Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, October 7, 2015

Masalah Resdung Hilang Sekelip Mata Dengan Produk Ini

Iye, aku adalah spesies manusia yang dikategorikan sebagai penghidap resdung tegar. hahaha. Serius tak tipu, tahap kuat resdung tu rasa macam nak tertanggal hidong pepagi je memang dah macam satu mantera ritual aku duk bersin sampai laaa ke tengahari.

Adik beradik aku memang semua peresdung. haha...tinggal yang power dengan tak je. Cuma yang rasa macam syukur skit tu bila kami ni resdung tapi muka tak berjerawat teruk. Tipu lah takda satu jerawat kan. Mesti ada punya kalo tidak satu dua ketul tenggelam timbul.

Serangan resdung ni paling lejen bila makan seafood. Then kami ni kan orang Pantai Timur, opkos tak larik dengan sambal belacan dan seangkatannya. Siap sedia peluru bersin lah lepas tu bila dah makan sambal belacan siap boleh hirup-hirup kan. Aku rasa ini lah antara penyebab masalah resdung ni tak pernah setel kat kitorang.

Jenuh tau pakai macam-macam. Dedulu time skolah rajin gak beli ubat resdung Rojam tu. Pehhh sapu je kat hidung rasa nak meletop panas hangat kemain. Tapi ngenang kan kohnon nak baik and nak kasik hidung licin tak da blackhead. Tahan okesss tahannnnn...itu belum citer gegatal nak berbekam bagai. Semuanya kengkonon nak bagi ulat resdung keluar.

Ada masa aku rasa macam ulat ni berjoget-joget dalam hidung aku, rasa meremang je. Paling kuat pun aku akan sapu minyak cap kapak, kengkonon bagi ulat tu panas lah. Teori memang kelautan sangat. Hahhaha..

Aku ni jugak ada satu sifat yang suka bereksperimentasi. Pastu suka sangat lah nak try itu ini lah, selalu tau tergoda dengan iklan yang orang duk promote. Baca testimoni nihh...sanggup memalam gigih scroll hashtag dalam ig semata nak baca testimoni pengguna. 

Tahun ni..kurang bertuah betul..semuanya berpunca pada produk minuman kesihatan yang berunsurkan kolagen. Iyela kan, sekarang semua orang berlumba nak muka flawless, badan sihat, awet muda, paling tak boleh terima sibukkkk nak putih melepak. 

Tahun ni saja aku dah try 3 produk kolagen...tak perlu kot nak bagitahu nama produk tu sebab nya rasa macam tak baik pulak. Mungkin dengan aku kurang sesuai, tapi dengan orang lain masyallah muka bertukar menjadi Fazura, cantik sesangat! Lols

Aku memang suka tau try and error memacam. Memang sejenis tak insap-insap sampai la tahun ni memang aku tobattttt taknak dah pakai atau try pape yang memudaratkan ni. Dulu pernah tau aku try suntik vitamin c. hahahha...sesaje nak try..dapat lak opismate kepala jenis sama tak insap-insap...sanggup ok seminggu perabih duit seratus kot semata nak suntik vitamin c. hasilnya...memang berhasil time tu la muka nampak flawless berseri lah kengkonon...licinnnn je...sama licin dengan duit dalam poket aku..hahahhaa

Berbalik pada citer kolagen tu...Actually aku nak try ni sebab produk kolagen ni kebanyakannya membekalkan tenaga pada kita. Of course la digemari oleh para-para ibu yang superpower kan. Mesti nak rasa bertenaga je sepanjang masa. Memula yang 1st produk tu produk minuman..aku dah try habis gak la sekotak, lepas pada tu rasa macam pelik awat muka aku naik jerawat pasiaq niii..tapi suka sangat minum produk tu, sebab aku rasa ada tenaga kuasa kuda sampai ke malam. Zass balik je rumah, takda la lesu-lesu badan, siap boleh lipat kain bagai...pastu aku stop la..sebab tak sanggup nagdap muka sendiri berjerawat pasiaq...rasa macam gatal sangat wehhh

Then aku try produk kolagen yang pakai sachet plak. Lagi suka dan girang lah sebab takyah renyah nak kena bancuh bagai...Habis je sekotak..muka pun rasa lain benar berseri la kengkonon..Entahla padahal perasan sendiri je kot nak justified produk aku makan tu berkesan. Sebab mahalnya mokk aiii...Satu kotak pun tahan 2 minggu je..rabak la mak nokss..

Last produk bertambah girang aku ni tapinya diakhiri dengan bencana yang maha dahsatttt...hahha..saja guna ayat hiperbola dengan harapan korang yang membaca boleh imagine tahap krisis bencana yang berlaku kat muka aku ni..hahahhaha

Produk ni aku gembira sangat dengan hasilnya, sebab iyelah dah la bertenaga pastu muka pun macam kengkonon flawless..Sampai kotak ketiga, bencana mula menunjukkan simptom-simptom awal. Muka aku naik allergic, teruk sangat...jangan kata jerawat pasiaq je yang hinggap..segala bijik timah melekat kekal berpencen atas muka aku ni..uhwaaaaaaaaaaaaaaaaa...memang stressssssss

Bertambah moral down bila suami tegur apsal teruk sangat muka aku ni. Siap berjemaah dengan anak aku. Eeee...teruknya muka ummi...ummi sakit apa niii...sedih pilu sungguh rasanya tajam menikam tau..Balik kampung..kena tegur plak dengan bapak aku...pastu duk kata jugakla..hormon tak betul la..resdung la apa lahhh...padahal aku yang carik penyakit..hahahha

Kalo kita consume produk kolagen ni memang kena minum air bergelen. Opkos..aku lah antara penyumbang kekosongan water filter kat opis tu..Sebab cepat dahaga..memang 2 3 liter kat ofis tu biasa nya akan habis. Puas duk google ni apa mende lagi nak buat dengan muka ni. Siap berbincang dengan kawan baik aku (dia pun makan kolagen and jadik macam aku), siap pegi farmasi lagi..cuba skincare pulak nak baiki muka, serum la essence la apa laaaaa...hasilnyaaa...nan hadoooo....sedihhhh

Nak dijadikan citer satu hari tu aku balik Kuantan, aku tak habis rungsing dengan masalah muka aku. Muka aku paling kritikal jerawat bijik timah yang kekal berpencen kat kawasan Uzone (tulang pipi) dan Tzone (dahi). Keras tak susut-susut jerawat tu. bukan macam jerawat sangat pun..macam white head tu..kan susah nak setel kalo white head ni kan...Then, bapak aku pun duk offer la kat aku cuba satu sabun herba ni. Aduhhh..berdebor sangat nak try, tapi sebab nya angah aku dah try, pastu dia cerita la..dia pakai sabun ni macam magik uolsss...dia pakai sebelum tidur, esok pagi tu dia pelik blackhead kat hidung dia yang berkurun lama menapak tu hilang licin ke mana hala pegi entah..hahaha

Aku kan mudah tergoda dengan testimoni...haha..jadiknya aku cuba lah jugak..tapi amik masa jugak nak cuba tu...balik rumah baru aku pakai..Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim...kemain lah niat macam-macam yang baik-baik lah...aku pun pakai la malam sebelum tidur tu..masa pakai tu aku rasa macam pelik sebab teksur sabun ni keras macam batu. Punyalah lama nak gosok sabun ni bagi ada buih-buih skit...then bau dia memang bukan bau chemical...bau dia macam campuran herba..memang terapi sangat time pakai tu...

Esok pepagi zaaasss melompat dari katil nak telek muka kat cermin..hahahha..betul wehhhh..betul angah aku cakap pasal black head tu...memang blackhead kat hidung aku hilang...best sangatt ni terus la call bapak aku pepagi nan buta tu jugakkk..hahaha..eksaited uolss..

Yang satu lagi aku perasaan, buat pertama kalinya aku bangun pagi tak bersekali dengan mantera bersin. Seriously, memang tak bersin...maksud aku bersin resdung lah..kalo hidung masuk habuk tu memang la aku bersin.,..ini yang ritual pepagi tu..alhamdulillah sangat memang takda dah sekarang...

Aku dah hampir 3 bulan pakai sabun ni. Alhamdulillah sabun still ada lagi. Macam aku cakap la sabun keras kedegang..hehe..so memang jimat..masa aku beli dulu harga dia RM40 sebab saiz dia kecik dari yang sebenar. Now tak silap aku harganya RM90 kot. Eh produk ni sesuai untuk laki dan perempuan tau. So, boleh la kongsi laki bini geng resdung macam kitorang. hehehe

Setakat ini, memang berkesan sangat sabun ni dengan kulit aku. After dah cuci muka ni, aku akan pakai toner, moisturizer dan serum. And ada satu masa aku apply scrub jugak. Ni gambar aku setelah melalui proses penyulingan dan menyahkan bijik-bijik timah yang sangat setia bertapa di atas muka aku dedulu time gatal consume produk kolagen (terbaca entry di blog Maria Elena pasal makan produk kolagen ni..haha..kelako betui magiaaa ni..). Tanpa secalit mekap tu..kening je lukis skit, then muka memang apply toner, moisturizer and serum. Ampunkan berbakul eyebag tu memang sengaja kasi kekal berpencen kat bawah mata tu. Saja nak showing off kengkonon aku mak yang gigih. kahkah



Kesimpulannya disini aku rasa kalau tanya pasal penjagaan muka ni, apa-apa brand skincare pun kesannya mesti sama. Yang penting kita pakai dengan konsisten. Yang pasti, aku dah serik pakai local skincare yang ada campuran chemical yang sangat kuat nak-nak yang berjenis nak memutihkan muka ni. Memang akan dijauhkan lah...

Yang pasti sekarang aku dah tak mengalami masalah resdung yang kronik dan jerawat pun serammm nak hinggap kat muka ni ..semuanya hasil daripada sabun ajaib by Dr. Azlan ni. alhamdulillah....

Produk ni diasaskan oleh Dr. Azlan. Aku rasa yakin nak cuba pun sebab pengasas produk ni doktor daripada UIA tak silap bapak aku cakap. Masa bapak aku beli sabun ni dengan dia, packaging pun takda lagi sebab belum betul-betul komersial. Then rupa dia pun buruk je. Hahaha..Tapi bila aku google keluar la packaging dia yang sebenar.





Untuk keterangan lanjut korang boleh ke website byDRAZLAN
Maybe korang boleh call agent nya jugak: 014-725 7255 (Encik Mood)


Nama produk ni FACE SOLUTION SOAP by Dr. Azlan

Sabun pertama di Malaysia yang diformulasikan dengan 100% herba semulajadi bergred makanan. Keluaran terbaru hasil penyelidikan R&D daripada Asst. Prof. Dr. Norazlanshah Hazali telah pun dipasarkan. Sabun ini dirumus khas daripada herba yang berkualiti tinggi yang bertindak mencuci dengan lembut, menyegarkan dan mengurangkan kerengsaan terutamanya kepada kulit jenis berminyak dan berjerawat akibat resdung. Ia juga membantu dalam merawat kulit jerawat secara semulajadi. Pati minyak serai asli ditambah untuk kesan yang menyegarkan pada muka.


FACE SOLUTION SOAP merupakan sejenis sabun yang mampu merawat dan menghilangkan masalah muka terutamanya JERAWAT dan RESDUNG.



  • Kulit muka rosak !!!!
  • Sensitif setiap kali guna produk kecantikan…
  • Masalah resdung mengganggu kerja seharian...
  • Kulit muka sering berminyak…
  • Jerawat sering tumbuh merosakkan muka bersih…
   
  •  Anti-resdung
  •  Anti-minyak
  •  Anti-jerawat
  •  100% herba semulajadi
  •  Bebas bahan kimia
  • Tidak bertoksik / beracun
  •  
TAHUKAH ANDA !!! Resdung dan jerawat sering kali disalahertikan. Kedua-dua masalah ini tidak sama namun mempunyai perkaitan yang amat rapat. Resdung adalah suatu penyakit yang amat kompleks dan sukar dibuang. Dan ia merupakan PUNCA UTAMA berlakunya JERAWAT!
RESDUNG
Resdung juga dikenali dengan nama Sinusitis. Ianya sejenis radang yang berlaku pada lapisan rongga hidung.
-          

           Berpunca daripada alahan (habuk, makanan, kuman ) atau perubahan cuaca
           Boleh dihidapi bersama dengan lelah dan EKZEMA, sejenis penyakit kulit yang lain
           Tidak boleh berjangkit melalui sentuhan dan boleh diwarisi secara turun-temurun

        
      Kesannya boleh mengakibatkan hidung berair, serta kegatalan pada kulit muka dan mata. Jika serius, pesakit perlu menjalani pembedahan untuk membuang resdung yang menghalang laluan udara dalam rongga hidung yang turut boleh menyebabkan sakit kepala dan mata.


JERAWAT
Jerawat juga merupakan sejenis penyakit kulit yang kronik yang terjadi di dalam lapisan kulit.
-          

           Berpunca disebabkan oleh ketidak seimbangan hormon, persekitaran, dan tekanan.
          Tidak berjangkit dengan sentuhan dan boleh dihidapi secara turun-temurun.
          Tumbuh apabila liang kulit atau liang roma yang tersumbat dan memerangkap kotoran.




Boleh la korang cuba ye! Sharing is caring! 
*tengah berkira nak jadik agent ni...hihihi

5 yang mengekspresikan diri:

LYSSA FAIZUREEN said...

wahh .. boleh cubaa ni nntii :)

Unknown said...

Kalau muka ada kesan jerawat lama agak-agak guna sabun ni boleh hilangkan tak.

Unknown said...

tang scroll # tu plg win..sme la kite..hihi..gigih bebeno

Unknown said...

Kelakar la awak ni...sya suka baca entry awak..spesis peresdung..

Goldman said...

Sabun Cap Kapak ada dijual di sini

https://shopee.com.my/product/54991212/1665039917/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...