Agak-agak korang, apa tu PTD ye? Pegawai Tanah Daerah, Pegawai Tido Duduk? Pegawai Tenyeh Dokumen? PTD merupakan akronim bagi Pegawai Tadbir & Diplomatik yang merupakan salah satu skim yang ditawarkan dalam perkhidmatan kerajaan Malaysia ni yang bermula dengan gred M41.
Memandangkan hari esok ramai yang menghadiri exam PTD ni, makanya entri hari ini suka untuk saya kongsikan mengenai beberapa tips yang saya rasa boleh la sedikit sebanyak membantu kawan-kawan di luar sana yang mesti tengah pening, risau, kalut, blur apelah nak jawab nanti kan..Bila tiba je time nak dekat2 exam ni, ramai la kawan-kawan yang akan bertanya kepada saya ada ke apa-apa tips nak jawab or lulus exam ni.
Jawapan saya yang pertama nya ialah REZEKI. Kalau dah follow tips pun, baca macam-macam sources pun, still tak lulus jugak, itu tandanya rezeki itu belum berpihak kepada kita. Ya, saya kata 'belum'..maksudnya disini anda jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Pengalaman rakan saya sendiri, sembilan kali dia pergi exam..atlast, kali ke-9 itulah rezeki berpihak kepada beliau..Jangan give up ye kawan-kawan.
So, kepada kawan-kawan diluar sana yang baru pertama kali nak menjawab exam PTD ni, mehh saya share beberapa tips menjawab exam berdasarkan pengalaman saya sendiri..ni takda dalam buku pung..Bagi kawan-kawan yang dah ada pengalaman menjawab exam ni, saya rasa korang pun dah tau formatnya macam mana kan..
1) Soalan Kenegaraan: Update mengenai isu-isu semasa dari semua aspek : politik, ekonomi, sains, teknologi, sukan. Contohnya: Apa beza duta dan pesuruhjaya tinggi, Sukan SEA diadakan berapa kali setahun, Siapa Ketua Negara Malaysia, Definisi Wanita Pertama Malaysia, Pilihanraya, Suruhanjaya, dan lain-lain (setakat tu je yg saya ingat..hehe)
2) Soalan Matematik : Dulu bila saya tanya orang, diorang cakap try jawab dari belakang. So saya cuba lah. Memang kalau ikutkan soalan belakang lagi mudah dari soalan awal yang nak pecah kepala den menjawab tu. Apa yang penting, tau ke tak tau, sempat ke tak sempat, JANGAN TINGGALKAN KOSONG. Sila tembak sahaja menggunakan peluru berpandu mengikut had laju kepandaian otak anda..hehehe
3) Soalan Essei BM or BI: Cuba pilih tajuk yang anda rasa anda boleh goreng dengan menggunakan common sense beserta dengan sedikit fakta. Kalau boleh, susunan penulisan tu biar jelas. Setiap perenggan perlu ada Fakta + Huraian. Pengenalan dan Penutup tu jangan berjela-jela, takut nanti tak banyak dapat markah content.
4) Soalan Objektif: JAWAB SEMUA SOALAN. Kalau tak tau sangat, korang hitamkan je petak tu ikut suka suki korang lah..
Inilah antara tips-tips yang saya tak tau la berguna ataupun tidak untuk korang yang nak jawab exam ni. Saya ni sekadar berkongsi dan cuba membantu berdasarkan pengalaman saya dulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada yang tanya saya, lepas dah lulus exam ni..apa lagi next stage yang perlu kita lalui ek..Okay, mai saya terangkan dengan ringkas apa tindakan seterusnya:
1) Lepas dah lulus exam, korang akan dipanggil untuk Pre-PAC. Dalam program ni korang akan dinilai dari segi mental dan fizikal. Ada sesi debat ala parlimen, public speaking, group discussion dan ujian ketahanan fizikal termasuk lari 2.4km. Dari semua aktiviti tu korang akan dinilai dari segi Knowledge, Skill and Attitude. Bagi sesi public speaking in english tu, korang bedal je la cakap omputih. gasak la salah grammar or pronounce ke..diorang nak tengok korang punya tahap keyakinan macam mana. Aku pun bukan excellent sangat pungg..asal participate sudah..jangan jadi passenger ye..ha, lagi satu jangan tunjuk korang hebakk sangat ye..dah pulak orang bagi bercakap, langsung tak bagi chance orang lain nak bercakap..ha, dari situ diorang akan evaluate korang ni jenis camne..
2) Lepas lulus Pre-pac, korang akan dipanggil untuk TEMUDUGA. Ha, masa ni korang berserah je la ye..sebab lain penemuduga, lain caranya..ikut rezeki masing-masing la..time aku dulu, beria duk prepare pasal hal ehwal kerajaan ni, dah pulak ditanya pasal study aku dulu..Memang aku tak prepare la jawabnya..kena tocer gila-gila dengan bapak garang interviewer tu..memang aku ingat la sampai sekarang, sampai nangis wehhh..teruk gila..Apa yang korang kena buat bila dalam situasi macam aku tu? Jawapannya, korang kena SENYUM je, cuba jangan tunjuk bengang ko pada dia. Paling tidak pun, kalau ko dah tak tau nak jawab apa, ko jawab je, " i'm sorry sir.. i have no idea about that.." hehe..Dia sengaja nak tengok ketahanan mental korang. Ha, satu lagi conversation pun terpulang pada diorang. Time aku dulu memang full in inggeris ..ada juga yang baik hati dapat penemuduga yang rilek-rilek je..tanya ko beli baju kat mana, beli kasut kat mana, mak ayah keja ape..time aku, bye..
3) Okay lepas dah lulus temuduga, makanya korang sahlah dilantik sebagai PTD. lain ye tuan-tuan dan puan-puan, sah lantik dan sah perkhidmatan. Untuk pengesahan perkhidmatan, ada lagi beberapa stage yg korang perlu lalui. Mula-mula korang akan dipanggil untuk mengikuti KURSUS ASAS PENGENALAN selama 3 - 4 hari. Agak sedikit membosankan sebab sepanjang kursus tu, korang akan dengar ceramah je. Ha lagi satu, maka bermulalah korang mengenali apa itu PT 10. hehehe..apa tu ek? pangkat ke? harta karun ke? ok ok..let me explain, itu adalah senaman "tegar" yang sentiasa sinonim dan dekat dengan korang once korang join PTD. hehehe..best, i LIKEEE!!! =p
4) Lepas kursus tu, korang akan dipanggil untuk assesment yang seterusnya iaitu Seminar Kecemerlangan Modal Insan (SKMI) selama 4 hari. Okay, time ni diorang nak tengok sejauh mana korang boleh handle sesuatu program dengan keupayaan team or batch yang korang akan join nanti.
5) Lepas dah pegi SKMI, korang akan dipanggil lagi untuk mengikuti LEADERSHIP DEVELOPMENT (Lead Camp) selama seminggu ye. Ha, dalam banyak-banyak assesment, ni lah program yang paling buat aku jatuh hati sebab program ni hanya melibatkan aktiviti luar. Diorang kira ape, ko mak budak ke, bapak budak ke, lepas pantang bersalin ke, baru lepas operate ke,..kalo korang cakap tak boleh buat, diorang terus suruh korang balik ye..sila jangan manja.. Melalui program ini, diorang nak melihat ketahanan fizikal korang dengan pelbagai aktiviti lasak yang disediakan. Masuk hutan, baca peta, redah sungai, selut lumpur pacat bagai, naik gunung, buat strecher (haha..teringat kat mamat strecher)..dan lain-lain lagi lah..
6) Okay, ada lagi ye kawan-kawan..sila bersabar..hehe..dah Lead Camp, korang akan dipanggil untuk PENILAIAN PENGURUSAN PROFESIONAL (PPP)..ha, yang ni aku no komen lagi..sebab aku baru je habis Lead Camp, so tak tau la nak share gapo kang..hehe..tapi yang pastinya penilaian ni susulan daripada Pre-PAC sebelum ni..Diorang akan lebih tekankan kepada bidang tugas korang di Jabatan / Kementerian masing-masing.
7) Okay, yang ni last..tapi ini yang paling suffer ye kawan-kawan..hehehe..dah buat semua penilaian seperti di atas tu, korang akan dipanggil untuk KURSUS DPA (Diploma Pengurusan Awam) yang dijalankan selama 6 - 9 bulan (perubahan tertakluk kepada penganjur ye)..sepanjang kursus tu ada macam-macam program lahh..kalau ikutkan senior, ada yang melibatkan kuliah dalam kelas dan modul-modul luar..dulu time senior-senior modul luar diorang melibatkan polis, bomba dan tentera..merasalah diorang pakai uniform. tapi apa yang dimaklumkan kepada kami, modul tersebut telah ditukar kepada askar wataniah..tunggu dan lihat je la ye..lamanya nak kena tinggalkan Hadif n daddy =(
8) Ada lagi ke? hehe..dah amik diploma kan, mesti ada konvokesyen kan..okay once korang dah grad, makanya korang layak untuk DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN. sekian..
Apa yang saya kongsikan ini adalah mengenai PTD Lantikan SPA, bukan Lantikan JPA. Setiap PTD lantikan SPA adalah wajib memenuhi syarat-syarat seperti di atas. Ko pakailah kabel optik ke, kabel laut ke..korang tetap wajib penuhi semua perkara diatas untuk disahkan dalam perkhidmatan. Nasihat saya, biarlah orang yang pakai kabel tu, berbalik kepada pandangan saya tadi, rezeki kan di tangan Tuhan..sekian
p/s: Susah ke senang nak jadi PTD ni ye..renung-renungkan dan Selamat Beramal!! =)
[ENTRI PPP KAT SINI]
18 yang mengekspresikan diri:
ACE!!!
fuh!
Salam Kemn...
Kalau tak pergi exam PTD, tak kena blacklist kan? Huhu!~
~no komen~
terbaek punyer post pn.kema..tetibe tersenyum sendiri flashback perjalanan dulu..hahahah2.tapi stuju le bergantung pada rezeki..usah berharap sgt2..hanye pergi tawakal dan buat yang terbaik...mase pac dulu,tak taule mcmne lepas sbb tak fluent in english but try juga,interview jg..yg pnting yakin,massage smpi dan jujur pada diri untuk tunjuk diri kita sbnr..yg pnting pnilai tau kiter ni wat wayanng ke tak..:)
Unknown,
Mr. Unknown, i know who u are lahh..hehehe..ACE ACE ACE!!! positif!!
MRS. K,
Fuhh..fuhh.. =)
SiS Nad,
kalau tak pergi, takpe..x blacklist..dun wory..nanti dia akan panggil lagi for next session..=)
Anonymous,
no komen juge.. =)
faeeza,
post ni memang tujuan nak share dgn orang tentang keperitan perjalanan menjadi PTD era 2009 dan seterusnya..betul tu, setuju sangat, kemn pun bukan nya hustler sangat..plus bukan nye master english fluently pungg..pucuk pangkalnya jujur dan tau kat mana kebolehan kita..insyaalllah akan dipermurahkan rezeki.. =)
Sokong..pape pun..mmg nasib and rezeki korg la yg mane memilih utk jd PTD..xmustahil korg kena g exam byk kali pn..yg penting jgn give up kalo btul2 mau jd PTD..kema..apela yg akan kita tempuh d PPP n DPA nnt yer..ohno..tggl hero2 lame2..sedey:(
yongnesyi,
betul kan farha, rezeki semua tu..aduh, den takmo pikior laie..huhu kena tinggal 2 hero tu yg sadis tuh... =(
byk kali diaorg panggil tp xp pon..hehehhee
@Ainul
SPA akan panggil offer ke exam selagi x pegi.. =)
kemn..dulu pzah pernah g exam ni 2 kali..2 -2 pun fails..tp lepas 2 thun dorg tak pggil2 exam..sedih giler..sebb pzah study jugk utk neext2 exam..tp peliknya sebab dorg tak psggil2 da utk exam..nape ek?pointer atas 3 baru dorg pggil ke?sedey la.t.ak dpt chance jwb exam ptd ni..huhu
Kemn..kemas lagi padat pejelasan nya.. mohon untuk share eh..
@Niniey Nurhafnie
silakan babe.. ;)
hihi... tak minat exam ni sebab kureng bab2 pengetahuan am ni.
tapi math ngan esei tak ada masalah. math tu kacang je - sebab dulu2 silibus SPM aje pun ... hihihi...sekarang - tak sure.
general Q tu memang tahap dewa mahligai punya tahap pengetahuan am.
hebat lah siapa yang tahu tu dan lebih hebat kepada penembak-penembak tepat.
bagi saya - nak jadi PTD ni kena rajin membaca je key dia.
pengetahuan AM kena tip top.
ye lah kang tanya basic knowledge "SIapa ketua negara malaysia" - dah confuse Agong ke PM.
Siapa 1st lady - ha?
hihihi...
tapi soalan yang saya takkan lupa ialah :
terjunan untuk sukan renang (bagi terjunan bentuk apa ntah) - memerlukan penerjun berada pada ketinggian berapa?
okay - mampu gelak je lah.
Lagi soalan - Puteri Gunung Ledang (movie) pernah memenangi anugerah apa?
hahaha - tak pernah ambik pot.
pastu ada soalan "ikatan kimia" bab CPU processor bagai ...
adeiii ... memang hebat lah orang2 yang lepas ni.
wa tabik spring tau ...
hihihi
Post a Comment