Assalam,
Entri hari ini diteruskan dengan perkongsian info tentang persediaan sebelum masuk/pindah rumah. Sesiapa yang ketinggalan entri sebelum ni, korang boleh refer kat SINI. Hari ni nak share dengan korang kat mana aku menggila membeli lampu hiasan dan juga kipas untuk rumah baru nanti. Alhamdulillah, semuanya dah siap pasang, cuma today aku nak kena pegi balik kedai tu sebab depa tersilap bagi bulp kaler putih. Aku tak salahkan diorang nape boleh tersilap, kalau korang nak tau nape aku cakap camni..Korang try la pegi ke sana..especially time weekend..Kena jalan macam ketammm...hukhukk =P
Inilah kedai yang saya maksudkan, Houses Lightings ni lokasinya senang je nak cari,. Dekat Puchong, betul-betul tepi hiway je korang dah boleh nampak kedai ni before naik flyover. Kedai nya masyallah, punyalah sempit tapi korang boleh pilih berjuta-juta lemon jenis lampu yang korang suka..Ikut citarasa lah, kalau suka konsep moden, pilihla lampu jenis moden, kalau klasik pun ada jugak, kalau ala-ala resort gitu pun ada. Suka hati koranglah nak pilih...
Yang saya kagumnya dengan kedai ni, kaunter bayar dah macam kaunter dalam bank. Siap kena amik nombor okey..Memang ramai teramat sangat. Setakat korang nak datang time weekend tu, boleh cuci-cuci mata je la. Sebab korang memang takkan dapat layanan istimewa daripada promoter diorang. Bukan sebab depa sombong, seyes aku rasa diorang sangat friendly. Nak-nak kalau korang jumpa sorang Indian girl ni nama dia Rajesh. Aku boleh rekomen korang jumpa dia, sebab dia sangat baik. Aku kan bila dah rambang mata, mula la tak tetap pendirian..Kejap nak hok tu, kejap nak hok ni..Dia memang layankan je aku...hihi..Tinkiu ajesh, jumpa lagi aku ngan ngko petang ni.
Kitorang ni rasanya dah dekat 10 kali kot datang sini. Aku baru berjanji pada rajesh yang aku takkan datang dah lepas ni sebab ahkak malu ngan dia..hehhe..tapi hari ni terpaksa ko ngadap muka ahkak lagi dik sebab semata-mata nak tukar lampu mentol yg ko silap masuk ni. 10 biji plak tu, kalau sebijik aku redha je tapi ni banyak..memang kena tukau..
Firstime datang bawak ummi ngan abah datang dari Kuantan semata-mata depa nak beli lampu dan kipas. Abah kata dia bawak 1.5k je nak beli semua rimau gajah tu. Tapi memang berbaloi lah sebab abah dapat jugak beli lampu candeliar, dan beberapa ekor kipas yang dia nak. Time tu aku bersabor je lah nengok ke abah ngan ummi bershopping sakan. Aku dah siap target dah nak beli lampu yang hok serr ni memang idaman hati betui..Tibe time nak beli dah sold out..nanges!
Takpe, ada banyak sangat pilihan..Nak yang murah gilebabeng pun hado..Nak yang mahal pun hado jugak. Nak yang sedang-sedang pun takpe..Terpulang pada citarasa and of course la budget yang korang ada. Pastu, listkan betul-betul, berapa unit lampu dan kipas yang perlu dibeli. Ha, lupa nak cakap, kitorang memborong jugak beli suis dan plak yang cantik-cantik gitu..Itupun korang boleh pilih nak yang murah or mahal..Macam-macam adoo!
Tips: Datang lah time weekday..tinggalkan anakanda dirumah..kalo tak pingsan nak berambat dengan dia..hehe
10 yang mengekspresikan diri:
dah ko kate kat sini murah kan..meh aku try g plak..tgk cane..klu murah gile2 dr kuantan...harus la beli kat sini kan..dah alang2 duk kl ..ye tak..huhuhuhu..bagus info ini..
cantik2 kan lampu, kite dulu ms nk pindah masuk rumah pening memilih lampu, berpinau mata, dah dpt yg bkenan syok xterkata, hari2 pandang lampu, lampu kan penyeri rumah...hehe
Skrg ni xsampai 2 thn lg beli lampu tu dah rosak, xmenyala ingat mentol kn tukar rupanyer lampu tu yg rosak...hampeh!
@azimahahmadzaki
datang sini babe..baru ko tau murah ke idak..sebab tu bapak aku borong kat kedai ni..lai lai lai...hehe
@~Siti Hajar~
betul tu..lampu pun salah satu aset yang disayangi dalam rumah kan..hehehe
saya borong lampu dgn kipas kat situ jugak..mmg murah berbaloi2
dah lama tau kedai ni sbb ramai yang rekomen..smlm pas keje gerak pegi sana sampai dalam pukul 8pm dah tutup dah....aishhh hampeh.
rajin singgah la blog kita plk k
http://www.husnamn.blogspot.com/
@Nur Raihana Abd Rahim
best kat situ kan..boleh menggilaaaa
@Husna
memang tutup awal..kena datang tengahari or petang org tak ramai..ok, i dh follow u!!
saya tengah cari kedai lampu murah....mungkin boleh g sini
@Atia Adina
highly recommended!
Post a Comment