Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, June 22, 2015

Perihal Anak - Solat dan Imam

Rasanya tak adil kalau takda satu entri pun cerita pasal anak kan?
Last entri yang aku cerita pada anak bujang aku sorang ni pasal Birthday Party idaman dia tu. Tapi itupun bukan specifically cerita pasal perkembangan Hadif.

Marilah aku ceritakan serba sedikit perkembangan Hadif yang dah masuk 4 tahun 4 bulan ni.

Alhamdulillah syukur sangat. Setakat ni, apa yang aku cuba ingin terapkan pada hadif betul-betul mencapai di luar jangkaan. Terutamanya pada penerapan kepada didikan agama lah. Ye lah, aku ni pun bukannya ibu yang sempurna terutamanya dari segi ilmu agama yang teramatlah kurangnya.. 

Hadif ni sejak umur 2 tahun lagi dia teringin nak jadik Imam. Seawal umur itu juga kami dah cuba biasakan bawak dia Jemaah di surau or masjid. Dari situ lah timbul keinginan dia nak jadi Imam. Bila aku dah Nampak yang dia cenderung dengan minat nak jadik Imam tu..Aku cuba ajar dia sikit-sikit surah-surah asas yang mudah. Bermula dengan Al-fatihah dan seterusnya surah 3 Qul. Kemudian aku nekad juga untuk ajar dia membaca Iqra'. Alhamdulillah dia berjaya khatam Iqra' 1 masa Ramadhan tahun lepas.

Aku cuba ajar dia apa yang aku rasa dia mampu buat, dan apa yang mampu aku buat. Aku hanya seorang ibu biasa dan ilmu agama pun biasa-biasa. Disebabkan ilmu yang biasa-biasa ni aku selalu niat yang anak aku nanti tidaklah ada ilmu yang biasa-biasa macam aku ni.

Berbalik kepada cerita Imam ni...

Masa awal-awal dia masuk LC, tiap kali balik sekolah dia akan merungut. Dia mengadu kat aku yang dia tak dapat jadik Imam. Padahalnya kat rumah, aku lah yang selalu beri semangat kat dia bila skolah nanti mesti dia boleh jadi imam.

Bila aku tanya teacher, solat di sekolah rupanya hanya diwajibkan untuk anak-anak umur 5 dan 6 tahun. Kanak-kanak 4 tahun hanya digalakkan untuk solat dan kebiasaanya hanya bertindak sebagai makmum sahaja.

Sampai je di rumah, aku berilah kata dua semangat kepada Hadif. Aku cakap kat dia yang dia perlu buktikan yang dia mampu jadi imam. So, apa yang aku buat tiap-tiap malam? Sebelum tidur Hadif akan hafal surah-surah mudah. Tak tergerak hati pulak nak ajarkan setiap bacaan dalam solat sebab aku rasa macam membebankan pulak dia nanti..
 
Tapi..tak sampai seminggu dia mula sekolah, aku rasa macam speechless yang amat bila mana aku dapat dengar satu per satu bacaan dalam solatnya serta tertibnya juga. Allahurabbi...memang bergenang air mata lah..

Keesokannya, aku berkongsi cerita ini dengan salah sorang gurunya. Aku rasa sangat terharu rasa macam nak peluk teacher sebab mampu mendidik anak-anak kecil seperti hadif ini. Aku rasa dulu lah kalau nak compare kan, darjah 6 baru lah aku tau betul-betul bacaan solat. Itupun sebab nak lulus KAFA..huhu..paling terharu bila Hadif mampu membaca Tahiyat Akhir dengan sangat lancar..syukur Ya Allah..

Di rumah aku sentiasa memberi peluang untuk Hadif memimpin solat. Walhalnya aku hanya niat solat sendiri je, sengaja nak timbulkan keseronokan dan buat dia happy yang dia juga mampu jadi imam walaupun di rumah..

Satu hari, Hadif pulang dengan wajah yang sangat ceria..kebiasaannya aku akan bertanya apa yang dibelajar, apa yang dia makan, dan ada lagu baru tak? hadif bercerita lah macam biasa..so, malam nak ready tidur tu, biasanya juga akan ada pillow talk. Sambil-sambil tu jugak ulangkaji hafazan surah-surah pendek dan mantapkan bacaan solat.

Pillow talk hari tu cukup cukup buat aku terharu. Sesudah je solat isyak, macam biasa dia jadik imam. Bacaan makin lancar tapi tajwid perlu banyak improve lagi. Sampai lah ke beri salam..dia lead juga bacaan doa selepas solat..
 
Sampai je part nak cium tangan aku, pelan-pelan dia bukak mulut, "Ummi,....hari ni abang jadik imam Solat Zohor di sekolah...". sambil muka tersipu-sipu malu macam siput..
 
Ya Allah tak tergambar rasanya perasaan ketika hadif membisikkan pada aku yang dia akhirnya berjaya jadik Imam di sekolah! Aku peluk dia kuat-kuat..sambil menangis jugak..Alhamdulillah..terima kasih syukur sangat-sangat Ya Allah Kau makbulkan hajat anak kecil ini.
 
Dari situ lah aku belajar tentang keajaiban doa seorang ibu. Sejahil mana pun seorang ibu itu, doa nya untuk seorang anak itu akan dimakbulkan Allah. Syukur Ya Allah..
 
Apa yang aku boleh share dengan korang serba-sedikit tentang cara nak jadikan SOLAT ini satu KESERONOKAN pada anak-anak:
 
CIPTAKAN PERMAINAN
hafazan surah-surah ni biasanya secara santai. Aku suka buat games untuk bagi dia rajin hafal. Kenkadang rasa macam tak logik je aku rasa apa yang praktikkan, tapi tak sangka dia suka. Anak lelaki ni kan memang lasak. Jadiknya aku selalu main "buai cangkung-cangkung"..haha..kalau korang tau lah games macam mana ni kan..aku tak sure apa lah nama sebenar aktiviti ni..tapi macam ala-ala senaman kaki dan lutut lah..at the same time, senaman ni bleh kempiskan babat kita yang berlemak tu tau! haha..So sesambil kita hayunkan dia dengan kaki kita tu, kita hafal sama-sama surah yang kita nak dia baca. Keypoint kat sini adalah..nak buat semua benda mesti lah buat bersama-sama..
 
SENTIASA ULANG DAN INGATKAN
Apapun kita nak ajar anak kita, mesti kena sentiasa ulang dan ingatkan. Contoh simple je macam nak ajar anak behave dan hormat masjid. Setiap kali anak kita akan keluar ke masjid, kena sentiasa ingatkan dia yang masjid adalah tempat solat, kalau nak main kena pegi playground bukan di masjid. Kalau nak pegi masjid tapi taknak solat, duduk diam-diam. Jangan pepandai nak bermesra cari geng nak main..masjid rumah Allah, Allah nampak apa kita buat..Then bila dia balik dari masjid, kita check balik. Dia solat ke tak? ..Begitulah rutinnya sampai ke hari ni..Aku memang tak pernah missed buat benda ni..Biarlah cuben panggil aku "pengawas"punnn...hasilnya? Alhamdulillah..aku belum pernah lagi terima berita dia balik je dari masjid, dia main dan menganggu Jemaah..Kenkadang kalo aku tanya hadif dia pernah je tak jawab..sesaje la nak bagi saspen kat pengawas ni..So, biasanya daddy la akan tolong jawabkan..hehe
 
Ini lah antara yang aku boleh kongsikan..banyak lagi cara terbaik untuk didik anak solat..banyak yang kita boleh praktikkan dan cuba sesuaikan mengikut personaliti anak masing-masing..
 
 
 
Semoga impian hadif untuk jadi Imam di masjid nanti akan tercapai..Insyallahh....
 
"Doakan abang ye.."
Okuss dokusss...

0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...