkan mereka untuk mencari kawan diluar dan akhirnya lebih mempercayai kawan mereka daripada kita sendiri. Cerita Nabi Yusuf adalah contoh terbaik dalam peranan ibubapa dalam menjadi kawan baik kepada anaknya. Orang pertama yang Nabi Yusuf ceritakan perkara yang mengganggu fikirannya, bukanlah kawan sepermainannya tetapi bapanya iaitu Nabi Yaakob. Dari situ kita tahu hubungan bapa dan anak ini telah lama dibentuk dan ianya berlandaskan kepercayaan antara satu sama lain.
Didalam surah Yusuf dan Surah Luqman, ada banyak pengajaran tentang Parenting/Keibubapaan. Ia bukanlah hanya satu cerita lama yang berlaku di zaman dahulu kala. Ia sangat relevan dalam konteks mendidik anak dizaman ini.
Mengajar anak dalam mencari kawan yang baik adalah seperti mengajar mereka LIFE & SOCIAL SKILLS. Saya sentiasa menasihatkan anak-anak saya tentang kawan sejak dari kecil, sejak mereka 3-4 tahun, sejak mereka tidak tahu apa-apa lagi tentang kehidupan. Bila mereka berjumpa dengan kawan baru, pengalaman baru atau apa sahaja, pasti mereka balik bercerita tentang kawan mereka dengan saya. Walaupun ada kalanya cerita mereka itu ada yang pahit untuk didengar, tetaplah bersama mereka hingga habis mereka meluahkannya. Kemudian barulah nasihatkan mereka cara berlapik dan halus.
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim, sabda Rasulullah s.a.w: Perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik adalah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun berkawan dengan pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun kamu akan membeli daripadanya sedikit ataupun dapat mencium daripadanya bau yang wangi itu. Manakala berkawan dengan tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk.
Ikhlas dari,
Lina Karim
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment