Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, December 10, 2013

Misi Bantuan PASCA-BANJIR

Assalamualaikum semua,

Kepada rakan-rakan di FB mungkin sudah sedia maklum dengan misi bantuan ini. Alhamdulillah, tiba-tiba terpanggil untuk menjalankan misi ini bersama sahabat-sahabat yang lain. Pada mulanya rasa kurang yakin nak teruskan, tetapi atas sokongan dan bantuan rakan-rakan di kementerian lain, saya meneruskan hasrat ini dengan niat ingin membantu sedaya mampu yang boleh.

Kita sedia maklum banjir kali ini merupakan antara banjir terburuk yang pernah dicatatkan terutamanya di daerah Kuantan. Kebanyakan daripada mangsa tidak menjangka bencana ini akan memusnahkan semua harta benda mereka memandangkan paras air naik sehingga mencecah bumbung kediaman mereka.

Menyoroti pengalaman saya yang pernah terlibat dengan kejadian seperti ini pada sekitar tahun 2001 yang lalu, ia cukup terkesan dan mungkin kerana inilah menguatkan hati saya untuk cuba membantu mangsa-mangsa banjir walau pun dari jauh. Dahulu pun dah terasa sayu melihat harta benda di kediaman rakan-rakan di Sg.Isap, tetapi kali ini bertambah sayu bila melihat kediaman lama kami di Taman Uda berdekatan dengan Kg. Belukar turut musnah akibat bencana ini.

Benar, orang kata harta boleh dicari. Nyawa pula tidak boleh dijual beli. Alhamdulillah syukur rata-rata rakan-rakan dan saudara mara saya selamat. Ada yang tinggal di pusat pemindahan dan majoritinya tumpang di rumah keluarga/saudara mara yg lain sementara menanti air surut. Tetapi, kita perlu ingat, berat mata memandang, berat lagi bahu yang menggalas beban akibat bencana ini.

Kali ini kakak sulung saya adalah antara yg kurang bernasib baik. Beliau menyewa di Sg. Isap. Sudah tentu tiada satu barang pun yang dapat diselamatkan kerana air naik begitu deras. Abang ipar hanya dapat selamatkan dokumen penting sahaja dan selebihnya terpaksa ditinggalkan dengan perasaan yg sangat pasrah dengan ketentuanNya.

Hiba hati bila kakak menghantar gambar setelah banjir surut. Harta benda bergelimpangan dirumah. Pakaian anak-anak, peralatan ke sekolah, peralatan elektrik semuanya rosak dan tidak digunapakai lagi. Sedih mengenangkan nasib beliau sekeluarga namun semua ini pasti ada hikmah disebaliknya.

Atas dasar kemanusiaan, pasukan kami yang secara tak langsung pun ditubuhkan, cuba membantu mangsa-mangsa banjir di sekitar Kuantan bagi membantu meringankan beban mereka menghadapi ujian ini sama ada secara fizikal atau emosi.

Apa yang kami lakukan? Viral maklum kepada rakan-rakan di semua kementerian untuk sama-sama berganding bahu membantu dalam memberi sumbangan pelbagai bentuk. Asalnya, hanya menerima sumbangan berbentuk fizikal, bukan berbentuk wang ringgit. Namun, ada juga rakan-rakan yang tinggal jauh di negeri lain yang turut ingin membantu. Jadi kami bersetuju untuk menerima bantuan bentuk wang ringgit. Duit sumbangan yang kami terima ini akan kami tukarkan kepada barang-barang keperluan isi rumah yang boleh meringankan beban mereka selepas banjir. Dan secara prinsipnya, kami namakan ini sebagai #misipascabanjir.







Antara sumbangan yang diterima...



Keperluan yang kritikal

1 yang mengekspresikan diri:

fazianbatrisyia said...

semoga usaha ini diberi ganjaran Allah, dimurahkan rezeki amin...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...