Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, October 8, 2015

Pengalaman Bersalin Secara Pembedahan (I-Section)



Ini cerita trobek 4 tahun lepas. Haha. Baru hari ni rasa nak berkongsi pasal pengalaman bersalin. Orang lain kemain eksaited, anak dah bulat kuor zasss terus update..punyalah tak sabar nak sharing kan..Seronok betul baca pengalaman memasing. Semua ada pengalaman yang berbeza.

Orang selalu kan cakap, kalau bersalin bukan secara normal tu..tak lain tak bukan secara pembedahan lah..Nama melayu nya selalu kita dengar “C-zer”. Bukan “scissor” a.k.a gunting tau. Hahaha..teringat husband aku slumber je dia update kat fb aku bersalin secara scissor..wakakaka..takpe la..semua orang maafkan dia sebab takda pengalaman lagi kan. Sekejam-kejam doctor membinasakan perut aku dedulu masa major laparotomy dulu, takda lagi aku rasa doctor yang kejam nak potong perut pakai gunting! hehehe

“C-zer” ni nama saintifiknya C-section. Maksudnya pembedahan dilakukan secara melintang dan lengkungan seperti huruf “C”. Kira ikut lipatan perut kita la kan. Macam aku sebab kes lain dari yang lain sikit. Aku bukan dibedah secara C-sect tapi secara I-sect. Kalau “I-sect”ni maksudnya perut dibedah secara menegak.

Aku dibedah dengan cara macam Gambar no.3 tu
Kenapa..kenapa..kenapa? Apsal aku kena bedah secara I-section ni. Bukan atas permintaan sendiri ye gatal-gatal nak test power perut sendiri. Hehe..ada banyak sebab. Dan sebab ini juga ada juga perbezaan pendapat daripada pakar-pakar perubatan, dia umpama macam perdebatan Pakar Sakit Puan versus Pakar Bedah. Dedua pakar tapi pendapat nya lain. Jadi bila dah macam tu, owner perut perlu la buat keputusan yang dirasakan paling terbaik.

Beberapa tahun dulu, aku pernah kan citer pasal kisah paling epic dalam hidup aku yang berubah akibat kecuaian seorang doctor? Kalau korang sudi nak baca karangan esei 80 muka surat aku tu, boleh la baca kat entri Sakit Itu Rahmat. Tapi secara ringkasnya disini aku citer la jugak ok.

*************

Masa aku study kat UUM dulu, sem 5, Okt 2007 aku kena apendics. Fefaham la bila dah sakit apendics macam mana kan. Memang kena cepat setelkan masalah ni, mana boleh tunggu appointment 6 bulan. Sakit apendics ni ya ampunnn..hanya yang pernah rasa je yang faham macam mana rasa sakit tu. 

Nun di Kedah sana memang aku takda sorang family even sedara mara pun. Yang ada hanya kawan-kawan. jadiknya, yang menguruskan kes kesakitan aku ni hanyalah kawan-kawan. Syukur sangat ada ramai kawan-kawan yang baik dan sangat ambil berat. Bila doc dah bagitau yang aku kena operate, aku memang redha aje la, dah sakit sangat. Memang aku berserah je apa benda doctor nak buat, buat la asalkan aku boleh sembuh semula. Btw, aku berada di wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Masa nak masuk OT tu, doctor dah explain yang kaedah pembedahan yang digunakan adalah laparoscopic. Kaedah ni adalah yang paling terbaik yang mana hanya 3 lubang sahaja yang akan ditebuk di kawasan perut / abdomen dan scope atau kamera yang akan bantu bekerja mencari masalah dalam perut aku tu. Then doktot cakap jugak, kaedah ni paling sesuai dengan aku sebab aku muda lagi, so memang takkan ada secalit parut pun bila dah betul-betul luka kering nanti. Aku masa tu rasa macam whatever lah doctor..aku bukan nak berlengging tetiap hari pakai bikini nak tayang body. Hahaha..masa tu tak terpikir la pasal kawen amende sume ni..dah sakit doctor oitt..

Nak dijadikan citer, Doktor Pakar Bedah yang handle case aku ni Indian guy nama dia Dr. Kennedy. Akibat daripada kecuaian beliau aku terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hidup. Kalau nak fikir rasa sakit hati, marah, kecewa, sedih, memang normal lah..Tapi kita ni orang Islam, ada pegangan agama. Setiap ujian ni tentu ada hikmah disebaliknya. Aku dimaklumkan masa pembedahan tu, camera atau scope yang masuk tu terkena saluran darah dan juga usus aku. Makanya saluran darah aku bocor, hilang darah 2 liter, blood pressure pun dah drop sampai 30 je, dan usus aku terkoyak. Usus besar and usus kecil terkoyak.

Bila Bp dah 30, aku dah macam nyawa-nyawa ikan kata doctor lain yang cerita kat aku tu la. Then diorang decide untuk convert pembedahan ke kaedah laparotomy. Which is, kaedah dimana kawasan abdomen aku dipotong menegak dari pangkal dada ke pangkal ari-ari. Boleh imagine tak? Kalo takleh..cuba korang letak 2 jengkal jari korang dari pangkal dada ke bawah Rahim. Then korang akan tau betapa besar nya luka aku tu.

Usus aku pulak dah koyak 5-7 cm. dah kalo koyak mana boleh tampal kan. Makanya doctor terpaksa lah potong usus yang koyak tu. Cerita ini semuanya diceritakan atas belas ihsan daripada sorang doctor yang turut berada dalam OT tu. Mana pergi Dr. Kennedy? korang tahu, masa aku discharged baru dia jumpa aku. Dia cakap dia tak tahu macam mana berhadapan dengan aku sebab selama berpuluh tahun dia bedah patient, inilah kesilapan pertama yang dia buat.

Aku tahan menangis masa tu sampai hati betul dia tak jumpa aku terus. Terpaksa tahan nangis sebab kesakitan yang aku rasa tu memang teruk sangat. Aku hilang upaya hampir 2 bulan. Imagine la nak bergerak apa pun tak boleh, even nak bercakap pun tak mampu. Sebab abdomen ni adalah salah satu fungsi tunjang badan kita. Aku mampu gerakkan mata je, nak genggam tangan pun tak mampu. Sampai doctor bagi alat senaman aktifkan semula organ badan aku. Aku bergerak pun pakai wheel chair, tapi masa nak masuk final sem aku memang tekad taknak nampak teruk sangat kondisi aku. 

Degil nak teruskan final sem jugak even doctor dah hantar surat ke Uni untuk aku diberi pelepasan tangguh kan semester akhir. Aku kena kuat semangat, kalau lah aku lemah semangat aku rasa hari ni pun aku tak mampu kerja dan ada family sendiri.

ok panjang pulak ringkasan citer ni, citer ni macam banyak bab kena tulis sebenarnya. Bak kata kawan aku, citer macam novel. hahaha. sebabnya banyak benda bersangkut paut. tapi tak pela, bebila ada masa aku citer lagik.

**************

Ok, itulah serba sedikit penjelasan kenapa aku dibedah secara I-section semasa melahirkan Hadif. Nak citer pengalaman rasa bersalin tu memang takda apa yang boleh dikongsi. Sebab aku dibius penuh. Aku memang amik FPP di Hospital Putrajaya. Memula dengan Prof Noraihan, last minit masa nak bersalin Prof tu tak sihat so tukar dengan Dr. Azmi. Dr. Azmi memula yakin yang aku boleh separa sedar, tapi bila duk cucuk nak amik air tulang belakang tu berkali-kali tak berjaya, then dia decide untuk bius penuh. Aku redha je la demi nak melahirkan seorang anak.

Masa yang diambil lebih kurang sejam lebih. Lama kata Dr, sebab dia terpaksa mencuci usus-usus yang dah melekat di sekitar dinding perut aku (kesan kes dulu tu). Dia cakap kat aku dia dah rasa tak sedap hati masa nak bius separa sedar tu sebab kalau bius separa sedar ni bertahan paling lama 45 minit je. Imagine kalo aku amik bius tu? hadoi makkkk mesti bius dah hilang pastu tak tertahan duk menanggung hirisan perut lagikkk. Syukur Alhamdulillah baby berjaya dikeluarkan juga akhirnya.

Dr. Azmi decide untuk potong semula parut yang dibedah masa laparotomy dulu. Dia cakap kalau aku dibedah secara C-sect, akan sangat berisiko pada si ibu. Risiko jangka panjang katanya. Dia cakap luka dikawasan abdomen aku hampir 80% sebab kes kecuaian dulu. Kalau dia potong lagi di kawasan baru, memang sangat risiko.

Aku redha je sebenarnya, sebab eksaited nak tengok anak sendiri tu lagi tinggi daripada melayan ke sakit operate ni. Even aku rasa luka perut yang dibedah oleh Dr. Azmi ni jauh lebih cantik cantuman nya daripada parut luka yang dulu.

Eksaited nak susukan anak, nak dukung anak, nak mandikan anak…luka parut operation dalam masa seminggu dah baik, parut dah cantum…aku dah boleh bersin dan batuk..Sanggup ni pakai girdle, tabahkan hati punyala nak parut luka cepat baik. Dulu kan mana ada orang jual bengkung untuk orang bersalin operate ni, sekarang senang skit serba serbi di hujung jari kan. Dulu dah pernah up entri Cara Berpantang Czer..Kalau nak baca, boleh baca kat Entri Ini

Untuk baby ke-2 ni, aku belum dapat official advise daripada Gynae. Tapi possibility untuk lahir secara normal tu macam agak sukar juga sebab walaupun lahirkan anak sorang, tapi dikira macam lahirkan 2 orang anak sebab aku dah pernah operate 2 kali, kira yang silap operate tu dikira juga. Doakan la ye mana tahu aku boleh bersalin normal. Nak sangat rasa sakit tu..tapi kalau ditakdirkan tak boleh..aku tetap redha je. Yang penting baby sihat dan sempurna. Eh kejap je dah 7 bulan (28 weeks) la usia kandungan hari ni! I m officially in 3rd Trimester!


3 yang mengekspresikan diri:

Ruzana Ibs said...

Sampai hati doctor Kennedy tu tak pi jumpa u noo.
Tapi,bagusla u fikir positif.. semua tu Allah buat ada sebab musabab & hikmah dia. Bila fikir macamtu, kita lebih redha.

Semoga Allah permudahkan urusan semasa kelahiran kedua ni!

Btw, bukan semua orang dapat pengalaman macam ni. SubhanAllah!

Aty Fared said...

ok.... i pon tak tau nak komen apa.. dalam hati i..bercampur baur..
since i rasa apa yang i lalui baru2 ni yang kekadang rasa macam nak salahkan pihak nurse n dokter jer pon i dah rasa teruk.. tapi biler baca kisah u ni.. Allah bagi u kekuatan yang lebih lagi sebenar nya..kekuatan hati..dan semangat.. macam menakutkan jer biler baca.. risiko tinggi tuk u.. tapi.. tu i cakap.. hati u kuat... kerana Nya..dan.. setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya.. redho..ada ganjaran nya..insyaa ALlah.. semoga tuk 2nd baby ni..semoga segalanya dipermudahkan yer..insyaa Allah.. amin...

neway.. i ingat kan.. i-section ni tuk style beranak pembedahan dolu2 jer... rupernya.. atas sebab faktor2 tertentu...

take care kemn..

Emmy said...

Tu la...naluri seorang ibu...teringin nak bersalin secara semulajadi....sy doakan moga dipermudahkan segala urusan awak...proses kelahiran bb...semoga baby n ibu baby selamat n sihat ..... aamiinn

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...