Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Rumah. Show all posts
Showing posts with label Rumah. Show all posts

Wednesday, July 4, 2012

Update Rumah: Pasang Langsir

Ok, langsir kat rumah dah siap dipasang. Wah...rasa sangat teruja bila langsir dah siap tersergam dan hampir melengkapkan teratak baru kami. As i told u, kami tempah langsir ni di Jakel, Shah Alam. So, dalam pukul 11.pagi Sabtu tu, installer dah datang. Depa buat kerja dua orang, memang cekap, pantas dan tuntas! Kejap je siap depa duk godek-godek, pastu taraaaaa dah siap!

I kan pencinta biru yang tegar kan...So, korang mesti dah boleh agak kan apa warna langsir rumah kami kan..kan..kan...hehe..Memang semua bilik dan ceruk yang berlangsir, saya pilih warna biru. Tapi jangan salah anggap ye, sebab biru ni macam-macam jenis biru. Ada biru turqoise, ada royal blue, ada electric blue, dan macam-macam jenis biru lagi. Saya cuba suaipadankan dan bermain dengan tona-tona biru supaya tidak kelihatan membosankan.

Untuk ruang tamu, saya sengaja pilih silver blue yang bercorak damask. Disebabkan ruang tamu kami tidak diletakkan wallpaper, so saya memilih langsir bercorak damask ini agar ruang tamu saya tidak kelihatan terlalu simple. Bila masuk je rumah, memang akan rasa tenang dan sejuk sebab warna langsir itu yang mungkin banyak memainkan peranan. 

Biru sangat sesuai digandingkan dengan putih, kelabu atau silver. Sebab itu, saya memilih gabungan warna putih dan biru untuk kabinet dapur saya. Dari segi pemilihan perabot juga saya banyak gabungkan dengan warna putih except for my L-shape sofa. Saya dah taknak amik risiko beli sofa kaler cerah sebab sofa yang lama ni memang sangat cerewet nak maintain bersih, suci dan murni. So, sofa lama ni i nak letak di ruang tamu atas. Untuk sofa baru, saya beli warna hitam, dan masih ada sedikit sentuhan biru uols (nak jugak). hehehe

Masa installer datang ukur langsir sebelum ni memang request nak ketinggian maksima untuk nampak rumah i yang comel ni lebih luas. Cuma tinggalkan sikit space untuk plaster ceiling. Tapi bila curtain dah siap, rupanya ukuran tu tak mencapai ketinggian maksima punggg..sebab biasalah i kan interior designer tak terlatih...hehe..tak reti nak bajet plaster ceiling tu tebal mana..hihi..tapi takpe..i'm still happy with the result..

Sengaja takpilih railing kayu supaya tak lari dengan konsep..(ecess..padahal sebab mahal..haha)


Hurm..bila dah ada kerja men drill ni opkos lah rumah akan berhabuk balik..Opsss..terlupa nak story mory pasal cleaning services yang haramjadah punya mangkuk ni (nada sangat marah). Sebab kan depa ni, kami terpaksa cari orang lain untuk buat balik kerja tertangguh depa ni. Dahla kuangajau, rosak binasa tinted umah ahkak tau..sentapppp sangattt...next entry i share ye..Harap sangat perkara ni tak terjadi kat korang..sob..sob..

Tuesday, May 15, 2012

Home Progress : Lampu dan Kipas

Assalam,

Entri hari ini diteruskan dengan perkongsian info tentang persediaan sebelum masuk/pindah rumah. Sesiapa yang ketinggalan entri sebelum ni, korang boleh refer kat SINI. Hari ni nak share dengan korang kat mana aku menggila membeli lampu hiasan dan juga kipas untuk rumah baru nanti. Alhamdulillah, semuanya dah siap pasang, cuma today aku nak kena pegi balik kedai tu sebab depa tersilap bagi bulp kaler putih. Aku tak salahkan diorang nape boleh tersilap, kalau korang nak tau nape aku cakap camni..Korang try la pegi ke sana..especially time weekend..Kena jalan macam ketammm...hukhukk =P


Inilah kedai yang saya maksudkan, Houses Lightings ni lokasinya senang je nak cari,. Dekat Puchong, betul-betul tepi hiway je korang dah boleh nampak kedai ni before naik flyover. Kedai nya masyallah, punyalah sempit tapi korang boleh pilih berjuta-juta lemon jenis lampu yang korang suka..Ikut citarasa lah, kalau suka konsep moden, pilihla lampu jenis moden, kalau klasik pun ada jugak, kalau ala-ala resort gitu pun ada. Suka hati koranglah nak pilih...

Yang saya kagumnya dengan kedai ni, kaunter bayar dah macam kaunter dalam bank. Siap kena amik nombor okey..Memang ramai teramat sangat. Setakat korang nak datang time weekend tu, boleh cuci-cuci mata je la. Sebab korang memang takkan dapat layanan istimewa daripada promoter diorang. Bukan sebab depa sombong, seyes aku rasa diorang sangat friendly. Nak-nak kalau korang jumpa sorang Indian girl ni nama dia Rajesh. Aku boleh rekomen korang jumpa dia, sebab dia sangat baik. Aku kan bila dah rambang mata, mula la tak tetap pendirian..Kejap nak hok tu, kejap nak hok ni..Dia memang layankan je aku...hihi..Tinkiu ajesh, jumpa lagi aku ngan ngko petang ni.



Kitorang ni rasanya dah dekat 10 kali kot datang sini. Aku baru berjanji pada rajesh yang aku takkan datang dah lepas ni sebab ahkak malu ngan dia..hehhe..tapi hari ni terpaksa ko ngadap muka ahkak lagi dik sebab semata-mata nak tukar lampu mentol yg ko silap masuk ni. 10 biji plak tu, kalau sebijik aku redha je tapi ni banyak..memang kena tukau..

Firstime datang bawak ummi ngan abah datang dari Kuantan semata-mata depa nak beli lampu dan kipas. Abah kata dia bawak 1.5k je nak beli semua rimau gajah tu. Tapi memang berbaloi lah sebab abah dapat jugak beli lampu candeliar, dan beberapa ekor kipas yang dia nak. Time tu aku bersabor je lah nengok ke abah ngan ummi bershopping sakan. Aku dah siap target dah nak beli lampu yang hok serr ni memang idaman hati betui..Tibe time nak beli dah sold out..nanges!

Takpe, ada banyak sangat pilihan..Nak yang murah gilebabeng pun hado..Nak yang mahal pun hado jugak. Nak yang sedang-sedang pun takpe..Terpulang pada citarasa and of course la budget yang korang ada. Pastu, listkan betul-betul, berapa unit lampu dan kipas yang perlu dibeli. Ha, lupa nak cakap, kitorang memborong jugak beli suis dan plak yang cantik-cantik gitu..Itupun korang boleh pilih nak yang murah or mahal..Macam-macam adoo!



Tips: Datang lah time weekday..tinggalkan anakanda dirumah..kalo tak pingsan nak berambat dengan dia..hehe

Wednesday, May 2, 2012

PARADOX Security System, pilihan kami!

Assalamualaikum..

Setelah 4 hari tidak bersiaran di X-Presi (maap ye, hari cuti adalah sepenuhnya bersama famili), seperti yang dijanjikan pada entri INI, hari ni nak share dengan korang pasal alarm system yang dipilih untuk dipasang di kediaman baru kami. Ya, seperti yang tertulis di tajuk entri, Paradox Security System adalah menjadi pilihan kami berdua memandangkan ramai juga yang rekomen kan brand ni. Hanya bayar sekali saja, takda caj bulanan. Paradox merupakan jenama daripada Kanada yang sudah lama menapak di dalam industri ini sejak tahun 1989. 

Kenapa memilih PARADOX?

1) TWICE THE SECURITY
Paradox can secure two separate areas with one single system. This means your kitchen can be disarmed for maid to do their chores while all other areas in your home remained armed. System can automatically arm your personal office so that only you can access it. 

Paradox ni akan dipasang pada 2 tempat untuk memudahkan kita control or stop alarm. Satu berdekatan dengan main door, satu lagi dipasang di dalam master bedroom. So, kalau alarm kita berbunyi, tak payah la merisikokan diri turun ke bawah. ^____^

2) ALARM THAT TALK
Voice module will call up to 5 phone numbers to tell you which alarm zone triggered. System will also guide you by voice to arm and disarmed your system, turn on lights and check system status. GSM module can send out SMS to notify alarm event. You can also arm/disarm alarm using SMS.

Mudahkan? So kalau alarm rumah berbunyi time kita takda kat rumah, Paradox akan hantar SMS or voicecall untuk maklumkan pada kita bahawa terdapat zon yang berbunyi. Sementara nak tunggu kita sampai tu, mestilah memekak je alarm tu kan. Dun wory, kita boleh stop kan bunyi bising tu hanya melalui handphone sahaja.

3) GO INTERNET
Internet module will send out email to you in the event of alarm. You can check current alarm status and control your alarm from a web browser everywhere in the world.

4) MINIMA FALSE ALARM
Paradox patented technology such as intellizones, zone sensitivity. Auto-pulse signal processing. Automatic-Temperature compensation and Pet-Immunity worked hand in hand to keep false alarm to the very minimum.

5) EASY, FLEXIBLE AND STYLISH
ONE-TOUCH arms the system with just ONE button. Flexible 3 protection level when you are away, stay inside or sleeping at home. Stylish contemporary design of keypad to suit modern lifestyle.

********
Okay, info kat atas ni i copypaste je info yang dapat melalui pamplet yang depa bagi. Malas nak translate takut tetibe nanti tersalah maksud kang, tak masai bagi info auta kat korang..hehe..

Untuk saiz Semi-D yang tak berapa nak besar macam rumah saya ni, kos pemasangan termasuk la kerja menghacking dinding dan siling umah, lebih kurang RM2,000. Actually kitorang amik dengan diorang sekali untuk install motor auto-gate. Untuk auto gate dia caj RM1,500. Overall dua-dua benda alah ni still in budget kitorang.. ^___*

p/s: Weekend hari tu, dah panggil orang yang nak pasang Grill dan Kitchen Cabinet datang amik ukuran kat umah. Next entri share ngan korang pasal ni ek. Jangan risau, selagi Kemn yang menjadi nakhoda kapal (en asben Tuan Bendahara je..hehe), selagi tu la setiap benda tu akan dapat harga terbaik..Everysinglething is in budget. hehehe..

Bye!

Wednesday, April 25, 2012

Perkara yang perlu dilakukan sebelum masuk rumah baru

Hola!

Dah lama tak update pasal rumah kan? Bukan tak nak update, tapi lepas je dapat kunci tu..developer tak siap-siap lagi baiki defect yang ada. Defect takdala banyak sangat, tapi kena fahamla nak baiki sana sinun kena ikut turn kan. Dalam pada tu, kami bukanlah berdiam diri duk sesaje tanpa memikirkan apa yang perlu dibuat sebelum masuk rumah.

Alhamdulillah, setelah mengambilkira bajet dan kos keseluruhan khas untuk masuk rumah baru ni, rasanya kami dah berpuas hati dengan tawaran harga daripada kontraktor kedua kami. First kontraktor tu terpaksa reject sebab quotation depa bagi fuhhhh...memang tak masuk akal. Tapi sebab depa ni kontraktor Kelas A, dah biasa buat renovation rumah juta-juta gamaknya, maybe diorang tak tau macam mana nak buat quotation untuk rumah yang sedang-sedang je ni kot. hihi..

Berbalik kepada tajuk entri, actually nak share dengan korang pasal pemasangan alarm system. Itulah padahnya bila beli rumah kat sini. Kalau kat kampung halaman, umah umi dan abah tu...Jangan kata alarm system...gate kat depan tu semenjak azali memang tak pernah berkunci..hihi..So, this is my first experience lah kan..Kena banyak study pasal alarm system ni..Besok gasakla silap tekan..hari-hari bunyi siren memekak kat rumah aku ni..hehe

Tapi sebelum nak share dengan korang pasal alarm system yang kami pilih ni, saya nak share something yang rasanya mungkinlah berguna untuk korang semua yang bercadang nak pindah/masuk rumah baru. Perkara-perkara asas seperti ini perlulah dilakukan mengikut keutamaan yang terdahulu. Actually kalau takda consultant rumah, kami pun tak tau yang mana patut dibuat dulu. A million thanks to kawan husband, Ijan sebab sudi jadi consulant tak berbayar kami..hehe

Pertama: Alarm Wiring
Before kita nak buat segala bagai mak nenek kat rumah ni, kita kena panggil orang yang nak pasang alarm tu untuk diorang buat kerja wiring dulu. Ye la, benda ni memang agak leceh bila ada siling, dinding yang perlu dihacking untuk kerja-kerja wiring yang berkaitan dengan pemasangan alarm ni.

Kedua: Wiring
Dah siap suruh orang alarm tu wiring, now baru la panggil orang yang nak buat wiring satu rumah. Before tu kita dah kena kenalpasti jugak mana-mana tempat yang nak kena tambah point untuk plak atau suis.

Ketiga: Plaster ceiling
Then baru la boleh buat plaster ceiling. Yang ni pun kena bincang betul-betul nak buat design lagu mana. Sat lagi, dah siap buat takleh nak cabut-cabut dah.hehe...

Keempat: Mengecat rumah
Dah setel sume perkara-perkara yang melibatkan benda-benda tersorok diatas, baru la boleh mengecat rumah. 

Kelima: Kitchen Cabinet/Build in wardrobe/build in tv cabinet
Dah siap wiring, plaster ceiling dan  mengecat, boleh la nak panggil orang buat kitchen cabinet. Kalau ada yang nak buat wardrobe pun dah boleh suh depa buatkan. Sebab semua kerja-kerja "kotor" dah selesai kan, baru la buat kerja-kerja "cantik" pulak.
Keenam: Tinted cermin
Dah siap cat apa yang patut, pasangla wallpaper siap-siap kalo nak..baru la kita pasang tinted cermin. Tinted ni kena tengok juga brand apa. Kalau brand from China or Korea memang murah, tapi faham-fahamla kualiti dia macam mana. Tujuan utama pasang tinted ni bukan je sebab nak cantik semata, tinted juga boleh mengelakkan langsir kat rumah kita tu kualitinya sentiasa maintain, tak lusuh dek panas sang mentari..cewahh! =D

Ketujuh: Grill
Dah siap pasang tinted, barulah korang pasang grill. Diingatkan, korang kena bagitau kat orang yang nak buat grill tu, kena buat satu tingkap kecemasan yang boleh dibukak bila ada kecemasan. Biasanya buat kat tingkap dalam bilik. Kalau kat tingkat atas tu dah ada pintu, kalo boleh korang mintak jugak buat untuk tingkap kecemasan. Just incase ada kebakaran or penyamun ke, boleh la korang keluar ikut tingkap tu. Tapi makesure la kat luar tingkap tu ada tempat nak landing..

Kelapan: Pasang alarm & auto gate
Dah siap godek-godek satu rumah..lastttttt sekali baru la korang panggil orang pasang alarm & auto gate tu. Ni kira benda paling last la korang buat sebelum nak masuk pindah rumah..Ok !
p/s: setakat ni kami baru start yang mula-mula sekali tu..Next week nak suruh orang buat kitchen cabinet datang amik ukuran kat rumah. At the same time nak suruh jugak orang buat grill datang amik ukuran. Sekarang kerja kena buat multi-tasking..nak pindah cepat kannn...itupun kali sempat nak pindah before kursus 6 bulan.. ;(



Okay setakat tu je sesi knowledge sharing pada pagi ni.. Sharing is Caring!! Next entri kita update pasal Alarm System okey! ^_______^

Friday, August 19, 2011

Jangan lupa beli KOSMO! Ahad ini!!!!

Hye!! 

Alhamdulillah...photoshoot deko dah selesai tadi  dan semuanya berjalan lancar...Secara ringkasnya, wartawan banyak tanpa pasal obsesi ku kepada warna biru..tergelak dia nengok alas tong gas pun warna biru..hikhik..

Ape-apepun saya ucapkan terima kasih banyak-banyak juta lemon grass to wartawan KOSMO!, Kak Afzan dan photographer, Kak Ina kerana sudi datang ke rumah saya. Mintak maaf banyak kalau dekorasi rumah saya tidak menepati ciri-ciri dekorasi seperti yang diharapkan. 

Seperti yang saya maklumkan, saya memilih ciri-ciri minimalis moden, tampak ringkas dan sederhana dan ditambah pula dengan elemen biru yang menenangkan jiwa dan sanubari ini..chewahhhh!!..Saya menghias hanya mengikut citarasa sendiri dan disesuaikan dengan sedikit sentuhan biru pada elemen-elemen tertentu.

Antara soalan yang ditanya wartawan ialah:

W: Dah berapa lama mendiami kuarters ini?
K: Lebih kurang setahun la..sebab seingat saya, saya tengah mabuk teruk masa pindah rumah ke sini..hihi

W: Memang obses pada warna biru ke?
K: Ya, memang sukakan biru!

W: Sejak bila obses dengan warna biru ni?
K: Sejak kecik lagi..tapi tak ingat sejak umur berapa tahun..sejak dalam perut kot..hehehe..

W: Ada apa-apa @ mana-mana rujukan ke awak menghias rumah ni?
K: Tak da..saya ikut citarasa sendiri je..susun atur pun sama..cuma hiasan meja tu je saya refer buku, sebab dah awak cakap suruh letak pinggan mangkuk bagai kann..jadi saya kena refer buku takut jugak la salah etiket protokolnye..hehehe

W: Kekerapan awak mengemas rumah?
K: Saya akan pastikan sebelum tidur rumah mesti kemas. Lepas anak dan suami tidur, saya akan pastikan semua barang akan berada di tempat asal. Pagi-pagi sebelum pergi kerja juga, saya akan pastikan semua nya kemas.

W: Memang suka warna biru ye? Semua jenis biru ke? (sekali lagi soklan yg sama ditanya..hehe)
K: Ya, memang suka warna biru. tak tipu kak! (ni aku tambah je..heheh). Saya percaya warna sangat mempengaruhi tingkahlaku kita. Warna biru sinonim dengan ketenangan..Ya, apa-apa sahaja yang berwarna biru, biru laut, biru muda, biru turqoise, biru langit..memang saya layan je semua...tapi kan, takdela sampai semua baju saya warna biru..ada jugak warna lain..cuma prioriti adalah warna biru..hehehe..dulu masa di U saya dan roomate juga menghias bilik kami dengan warna biru..seingat saya 3 kali dapat Anugerah Kamar Idaman (nak enterprem gak award aku dapat tu..hehe..tetibe time tu tingat roomate Kak Nana =D)

W: Ada perancangan lain tak untuk menambah dekorasi di rumah?
K: Setakat ni fullstop dulu, kerana sekarang ni fokus saya pada persediaan dekorasi di rumah sendiri. Insyaallah tahun depan, rumah saya siap. Barulah boleh curahkan semua idea di rumah baru biru saya tu nanti..hehehe

Okay, banyak lagi soalan pasal suami, anak dan lain-lain...tapi tak ingat dah macam mana soalan dia..hehe..

**********

Apa-apapun, saya sangat menghargai kedatangan beliau ke rumah saya..ini juga pengalaman baru pada saya..(camni gupenye kena interbiu ngan reporter..hukhuk)

So, nak tau lebih lanjut mengenai dekorasi Rumah Qu Syurga Qu ini, jangan lupe beli akhbar KOSMO! Ahad ini ye kawan-kawan..Saya pun berdebar jugak menanti hari Ahad ni..teringin juga nak tengok idea  merepek dekorasi sendiri dalam paper..lagi satu, apelah yang dia tulis pasal aku ni..hihihi..

p/s: mood hari ini: LEGAAAAAA...........

Hari ini: Tolonglah jangan cuak sangat derrrr...

Salam to all my dear readers!!!

Seperti yang saya maklumkan pada entri semalam, hari ini merupakan hari yang boleh dianggap sebagai hari yang bakal mencipta kenangan manis yang tak mungkin dapat dilupakan dalam hidup saya...hehe..over aku kann!!..yela, mana la tak seronok kan bila dapat peluang macam ni..

Peluang yang datang ni mungkin hanya sekali seumur hidup (tapi kalo ada offer lagi, memang laju je den jawab setuju..hehe), dan saya harap ia tidak menghampakan pihak media (KOSMO!) dan juga pembaca akhbar tersebut..tak lupe juga pada kawan-kawan yang menyokong saya (tak boleh belahh ayat macam perasan retis..hahaha)

Ape-apepun, any info about this will be update from time to time ye...

Bye!

p/s: selagi benda alah ni tak setel, tak tau apehal nak kena cuak tahap gaban ni...ish!!

Thursday, August 18, 2011

Surat dari KOSMO! Ahad

*******

Assalamualaikum empunya kemnrocky.blogspot.com.


Saya Afzan, reporter dr akhbar Kosmo!. Saya ada ternampak blog anda - page rumah qu syurga qu.

Kami di Kosmo! Ahad ada satu kolum mengenai dekorasi. Anda berminat jika kami siarkan rumah anda dalam akbar kami?

Kolum ini keluar setiap Ahad, dan kalau puan berminat, boleh lah kita aturkan masa untuk ke rumah puan.

Kalau ada sebarang pertanyaan, hubungi saya - xxx-xxxxxxx atau melalui emel ini.

Saya berbesar hati sekiranya puan dapat beri kami peluang rakam dan siarkan rumah mood biru puan tu ;)

Sekian, terima kasih.

********

Ya Allah! Rasa nak terpingsan je baca emel ni!! Yeke ni!! Eh, apesal macam tak caye lagi ni ek..jakun kehape aku ni..Perasaan ni bercampur baur..rasa ketaq kapla lutut pun ada. Biar betul???

So, untuk kepastian saya pun mesej la cik Afzan ni..lagi rasa nak tercabut lutut bila dia cakap kalau saya setuju diorang nak datang photoshoot rumah aku hari Jumaat ni..maknanye esok la tu kan!! (memang setuju la kan..peluang sekali seumur hidup ni..hihi)

Okay, masih lagi tak caye ni..Untuk kepastian lagi..saya call sendiri KOSMO, tanya betul ke cik Afzan ni wartawan KOSMO..Hah, nasib baik betuii..sayani bukan apa, fobia jugak rasanya..mana la tau ada sindiket ke kan..maklumla, pengalaman handbeg kena rembat dengan haram jadah minah yg konon2 "baik hati" tu buat saya jadi kurang percaya dengan "strager" ni.

Jadinya, esok cik Afzan n kru lain akan datang rumah saya jam 1.30 petang..Jumaat orang gomen rehat lame ye kawan-kawan..Nak amik cuti tak boleh dah, bulan ni dah banyak kali EL jaga my baby tak sihat hari tu.

Pening den ni..Pening campur dengan pelik nape rumah saya yang jadi pilihan..kuarters pulak tu..happy memang la happy banget!! tapi selagi benda ni tak selesai, saya akan rasa cuak tahpape sampai naik cemuih nak berulang ke toilet nak bery..hehehe..

Kalau ikutkan gambar yang saya published kat SINI, gambar tu saya amik betul-betul lepas pindah rumah. barang pun tak banyak. Sekarang pun tak banyak hokeh..hehe..Saya memang tak suka barang banyak sebab penat nak ngemas balik bila berkecah-kecah sana sini. Saya suka bila rumah nampak kemas, takda hiasan kecik-kecik atas console table ke or sewaktu dengannya. Balik rumah, buka pintu..rasa sejuk mata memandang bila rumah kita bersih dan kemas kan.

Saya hias mengikut citarasa saya sendiri je, duduk pun kuarters kerajaan kan. Kalau rumah sendiri nanti lain lah, boleh tempah kabinet dapur, cat sini, wallpaper sana, landskap situ..tak sabar pula rasanya nak pindah rumah..hihi..Tapi kan, gambar tu kat living room je. Menurut wartawan ni, esok diaorang akan photoshoot semua ruang termasuk lah bilik tidur dan dapur...hah gasak la kak oi!!

Apepun, tunggu sahaja lah kemunculan Rumah Qu Syurga Qu di salah satu kolum di KOSMO! Ahad ini. Jangan lupe beli tau!. Dah beli tu, sebarang kutukan dan kritikan adalah dialu-alukan. hehe..

psssttt...sentuhan biru of course la kan..tapi hanya pada elemen-elemen minima sahaja..tunggu..... =)

Tuesday, January 25, 2011

Rumah Qu Syurga Qu

Hari ni saya nak share dgn semua pasal deko2 rumah..Saya pasti korang mesti ada pilihan konsep tersendiri kan? Saya memang suka menghias rumah ni..tak yah kata rumah la..dulu zaman kat UUM, bilik yang kecik cuit tu pun ku hias bagai..ehem2 nak bgtau jugok le,..me dgn roomate ku, Kak Nana tetiap tahun dapat award tau!!! (Anugerah Kamar Idaman Kolej MISC, Universiti Utara Malaysia) ..hehe..alololo..tingat pulop dengan kakak roomate ku yg comey tuh..Memang best duk sebilik ngan roomate yang pembersih, sebab dia suka bersih..saya suka hias..so mmg jadilah kann..(kami siap bela ikan tau dlm akuarium biru)..oh..oh..sungguh rindu saat itu!!


So, bila sekarang dah berkeluarga..me ada chance la nak deko2 rumah pulopss..walaupun kediamanku sekarang hanyalah sekadar rumah kuarters kerajaan..ku peduli hape, nok jugok deko2nya..yela, sementara nak ada rumah sendiri kan, kita curahkan dulu idea deko ni di rumah kuarters..takpelah takleh selok2 (beria) sangat nak deko, meaning that takleh lah nak selok cat feature wall lah, wallpaper lah, candeliar lamp lah..me, deko mana yang boleh je..


Konsep yang saya pilih adalah lebih kepada moden kontemparari plus minimalis..rumah yg saya diami skrg ni tak lah terlalu besar dan tak lah terlalu kecil (wasatiah2 je)..so pada saya, tak perlu lah dipadatkan dengan kabinet or perabot bagai..mana yang perlu saja la kan..omputeh kata "less is more"..hehe..saya memilih gabungan warna hitam dan putih untuk menampakkan rumah ku tidak la terlalu sempit..warna mmg betul2 main peranan dlm deko2 ni..


Untuk highlight, of courselah akan ku pilih warna febret kan..kata Pencinta Biru ye dop? Tapi tu lah..saya ada sedikit ralatlah dgn men'deko' umah ni..sampai la ni, saya still tak jumpa lagi furnishings or sofa yang menepati ciri2 kebiruan yang saya kehendaki..kata my husband, "tak yah la beria nak cari, nanti umah sendiri ikut you la nak biru dari siling sampai ke lantai"..hikhikhik..setepek kena kan..padan muka ku..tapi cam tetiba nak cari frame beso kat Ikea, saya penah nampak hok warna biru..huhuhu..nok jugok kan..


Ni saya ada la snap beberapa keping gambar di rumah saya untuk tatapan umum..kalau korang ada any idea sudilah kiranya share dgn saya..sharing is caring!! (ground floor je okehh..tingkat atas plan nak deko pas beranak..huhu)















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...