Salam sayang semua!
Wah..wahhh..entri ini bukan nak bagitau yang kitorang nak pegi bulan madu lagi sekali. Just nak share ngan korang pengalaman dan tempat-tempat menarik yang boleh korang lawati sekiranya berminat untuk ke Bali, Indonesia. Dah ada anak baru berkesempatan nak share pasal ni..huhuhu
Ramai yang bertanya kepada saya berapa sebenarnya anggaran kos atau bajet yang perlu kita spend untuk ke Bali ni. Terus terang saya katakan, kami hanya bawak RM3k sahaja dengan penginapan selama 4 hari 3 malam. Murahh kann!! Duit 3k tu termasuk jugak la souvenir yang sempat kitorang beli untuk kedua-dua belah pihak keluarga tau.
Tips yang pertama yang korang perlu tau adalah jangan sesekali pergi ke sana dengan mana-mana pakej yang ditawarkan from any travel agents. Based on pengalaman kawan-kawan yang ke sana melalui ejen ni, memang diorang perlu spend banyak sikit, in fact tempat pun tak banyak mana pun yang sempat diorang pergi.
Me and husband pergi ke sana betul-betul main taram dan redah je. Hanya tawakal pada Tuhan supaya kami selamat sampai dan dilindungi di bumi asing ni. First time sampai sana, rasa amat terkejut dengan keadaan di Balai Ketibaan Denpasar Airport ni.
|
Denpasar Airport, Bali |
Ha, macam mana yang korang tengok kat atas tu, itulah realiti keadaan masa kami sampai. Memang agak mengerikan sebab memang tak boleh nak cam lah siapa kah gerangan tuan hamba yang akan amik kitorang nanti. Tapi kan..kan..kan...memang tak da orang jemput pun..kan main redah je..hihi
So, bila dah keluar dari kesesakan manusia pak supir disitu, kami pun dengan terkebil-kebil pergi ke kaunter teksi nak beli tiket, nak cari hotel. My husband ada mintak tolong kawan dia tak silapnya untuk tolong carikan hotel kat Bali ni. Sebab kakak ipar member my husband ni orang Bali. So, bila dah dapat hotel nye, mintak la pak supir hantarkan.
Sekali bila sampai, alamak..pesal jauh sangat dari bandar ni..hotel pulak dah macam rumah misteri..eee..takut..mahal pulak tu..Taknak panjang citer, kitorang terus tanya pak supir tu mana tau kalau-kalau dia tau tempat yang dekat-dekat sikit dengan Bandar Kuta.
Pak Supir ni nama dia Ketut Alit. Bukan kentut ye..Actually saya pun baru tau Ketut ni nama panggilan diorang dalam adik beradik la. Kalau Ketut ni rasanya anak nombor dua tak silap! Thanks to my bestie Manis, sebab inform benda ni kat aku..Kalau bukan sebab ko, sampai sudah lah aku duk termimpi-mimpi abang ketut ni,..hihi..So, kitorang panggil dia Alit. As usual, majoriti orang Bali ni beragama Hindu. Tapi kalau korang tengok, muka diorang lebih kurang je macam orang Melayu. So, memang rasa macam secure bila duk di Bali ni sebab environment nya still rasa macam berada di Malaysia tanah tumpah darahku.
|
Alit yang isap rokok baju putih tu tau..bukan yang baju oren ni..hihi |
Rasa bertuah sangat dapat jumpa Alit sebab yang paling utamanya Alit ni orang Bali. So, bila kitorang ke mana-mana, Alit ni lah jadi tourist guide kitorang. Hampir semua destinasi yang kitorang pergi akan dapat diskaun sebab Alit tau. Sampai hotel yang kitorang menginap tu pun, dapat diskaun tau..Best kan?
Alit cakap kat kitorang, jangan risau-risau duduk di Bali. Sebab orang Bali semua baik-baik. Alit tambah lagi, kepercayaan agama diorang, kalau niat jahat rezeki takkan dekat dengan kita. Dia cakap kalau dalam satu kampung tu ada orang jahat macam mencuri ke, memang parah la si pencurik tu kena belasah cukup-cukup sebab jejaskan rezeki orang lain nanti.
Jommmm....Mari kita mulakan perjalanan kita di Bali...
|
Restu Bali Hotel, Kuta |
Destinasi bermula dengan pencarian hotel di area bandar Kuta. Hasil pencarian si Alit yang sungguh berwibawa ni, alhamdulillah ada hotel yang still available..Kalau tak jumpa orang Bali macam Alit ni memang susah nak dapat hotel kalau korang main redah walk in je. Mesti diorang akan cakap full or maybe kena ada additional charge. So, kitorang menginap di Restu Bali Hotel. Nice sangat tempat dia..dah nama pun Bali kan..So, konsep hotel ni
ala Bali la kan..hehe
|
Bumbu Bali, Jimbaran |
Perut dah lapar..tak puas makan atas flight tadi. So, destinasi diteruskan dengan mengisi perut yang bergendang gendut tali kecapi ke Pantai Jimbaran..Ye anak-anak..kalau mai sini jangan tak pegi Jimbaran ni ye..sangat la romantiksss..Diorang susun meja kusi sume ni atas pasir uols..dekat je sipi-sipi ngan gigi air..lepas tu nanti ada la sekumpulan ahli musik datang mendendangkan lagu-lagu romantis untuk korang. Siap boleh request lah korang nak lagu apa..tapi jangan lah suh nyanyi lagu Najwa Latif yangg...hehe..
Seriously memang masakan nya terbaikkkk..masih terkecur air liur den mengingatkan betapa ohsem nye sotong goreng tepung diorang ni..rasanya aku pulun habis kot..ikan masak sweet sour pun menikam gak laa..ada banyak lagi, tapi tak ingat dah order ape..
Masuk je restoran ni, nanti ada awek cun pakaikan korang bunga selit kat tepi telinga..tak kira la hang laki ka pompuan..layankan jerr lahh...hehe
Esoknya..sebelum singgah memanjakan diri di Spa, kami sempat tengok Barong Dance..Tak faham sangat depa kecek gapo..tapi boleh baca sinopsis citer ni dalam flyers yang diorang bekalkan. Takut jugak tengok macam diorang ni macam kena rasuk je..layannnzzz
|
Paraceiling..di Watersport..jangan lepaskan peluang anda bersukan air di sini!! |
|
Encek asben gayat tapi demi isteri terchenta beliau sanggup redah lautan tapi bukan untuk direnangi..untuk diterbangi..hihihi |
|
Tamara Spa..ish--ishh best sangatttt!! |
|
Shopping time!! |
|
Chillaxxx yo!! |
|
Pantai Kuta..penuh umattt!! |
|
harus lah kan!!! |
|
dikala malam hari yang masih muda..sini pukul 3 4 pagi baru disko tutup..tapi idakk la kami ke disko yangg.. |
|
Monumen mangsa letupan di Bali yang terkorban |
|
Love this place! Gunung Kintamani!!! |
|
Ini gunung berapi ye kak..siap ada asap kepul-kepul kuar kat mulut dieee...takuitt.. |
|
Nice view..pandai photographer..hihi |
|
kopi luwak |
|
Pura..means Temple..seriau masuk tempat ni..kejap je masuk nak tgk ape rupe Pura ni kat dalam..then terus kitorang cabut sebab bulu roma dah meremangggg..eeeee |
|
Pulang dengan kenangan yang terindah..mau ke Bali lagi!!! |
Apa yang paling menarik sepanjang berada di bumi asing ni adalah melihat keunikan budaya dan kepercayaan mereka di sini. Orang disini sangat kuat berpegang pada agama Hindu mereka. Diorang semayang 3 kali sehari. Kalau korang pegi ke Bali, jangan pelik kalau tengok boleh katakan setiap rumah or kedai diorang ada campuran bungan yang diletakkan di dalam daun nipah yang dianyam menjadi segi empat seperti kotak. Itu sebenarnya tanda mereka sembahyang dengan harapan tiada unsur-unsur jahat datang mendekati keluarga dan perniagaan mereka.
Di Bali juga memang terkenal dengan budaya "pim..pim..". Bunya hon la tu,,..hehehe..seawal 5 pagi, korang dah dengar bunyi hon yang bingit dan boleh menghilangkan ketenteraman jiwa di kala sedang diulik mimpi..hehehe..Budaya men hon kenderaan memang sangat terkenal disini..tak silap saya orang cakap kalau ke Jakarta pun sama jugak macam ni, sory i tak pernah sampai lagi..Tujuan mereka hon bukan nya sama seperti tujuan kita disini..Kalau di Malaysia ni, kita akan hon bila kita rasa orang tu bawak keta macam haremm kann..tapi bezanya di Bali, tujuan hon adalah untuk memohon supaya beri laluan kepada mereka, dan juga akan dibalas dengan hon juga sebagai tanda berterima kasih..Unik kan?
Orang Bali sangat suka kalau orang Malaysia datang ke sini. Dan kita sangat terkenal dengan kartun Upin & Ipin tau! Kebetulan my husband ada simpan ringing tone "Betul..betul..betul..", terus Alit mintak transfer ke hanphone dia..budak-budak kat sana memang suka banget kartun ni tau! Proud to be Malaysian! ^___^
Apa-apapun memang seronok belajar tentang budaya dinegara orang. Tapi bak kata pepatah, "Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..lebih baik dinegeri sendiri"..Bersyukurlah berada di bumi Malaysia..cukup serba serbi..aman damai..
13 yang mengekspresikan diri:
dulu plan nk p sana honeymoon tp kecoh pasal H1N1 plk.terus cancel.huhuhu
@Ainul
takpe dear..boleh pegi dah la ni..Bali is free from H1N1..heeee
bestnya..hadif xikut ker dear?
@[DnaZz]
hehe..dear, time ni Hadif baru in the making...hihi
akak rasa satu indonesia agaknya suka main hon hon hehehe..bandung pun hon.. jakarta lagiiiii laaa.. huhuh
Assalam...panjang berjela penerangan puan blog...hehe...rasa lengkap mcm takyah pegi je. Teringin juga dan sdg mencari2 mana destinasi kami hujung tahun atau pertengahan thn dpn. Merancang beriya2, ntah dpt pergi ke tidak, taktau lagi.
dua tiga menjak ni akak asik terbaca kisah org ke Bali je. teringin gak nak pegi.
@Munirah Abd
itula..dah mcm budaya diorang kot..
@~~zAnAfAhMi~~
hehe..just a lil tips if u berminat nak ke Bali..pegi lah...best..kalau nak contact number Alit ni, just inform me.. =D
@dhr
yeke..ha tu tandanya nak suh akak pegi la tu..pegi la..seronok berdua-duaan.. =D
After a distinctly uncomfortable introduction to the practice of travel, if I could possibly help it, I would never travel disagreeably again.
Read more: http://www.hobotraveler.com/jo2travelquotes.shtml#ixzz1rd6gAyrV
Flights to Freetown
argh,luckly i jumpa blog u kak.
ingt nk honeymoon ke bali
tapi xtau nk mik agent ke atau redah
nnti smpi sana mcm mana kak?
supir sana x bohong ke?heheh
@AIN MUSTAZA
dun wory orang sana sume baik-baik..trust me..kalo nak contact number alit ni pun akak boleh bagi.. =)
Post a Comment